Kertas Kerja Kemerdars 2015

15
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA ANTARA RUMAH SUKAN (KEMEDARS) SK KUALA MATU 2015 ANJURAN BERSAMA UNIT KO-KURIKULUM, STAFF SOKONGAN DAN PIBG SK KUALA MATU 2015 TARIKH: 27 MEI 2015 (Rabu) MASA: 2.00 PETANG – 5.00 PETANG TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU

description

merentas desa

Transcript of Kertas Kerja Kemerdars 2015

KERTAS KERJAKEJOHANAN MERENTAS DESA ANTARA RUMAH SUKAN (KEMEDARS) SK KUALA MATU 2015ANJURAN BERSAMA UNIT KO-KURIKULUM, STAFF SOKONGAN DAN PIBG SK KUALA MATU 2015

TARIKH: 27 MEI 2015 (Rabu)MASA: 2.00 PETANG 5.00 PETANGTEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU

KEJOHANAN MERENTAS DESA ANTARA RUMAH SUKAN (KEMEDARS) SK KUALA MATU 2015

1.0LATAR BELAKANG Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan (KEMEDARS) SK Kuala Matu merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini akan melibatkan semua murid SK Kuala Matu untuk mewakili rumah sukan masing - masing. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dipupuk supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.2.0RASIONALKEMEDARS ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.3.0MATLAMATKEMEDARS ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid untuk kejohanan yang lebih besar. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan.4.0OBJEKTIF Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid. Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri murid-murid. Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid. Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan. Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing masing. Memastikan murid murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,rohani, emosi dan intelektual. Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.5.0NAMA PERTANDINGANKejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan (KEMEDARS) SK Kuala Matu 2015.

6.0TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh :27 MEI 2015

Hari:Rabu

Masa:2.00 petang 5.00 petang

Tempat:SK KUALA MATU dan Laluan Larian (Lampiran)

7.0KUMPULAN SASARAN Semua murid sekolah SK Kuala Matu.

8.0STRATEGI PELAKSANAAN Penubuhan Jawatankuasa Merentas Desa Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan kejohanan berjalan dengan lancar. Menjalankan latihan merentas desa pada setiap kali perjumpaan latihan sukan. Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan. Memberikan taklimat dan jadual serta pelan merentas desa kepada guru dan staf terbabit. Mengadakan raptai merentas desa pada 26 Mei 2015. Kejohanan diadakan pada 27 Mei 2015 (RABU).

9.0JAWATANKUASA PENGELOLA KEMEDARS SK KUALA MATU 2015Pengerusi:En. Azahari @ Ahli Bin Mahrid(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :En. Pethe bin Morni(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi I:Pn. Halina Abdullah(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II:Encik Abdullah Khilafah Bin Hassan ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )Setiausaha :En. Zul Fikri bin Romazi(Guru Sukan Sekolah)

Bendahari:Pn.Tanti binti Bolhassan(Pembantu Tadbir Sekolah)

Pengerusi Teknik &Pembangunan Merentas Desa:En. Muhammad Zakwan Bin Mat Zaki

Ahli Jawatankuasa:1. Urusetia

1.1 Buku atur cara-Puan Nur Elya Zulaikha Sim Abdullah

1.2 Publisiti dan Seranta-En.Mohd. Iskandar bin Marzuki1.3Minuman Murid dan Pegawai - Encik Abang Naziadin bin Brakok- Puan Zurina1.4 Jemputan VIP dan Jamuan-Puan Sajerah binti Oya-Puan Rozni2. Ceremonial2.1Perasmian penutup-Ustaz Fauzi Bin Ali -Puan Nur Aziah binti Azmi-Ustazah Nur Madihah binti Hamin

2.2Sijil / Hadiah dan Cenderamata-Ustazah Nurul Ain binti Zakaria-Cik Hamsiah binti Jahwie-Puan Suriati-Cik Jaharah binti Rapli

2.3Siaraya dan Teknikal -Ustaz Muhamad Fauzi bin Ali-En. Zul Fikri Bin Romazi2.4 Dokumentasi dan Fotografi-En. Mohd Iskandar bin Marzuki

2.5 Kebersihan-Cik Norlida binti Dilah-Puan Hamallah binti Josli-Puan Hazean binti Ibrahim3. Hospitaliti3.1 Kecemasan dan Peronda-En. Raymond Leo Junior ak Gospa-En. Muhammad Zakwan bin Mat Zaki-En. Zul Fikri Bin Romazi

3.2Unit Check Point Keselamatan(RELA/PIBG/Polis)- Cik Aliza binti Jaafar - Puan Nur Elya Zulaikha Sim - En. Muhammad Zakwan bin Mat Zaki- Cik Huzaimah binti Kinit- Cik Nor Afifah binti Yusof- Cik Nurul Ain binti Zakaria

4. Teknik dan Pertandingan

4.1 Kepegawaian, peralatan, tempat pertandingan dan pengiring peserta- En. Raymond Leo Junior ak Gospa- En. Che Hamid- Ustaz Muhamad Fauzi bin Ali- En. Nazri bin Basmi- Encik Noorulzaman- Encik Zaidi

4.2Stastistik dan Penjaga Masa- Ustazah Nor Madihah binti Hamin-Ustazah Afiza binti Mat Shukri- Ustazah Syafinah-Ustazah Norizawati-Ustazah Zainidah-Ustazah Norjie

4.4Hakim Penamat dan Pelepasan-En. Khairulzaman bin Ilil-Encik Malik-Encik Mohd Afiq-Encik Dawi-Puan Aziah Binti Azmi

4.5Pengurusan Peserta dan Kawalan Murid-Cik Huzaimah binti Kinit-Ustazah Norjie

*Sila Rujuk Lampiran 2 bagi senarai bidang tugas.10.0 CADANGAN LALUAN LARIAN

Sila rujuk Lampiran 1 bagi Cadangan Laluan Larian.

11.0PERBELANJAANSUMBER PENDAPATAN: A) PIBG: RM .. B) Sumbangan: RM ...BILPERKARAJUMLAH

1 Stand Medal (3 X 3 kategori x 2 Jantina)RM 78.00

2Buku latihan 80 m/s (168 buah x RM 0.80)RM 134.40

3Brown paper (30 pcs x RM 1)RM 30.00

4Kain putih (7 meter x 4)(28 meter x RM 3.50)RM 98.00

5Air serta kuih (2 jenis) (179 murid x RM 1.50)RM 268.50

6Straw (6 paket)RM 6.00

JUMLAH BESARRM 614.90

12.0ATURCARA MAJLISTARIKH: 27 MEI 2015 (Rabu)MASA: 2.00 Petang 5.00 Petang

2.00 petang- Semua Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan Sekolah (Guru Rumah Sukan Mengambil Kedatangan dan memberikan nombor peserta)

2.10 petang-Taklimat Keselamatan-Murid dan Pegawai2.20 petang- Memanaskan badan dan regangan otot-2.35 petang-ACARA DIMULAKAN (Setiap Kategori Dilepaskan Dengan Selang Masa 5 minit)-Perempuan kategori 1-Lelaki kategori 1-Perempuan kategori 2-Lelaki kategori 2-Perempuan kategori 3-Lelaki kategori 33.15 petangRehat3.45 petangUPACARA PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH5.00 petangBERSURAI

13.0PENILAIAN PROGRAMSepanjang program/aktiviti dijalankan dan melalui maklum balas yang diperolehi selepas program/aktiviti dijalankan.

14.0PENUTUPAdalah diharapkan program yang dirancang ini dapat mencapai matlamat dan mendapat kerjasama dari semua pihak serta mampu melahirkan modal insan yang berkualiti untuk sukan negara kita.

Disediakan oleh,

..(ZUL FIKRI BIN ROMAZI)GURU SUKAN SKKMDisemak dan disokong oleh,

(ENCIK PETHE BIN MORNI)PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Disemak dan disahkah oleh,

.( ENCIK AZAHARI @ AHLI BIN MAHRID ) GURU BESAR SK KUALA MATU.

Lampiran 2BIDANG TUGAS DAN PERANAN AJKAhliSenarai Tugas

1. JK Buku Program dan Jemputan1. Membuat penyelarasan dengan GPK dan menyusun buku aturcara.2. Memastikan kerja-kerja cetakan dibuat.3. Mengedarkan buku program kepada Jemputan dan VIP4. Menguruskan Jemputan

2. JK Publisiti dan Seranta1. Membuat tempahan banner kejohanan2. Menggantungkan banner di hadapan sekolah3. Menanggalkan kembali banner dan digantung di dalam dewan sewaktu Majlis penyampaian hadiah.

3. JK Minuman Murid dan Pegawai1. Menyelaraskan dengan JK Jemputan dan Sambutan.2. Menyediakan minuman untuk pelajar, pegawai bertugas.3. Memastikan pengusaha kantin telah membuat persediaan makanan dan minuman4. Menguruskan makan dan minum murid dan pegawai5. Menguruskan makan dan minum yang dibungkus diagihkan kepada anggota RELA dan Kadet Polis

4. JK Penyambut Tetamu/Jemputan VIP dan Jamuan1. 1. Berfungsi sebagai penyambut tetamu kepada PIBG dan 2. VIP yang hadir.3. 2. Menguruskan makan dan minum PIBG/Polis dan 4. tetamu khas pada masa rehat.

5. JK Perasmian Penutup1. Memastikan kawasan Dewan dibersihkan.2. Menyusun kerusi VIP untuk Majlis penyampaian hadiah di dewan.3. Membuat backdrop di dewan dengan menggunakan banner yang sedia ada.4. Memastikan semua peralatan diangkat/dikemaskan di dewan selepas kejohanan tamat5. Meminta kerjasama daripada para pekerja sekolah dan murid-murid.

6. JK Pengacaraan dan Doa1. Menjadi pengacara sewaktu acara penyampaian hadiah bermula sehingga tamat.2. Menyediakan teks pengacaraan.3. Membaca doa sewaktu acara bermula.4. Bekerjasama dengan JK Stastik dan Hadiah sewaktu majlis penyampaian hadiah.

7. JK Hadiah dan cenderamata1. Mengenalpasti jenis hadiah dan mengumpul hadiah-hadiah yang sedia ada. 2. Mendapatkan hadiah dan saguhati yang telah ditempah dan melabelnya mengikut kategori.3. Menyusun hadiah dan sijil mengikut susunan aturcara dan pembawa dulang sijil.4. Menyediakan meja hadiah, dulang dan pelapik hadiah, pembahagian tugas dan hadiah yang sesuai.5. Memberi taklimat dan tunjukcara kepada pelajar yang membawa dulang dan penerima hadiah.6. Mengumpul semula semua piala pusingan untuk disimpan.

AhliSenarai Tugas

8. JK Siaraya1. Menyediakan alat pembesar suara dan memastikan ianya boleh digunakan semasa upacara penyampaian hadiah.2. Memilih lagu/muzik yang sesuai untuk selingan semasa rehat.

9. JK Dokumentasi dan Fotografi1. Mengambil gambar yang sesuai sebelum,semasa dan selepas kejohanan.2. Mengambil gambar semasa Majlis penyampaian hadiah untuk semua kategori hadiah utama.3. Bekerjasama dengan Setiausaha untuk menghasilkan dokumentasi kejohanan.4. Menyerahkan dokumentasi kepada GPK dalam masa 2 minggu selepas program.

10. JK Pengurusan Sukarelawan1. Menguruskan segala urusan berkenaan dengan Sukarelawan.2. Menyediakan sijil penghargaan.3. Bertindak sebagai penyambut tetamu kepada mereka.4. Bekerjasama dengan AJK makanan untuk mengedarkan makanan dan minuman yang dibungkus kepada pasukan kadet polis.5. Menyerahkan sijil dan saguhati sekiranya mereka pulang sebelum majlis penyampaian hadiah.

11. JK Kecemasan1. Menguruskan kebajikan dan keselamatan murid-murid yang mengambil bahagian.2. Memastikan kereta disediakan untuk membawa pelajar sekiranya ada kecederaan atau kecemasan.3. Memastikan peti pertolongan cemas disediakan di garisan penamat.4. Membina markas pertolongan cemas di garisan penamat.5. Memberikan pertolongan dan rawatan kepada mereka yang memerlukan.6. Berhubung dengan ibu bapa penjaga sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan murid-murid dibawa ke klinik atau hospital.

12. JK Unit Check Point,Peronda dan Keselamatan1. Memastikan rondaan dibuat sepanjang masa di perjalanan.2. Memastikan ada peronda yang berada dipermulaan larian dan di belakang peserta yang terakhir.3. Sentiasa berhubung dengan pegawai peronda polis dan memaklumkan kepada mereka kawasan laluan pelajar.4. Memaklumkan kepada JK Keselamatan dan Kecemasan sekiranya ada kecederaan.5. Meletakkan dam mengambil kembali.petugas-petugas yang tidak mempunyai kenderaan di check point yang telah ditetapkan.6. Sentiasa berhubung antara satu sama lain untuk menjamin keselamatan murid yang mengambil bahagian.7. Sentiasa peka dan mengambil tindakan proaktif bagi melicinkan kejohanan.8. Memastikan setiap check point mempunyai petugas.9. Memastikan juga keselamatan petugas yang sedang bertugas.10.Mengawal lalu lintas trafik bersama anggota polis trafik dan RELA.

13. JK Check Point1. Memastikan setiap laluan dan lorong ada pengawas.2. Menunjuk arah kepada peserta laluan seterusnya.3. Memastikan peserta mendapat bukti laluan pada Check Point yang telah ditentukan pada check point yang tertentu.4. Sentiasa bekerjasama dengan polis,peronda dan JK Keselamatan dan Pertolongan Cemas bagi menjaga keselamatan pelajar.5. Mengawal pergerakan trafik dan Mengawasi pergerakan peserta.6. Melaporkan kepada Unit Peronda sekiranya memerlukan bantuan.7. Membantu pasukan Kadet.8. Bergerak lebih awal ke check point untuk melicinkan kejohanan.

14. JK Kepegawaian1. Memberikan taklimat kepada para pegawai kejohanan pada awal kejohanan.2. Memastikan bilangan pegawai mencukupi.3. Bekerjasama dengan Unit Peronda sepanjang program berlangsung.

15. JK Statistik1. Memperbanyakkan borang-borang statistik yang akan diserahkan oleh GPK.2. Bekerjasama dengan Bahagian Peralatan untuk menyediakan meja statistik di Garisan Penamat.3. Membahagikan meja mengikut kategori 1,2 dan 3.4. Menguruskan pemarkahan dan menyerahkan borang pertandingan kepada bahagian hadiah sebelum upacara penyampaian hadiah.5. Menyerahkan semua borang statistik di dalam fail kepada GPK sejurus kejohanan untuk tujuan dokumentasi.

16. JK Peralatan dan Tempat Pertandingan1. Menyediakan Peta laluan, papan tanda, penunjuk arah dan Check Point .2. Memastikan laluan yang hendak digunakan selamat.3. Menyediakan alatan-alatan yang diperlukan.4. Menyediakan tempat penamat kejohanan.

17. JK Hakim Penamat dan Penjaga Masa1. Memastikan dengan tepat kedudukan para peserta.2. Menulis keputusan dalam borang keputusan dan menyelaras kerja ini dengan bahagian pencatat.3. Hakim-hakim sepatutnya duduk setentang dengan garis penamat.4. Tugas hakim mestilah diselaraskan dengan pelepas dan penjaga masa supaya kejohanan dapat berjalan dengan licin.5. Memastikan masa peserta mengikut kedudukan mereka.6. Sekurang-kurangnya ada satu buah jam untuk Setiap aliran dan masa hanya diambil untuk 5 peserta terawal.7. Mengisikan masa-masa 5 peserta di dalam borang yang diberikan mengikut kedudukan mereka.8.Mencatat nombor peserta di dalam kad dan diserahkan kepada peserta dan seterusnya diserahkan ke meja statistik.9. Kedudukan hanya dikira bagi 6 peserta yang terawal.10. Memastikan peserta berlari di lorong yang betul dan mempunyai tanda check point.

18. JK Pengurusan Peserta dan Kawalan Murid1. Menyediakan para peserta lebih awal supaya acara dapat dijalankan dengan licin dengan nombor telah disediakan.2. Menentukan peserta berbaris mengikut kategori untuk dihantar ke tempat pelepasan.3. Menyelaras tugasan dengan pelepas. 4. Memastikan pelajar rumah masing-masing bersedia awal supaya acara dapat dijalankan dengan licin.5. Memastikan pelajar-pelajar berbaris semasa upacara penyampaian hadiah dan penutup.6. Memastikan semua peserta yang sihat mengambil bahagian dalam kejohanan merentas desa dan mempunyai borang kebenaran ibu bapa.7. Menyenaraikan pelajar yang sakit dan memiliki surat doktor sahaja yang dibenarkan tidak mengambil bahagian.8. Mengawal disiplin pelajar sepanjang kejohanan.9. Ketua JK menyediakan aktiviti senaman yang difikirkan sesuai untuk murid-murid.