Kertas Kerja Kelas Tusyen

4
KERTAS KERJA KELAS BIMBINGAN TAHUN 4,5 DAN 6 ANJURAN: UNIT KURIKULUM DENGAN KERJASAMA: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TEMA “ MENJANA PELAJAR CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG”

description

Kertas Kerja Kelas Tusyen

Transcript of Kertas Kerja Kelas Tusyen

Page 1: Kertas Kerja Kelas Tusyen

KERTAS KERJAKELAS BIMBINGAN TAHUN 4,5 DAN

6

ANJURAN:UNIT KURIKULUM

DENGAN KERJASAMA:PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN

TEMA“ MENJANA PELAJAR CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG”

Page 2: Kertas Kerja Kelas Tusyen

PENGENALAN

Kelas bimbingan Tahun 4,5 dan 6 merupakan salah satu daripada strategi dan usaha

untuk mempertingkatkan lagi prestasi UPSR sekolah ini. Selama kelas bimbingan ini

dijalankan,  ianya dapat memberikan impak yang positif ke atas peningkatan prestasi

pelajar dan keputusan UPSR sekolah ini. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan

cemerlang UPSR  tahun pada Tahun 2012 iaitu dari 0% meningkat sebanyak 50

% ,hanya terdapat keciciran sebanyak 20 % kepada 30% pada tahun 2013. Semua ini

adalah hasil daripada pemurnian dan penelitian  kaedah pelaksanaan aktiviti ini secara

keseluruhannya di samping perlu mengambil ikhtibar daripada kebolosan yang berlaku

ketika berada di dalam zon selesa selama setahun.

MATLAMAT

Matlamat aktiviti ini adalah untuk membantu mempertingkatkan prestasi pelajar

dalam penguasaan kemahiran-kemahiran dalam setiap mata pelajaran dan seterusnya

dapat mengekalkan peningkatan kecemerlangan prestasi UPSR sekolah ini. 

OBJEKTIF/ RASIONAL

Antara rasional aktiviti ini dijalankan ialah :-

 

1. Melahirkan pelajar yang boleh menguasai kemahiran perlu dalam semua mata pelajaran

UPSR selain  memperolehinya dalam situasi P & P harian.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6.

 

TEMPOH MASA

Pada Hari Isnin,Selasa dan Khamis setiap minggu. Masa yang diperuntukkan bagi setiap

mata pelajaran ialah 1 jam ( 60 minit ). Bermula pada pukul 1:50 ptg dan berakhir pada

pukul 3.50 ptg. Dua mata pelajaran setiap sesi. Kelas ini bermula Januari 2014 dan

berakhir penghujung Oktober.

 

Page 3: Kertas Kerja Kelas Tusyen

PENGOPERASIAN

 

A. Pelajar

Para pelajar masih dikumpulan dalam kelas seperti dalam pembelajaran harian mereka.

Contohnya, bagi sekolah ini bilangan pelajar murid Tahun 6 seramai 8 orang iaitu 8

orang murid akan berada dalam bilik Tahun 6 mereka. Pelajar tidak diasingkan mengikut

keupayaan pembelajaran mereka.

 

Tempat

Kelas bimbingan akan dijalankan dalam bilik darjah seperti kelas harian.

Kewangan

Dicadangkan pihak penjaga mengeluarkan sedikit wang bagi menampung makanan

tengahari dan wang photostat untuk latihan dengan nilai RM25.00 setiap orang murid bagi

setiap guru yang terlibat dalam program ini . Ini adalah sebagai satu sagu hati kepada guru-

guru.

 

 

Page 4: Kertas Kerja Kelas Tusyen