Kertas Kerja Klinik Bolasepak

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KERTAS CADANGAN PROGRAM KLINIK BOLA SEPAK TARIKH : 20 -21 Oktober 2015 TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG, 6400 POKOK SENA, KEDAH ANJURAN : GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN PROJEK INTERNSHIP 2015

description

internship

Transcript of Kertas Kerja Klinik Bolasepak

Page 1: Kertas Kerja Klinik Bolasepak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KLINIK BOLA SEPAK

TARIKH :

20 -21 Oktober 2015

TEMPAT :

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG,

6400 POKOK SENA, KEDAH

ANJURAN :

GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROJEK INTERNSHIP 2015

Page 2: Kertas Kerja Klinik Bolasepak

1.0 PENDAHULUAN

Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang

dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bolasepak yang

tinggi yang lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang

benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka

meningkat dewasa, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu

bermain dengan baik. Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan

yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pihak sekolah

bersetuju untuk mengadakan Klinik Bola sepak di sekolah ini. Melalui klinik ini

diharapkan setiap murid akan dapat menimba ilmu yang amat berguna

daripada jurulatih. Pihak guru-guru juga akan mendapat manfaat daripada

pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga program ini menjadi

satu usaha awal ke arah melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di

Sekolah Kebangsaan Tualang dan dapat mewujudkan akademi bola sepak.

 

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran

bola sepak dan mencungkil bakat di kalangan murid-murid. Program ini juga

dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia “1 Murid 1

Sukan’ untuk meningkatkan potensi setiap murid dari awal bangku sekolah.

Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan akademi bola

sepak yang bakal diwujudkan di sekolah-sekolah di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan kemahiran bola sepak secara

sistematik dan betul kepada murid-murid.

3.2 Menanamkan minat terhadap bola sepak dikalangan murid di

SK Tualang.

Page 3: Kertas Kerja Klinik Bolasepak

3.3 Mendedahkan murid-murid tentang teknik latihan dan aspek

pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain

bola sepak

3.4 Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat

terhadap pasukan bola sepak sekolah.

 

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 20 & 21 Oktober 2015 iaitu pada

hari Rabu.

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang.

- Sesi Pertama

20/10/2010 (Selasa) – 4.00 petang – 6.30 petang 

- Sesi Kedua

21/10/2010 (Rabu) – 4.00 petang – 6.30 petang 

5.0 TEMPAT

- Padang SK Tualang, Pokok Sena, Kedah.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kumpulan murid-murid lelaki yang terdiri dari Tahun

4 hingga Tahun 6.

Page 4: Kertas Kerja Klinik Bolasepak

7.0 AKTIVITI PROGRAM

Aktiviti program ini akan merangkumi aspek:

- Latihan asas fizikal/ kecergasan

- Kemahiran asas bola sepak

- Undang-undang bola sepak

- Taktikal bola sepak

8.0 JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat : Pn. Hjh. Siti Hasanah bt Ismail

Mentor : 1. Pn. Jamilah bt Abdul Rani

2. En. Muhd Fuad bin Abu

3. Pn. Rosni bt Md Zain

Guru Pelatih : 1. Muhamad Hanif bin Kamaruzaman

2. Nik Muhammad Alif bin Nik Asbullah

3. Hasrul Nizam bin Mohamad

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan menjadi perintis kepada

pembentukan akademi bola sepak yang akan bertapak dibawah naungan

Sekolah Kebangsaan Tualang. Seterusnya diharapkan ia akan membuka

mata pihak tertentu tentang pentingnya kemahiran dan ilmu bola sepak yang

betul dan sistematik. Semoga ia menjadi satu persiapan yang jitu ke arah

melahirkan pemain yang bermutu bermula dari peringkat kanak-kanak dan

seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap apabila dewasa.

Page 5: Kertas Kerja Klinik Bolasepak

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

……………………………………. ..................................................

(Encik Muhamad Hanif bin Kamaruzaman) (Encik Hasrul Nizam bin Mohamad)

Guru Pelatih, Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Tualang, Sekolah Kebangsaan Tualang

Pokok Sena, 64000, Kedah. Pokok Sena, 64000, Kedah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

(Encik Nik Muhammad Alif Nik Hasbullah) (Puan. HJH. Siti Hasanah bt. Ismail)

Guru Pelatih, Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Tualang, Sekolah Kebangsaan Tualang

Pokok Sena, 64000, Kedah. Pokok Sena, 64000, Kedah.