KERTAS KERJA kelas

5
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN BILIK KELAS SK TEMENGGONG DATUK MUIP, MIRI DISEDIAKAN OLEH: HAISAH BINTI BORHAN

Transcript of KERTAS KERJA kelas

Page 1: KERTAS KERJA kelas

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN BILIK KELAS

SK TEMENGGONG DATUK MUIP,

MIRI

DISEDIAKAN OLEH:HAISAH BINTI BORHAN

GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK , MIRI.

Page 2: KERTAS KERJA kelas

1.0 PENGENALAN

Kelas yang kondusif merupakan salah satu keperluan dalam menyediakan

perkembangan kognitif murid-murid di sekolah. Hal ini kerana kelas yang kondusif

memenuhi ciri-ciri yang optimum seperti keceriaan, kebersihan dan kekemasan

kelas. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan keperluan ini, guru pelatih IPG Kampus ,

Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengadakan projek keceriaan kelas

sekaligus menjayakan projek internship Semester 8. Oleh yang demikian , komitmen

murid-murid serta guru-guru lain amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini

dengan baik.

2.0 OBJEKTIF :

2.1 Menceriakan bilik kelas sekolah.

2.2 Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.

2.3 Mewujudkan suasana kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

3.0 TARIKH : 3 Ogos 2011 hingga 27 Ogos 2011

4.0 TEMPAT :

SK Temenggong Datuk Muip, Miri

Page 3: KERTAS KERJA kelas

5.0 CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :

I. Membuat kata-kata hikmah

II. Menghias bunga, gambar dan hiasan yang sesuai.

III. Mewujudkan sudut hasil kerja murid, papan kenyataan dan moto kelas.

6.0 JAWATANKUASA PROJEK :

PENAUNG : Encik Hamdan Bin Bakeri

PENGERUSI : Haisah Binti Borhan

T. PENGERUSI : Nur Aida Nani Binti Abu Samat

SETIAUSAHA : Haisah Binti Borhan

NAIB SETIAUSAHA : Nur Ismalawati Binti Ramli

BENDAHARI : Haslinda Binti Hasli

7.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BI

LPERKARA JUMLAH

1

2

3

4

5

6

Kertas A4

Kain lining

Bunga hiasan

Kad manila berwarna warni

Polisterin

Plastik liminanting

RM12.50 X 1 rim = RM12.50

RM 3 X 6 Meter= RM 18

RM 10 X 4 set =RM40

RM1 X 5 helai= RM5

RM12 x 2 Keping= RM24

RM30 X 1 kotak= RM30

JUMLAH: RM129.50

Page 4: KERTAS KERJA kelas

8.0PENUTUP

Sebagai harapannya, kami berharap cadangan projek diluluskan kerana ia

merupakan langkah ke arah menyediakan kelas kondusif bagi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Semoga usaha kita mendapat rahmat serta diberkati oleh

Allah SWT.

Disediakan oleh:______________________(HAISAH BINTI BORHAN) Setiausaha Projek Keceriaan Kelas SK Temenggong Datuk Muip, Miri

Disahkan oleh:________________________(ENCIK HAMDAN B BAKERI)Guru BesarSK Temenggong Datuk Muip, Miri