Kertas Kerja Kepimpinan Muda

5
33PROGRAM ASAS KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU 31300 SIMPANG PULAI 2008 MUKADIMAH Kepimpinan merupakan satu elemen penting dalam pembentukan sesebuah organisasi. Melalui kepimpinanlah perjalanan sesebuah organisasi akan mencapai matlamatnya. Justeru, sekolah merupakan sebuah organisasi yang amat memerlukan daya kepimpinan muda yang benar-benar mampu meneraju sekolah ke arah disiplin yang tinggi. Pengawas adalah kumpulan kepimpinan muda yang dilatih oleh sekolah dengan kemahiran, bakat, nilai dan pengurusan kepimpinan. Dengan pendedahan asas seumpama ini, pengawas sekolah yang dilantik untuk menjadi mata dan telinga dalam membantu mengurus rakan sebaya akan dapat memainkan peranan ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai salah satu daripada program pendedahan asas kepimpinan muda, program ini direncanakan untuk menyemai, menggarap dan menggilap bakat-bakat kepimpinan muda di kalangan para pengawas sekolah agar nilai-nilai ke arah melahirkan insan yang seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) dapat diaplikasi. MATLAMAT Menyediakan ruang dan peluang kepada semua pengawas sekolah untuk meneroka keupayaan diri dan potensi kepimpinan dengan harapan akan terwujud suasana kondusif di sekolah. OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada pengawas sekolah untuk mencungkil dan menunjukkan bakat kepimpinan dan ketrampilan diri. Program latihan kepimpinan muda SKTB 2008

description

kepimpinan muda

Transcript of Kertas Kerja Kepimpinan Muda

Page 1: Kertas Kerja Kepimpinan Muda

33PROGRAM ASAS KEPIMPINAN MUDASEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU

31300 SIMPANG PULAI2008

MUKADIMAH

Kepimpinan merupakan satu elemen penting dalam pembentukan sesebuah organisasi. Melalui kepimpinanlah perjalanan sesebuah organisasi akan mencapai matlamatnya. Justeru, sekolah merupakan sebuah organisasi yang amat memerlukan daya kepimpinan muda yang benar-benar mampu meneraju sekolah ke arah disiplin yang tinggi.

Pengawas adalah kumpulan kepimpinan muda yang dilatih oleh sekolah dengan kemahiran, bakat, nilai dan pengurusan kepimpinan. Dengan pendedahan asas seumpama ini, pengawas sekolah yang dilantik untuk menjadi mata dan telinga dalam membantu mengurus rakan sebaya akan dapat memainkan peranan ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai salah satu daripada program pendedahan asas kepimpinan muda, program ini direncanakan untuk menyemai, menggarap dan menggilap bakat-bakat kepimpinan muda di kalangan para pengawas sekolah agar nilai-nilai ke arah melahirkan insan yang seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) dapat diaplikasi.

MATLAMATMenyediakan ruang dan peluang kepada semua pengawas sekolah untuk

meneroka keupayaan diri dan potensi kepimpinan dengan harapan akan terwujud suasana kondusif di sekolah.

OBJEKTIF1. Memberi peluang kepada pengawas sekolah untuk mencungkil dan

menunjukkan bakat kepimpinan dan ketrampilan diri.2. Mewujudkan semangat setia kawan, semangat berpasukan dan menyemai

nilai perpaduan di kalangan murid.3. Melahirkan kepimpinan pelajar yang seimbang emosi, jasmani, rohani dan

intelektual.4. Memberi pendedahan nilai-nilai kepimpinan, jati diri dan keyakinan

kepada para pengawas sekolah.

TEMA : PENGAWAS, PELENGKAP KEPIMPINAN SEKOLAH

TARIKH : 30 April 2008 ( Rabu )

Program latihan kepimpinan muda SKTB 2008

Page 2: Kertas Kerja Kepimpinan Muda

MASA : Rujuk Tentatif

PENYAMPAI : En Abd Rahim Bin Abdullah Azizi Penyelia Guru (Sekolah Rendah) Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Perak

SASARAN : Pengawas Sekolah (tahun 3, 4, 5 dan 6) Peserta seramai 100 orang

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn Zainab Bt Hj HussinPengerusi 1 : Pn Hjh Norizan Bt Madzlan (PK Hal Ehwal Murid)Pengerusi 2 : En Zailan Bin Khalid (PK Pentadbiran )

Pn Shamsiah Bt Abd Kadir (PK Ko kurikulum )Setiausaha : En Khairul Rizal Bin Saidi AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras Tn Hj Mohd Ridhauddin B Mohd Isa

Persiapan Dewan En Anuar b IbrahimEn Khairul Rizal B SaidiPn Salmah Bt Mat RashidPn Vijaya Samundiswary A/P Kunchuni

Jamuan MuridPn Azilah Bt Zainal AbidinPn Sarimah Bt Saad

Pengacara Majlis En S.Samprizal B Selamat

Buku Program / BackdropPn Norazah Bt Baharul

Bacaan Doa Tn Hj Mohd Ridhauddin B Mat Isa Jurufoto En Khairul Rizal B Saidi

Siaraya/LCD En S.Samprizal B Selamat

Program latihan kepimpinan muda SKTB 2008

Page 3: Kertas Kerja Kepimpinan Muda

TENTATIF PROGRAM

30 April 2008 ( Rabu )MASA AKTIVITI TEMPAT2.30 ptg Jamuan makan Kantin 300 ptg Ucapan aluan pengerusi

Bacaan doa3.15 ptg Ceramah dan Bengkel Kepimpinan Muda

Kami Pemimpin MudaEn Abd Rahim B Abdullah AziziPenyelia Guru (Sekolah Rendah)Sektor Pengurusan SekolahJabatan Pelajaran Perak

Dewan Tertutup

5.00 ptg PenutupBersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan wang kerajaan: Sukan, Motivasi & Kokurikulum (SMK)

Item Jumlah RMMakan murid RM 3.00 X 100 300.00Penceramah RM 200.00 200.00Fail dan bahan latihan RM 2.00 X 100 200.00

JUMLAH 700.00

Program ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM7000.00 (Ringgit Malaysia : tujuh ratus sahaja ).

PENUTUP

Diharapkan, usainya program ini akan mampu mewujudkan satu kelompok kepimpinan muda yang mampu memimpin rakan sebaya ke arah pembentukan jati diri, disiplin dan sahsiah yang benar-benar terpandu. Langsung daripada itu sekolah akan menjadi sebuah institusi yang benar-benar kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh :

Lembaga Disiplin Dan PengawasSekolah Kebangsaan Taman Bersatu,31300 Simpang Pulai,Perak Darul Ridzuans.samprizal b selamat

Program latihan kepimpinan muda SKTB 2008

Page 4: Kertas Kerja Kepimpinan Muda

Kertas KerjaPROGRAM ASAS KEPIMPINAN

MUDA 2008

30 April 2008

AnjuranLembaga Dsiplin Dan Pengawas

DanUnit Bimbingan Dan Kaunseling

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu31300 Simpang Pulai

Pengawas pelengkap kepimpinan sekolah

Disampaikan oleh En Abd Rahim B Abdullah Azizi

Penyelia Guru (Sekolah Rendah) Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pelajaran Perak

Program latihan kepimpinan muda SKTB 2008