Kertas Kerja Kem Mowgli Gangsa 2015
description
Transcript of Kertas Kerja Kem Mowgli Gangsa 2015
CADANGAN KERTAS KERJA RINTISKURSUS LENCANA KERIS GANGSA SIRI 1 / 2015PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH JEMPOLUNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
1. PENDAHULUAN
Perkhemahan Lencana Keris Gangsa ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jempol Unit Pengakap Kanak-Kanak. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada ahli-ahli pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan di daerah Jempol. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak. 2. MATLAMAT.
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
3. OBJEKTIF
3.1. Menilai kemahiran ilmu pengakap yang di pelajari oleh ahli pengakap.
3.2. Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian.
3.3. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
2.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial
4. KUMPULAN SASARAN
4.1. Ahli pengakap kanak-kanak tahun 4,5 dan 6 daripada tiga buah sekolah(SK Serting Felda, SK Bandar Baru Serting, SK Raja Alias 3)4.2. Jumlah peserta rintis adalah 40 orang sahaja.4.3. Jumlah fasilitator adalah 6 orang dan 6 pegawai urusetia5. CADANGAN TARIKH
5.1. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 8-9 Mei 2015.
5.2. Bermula 7.30 pagi hingga 2.00 petang6. TEMPAT
6.1. Sekolah Kebangsaan Serting Felda7. PERASMIAN PENUTUPAN
7.1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serting Felda Tn.Hj Abdul Rasid Bin Sulaiman8. JAWATANKUASATUGASNAMA
PENASIHAT
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
PENYELARASSETIAUSAHA
BENDAHARI
KETUA KEMTIM. KETUA KEMPENDAFTARAN
MAKANAN
PERALATAN KEROHANIAN
PENGACARA MAJLISFASILITATOR/PENILAIDOKUMENTASI
KESELAMATAN1.Mohd Amirul Asyraf Bin Mohd
2.Norsimah Binti Nasari
3.Mat Dah Bin Othman
4.Amplagan A/L Raman
5.Othman Bin Dasuki
6.Asiah Bt Md Dom
9. PERBELANJAANBil.PerkaraKuantitiJumlah (RM)
1Makanan dan Minuman 1. Minum Pagi
2. Makan Tengahari
RM 2.00 x 40RM 4.00 x 40
82.00164.00
246.00
2Peralatan1. Lencana Keahlian2. Lencana Wajib3. Lencana Keris GangsaRM 2.00 x 40RM 2.50 x 40RM 2.50 x 40
102.50
102.50
102.50
307.50
3Hadiah
1. Peserta Terbaik (Lelaki)2. Peserta Terbaik (Perempuan)3. Saguhati RM 6.50 x 1 orang
RM 6.50 x 1 orang
RM 4.50 x 416.506.50
184.50
197.50
JUMLAH751.00
SUMBER KEWANGAN Bil.PerkaraJumlah (RM)
12Bantuan Kewangan Kokurikulum (BKK)1. Makanan
2. Peralatan
Sumbangan PIBG
1. Hadiah246.00
307.50
197.50
751.00
10. TENTATIF PROGRAMBILMASAAKTIVITITINDAKANCATATAN
12.30 p..m hingga 3.00 p.mPendaftaranAJK PendaftaranMenyemak kehadiran peserta yang hadir
23.00 p.m hingga 4.30 a.mKursus 1
Lencana KeahlianAJK FasilitatorMemberikan tunjukcara kepada peserta
34.30 p.m hingga 6.00 p.mKursus 2Lencana Wajib (Berbasikal)
AJK FasilitatorMemberi tunjuk cara kepada peserta
46.00 p.mBersurai
48.00 a.m hingga 10.00 a.mKursus 3Lencana Keris Gangsa
AJK Fasilitator
Memberikan tunjukcara kepada peserta.Menilai mengikut kumpulan sekawan
10.00 a.m hingga 10.30 a.mRehatAJK MakananMenyediakan makanan kepada peserta
510.30 a.m hingga 1.00 p.mUjian Keris GangsaSEMUA AJKMenilai mengikut kumpulan sekawan.
1.00 p.m hingga 1.30 p.mRehat & Solat ZohorAJK Kerohanian
AJK MakananMembuat persediaan Solat Zohor
Menyediakan makanan kepada peserta
61.30 p.m hingga 3.00 p.mKursus 4
Lencana Kepandaian-Kegemaran PilihanSemua AJKMemberikan tunjukcara kepada peserta.Menilai mengikut kumpulan sekawan
63.00 p.m hingga 4.00 p.mMajlis Penutup dan penyampaian hadiah dan sijil.SEMUA AJKUpacara majlis penutupan oleh Guru Besar SKSF.
74.00 p.mBersuraiPastikan murid mengambil makanan sebelum pulang.
11. PENUTUPDiharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan Oleh :
Disemak oleh:
(MOHD AMIRUL ASYRAF BIN MOHD) ( )
Pemimpin Pengakap / Penyelaras GPK KO-KURIKULUM
SK Serting Felda
SK Serting FeldaDisahkan oleh :