Kertas Kerja Klinik UPSR April 2015

5
SEKOLAH KEBANGSAAN TEDUNGAN LIMBANG, SARAWAK KLINIK UPSR SUBJEK MATEMATIK TAHUN 6 (2015) TARIKH:

description

Kertas Kerja Klinik UPSR April 2015

Transcript of Kertas Kerja Klinik UPSR April 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TEDUNGAN LIMBANG, SARAWAK

KLINIK UPSR SUBJEK MATEMATIKTAHUN 6 (2015)

TARIKH:27 APRIL 2015 hingga 29 APRIL 2015

KERTAS KERJAKLINIK UPSR SUBJEK MATEMATIK TAHUN 6 (2015)SK. TEDUNGAN, LIMBANG

1.0 PENDAHULUAN: Mata pelajaran Matematik sering dianggap sebagai salah satu mata pelajaran sukar di sekolah. Tanggapan ini sering membuatkan murid-murid di sekolah berasa tidak minat untuk mengulangkaji atau mendekatkan diri dengan mata pelajaran ini. Berikutan dengan itu, kesemua sekolah rendah dalam Zon D dalam daerah Limbang, Sarawak telah merancang untuk mengadakan Klinik UPSR subjek Matematik. Program ini adalah bagi membantu murid-murid Tahun 6 mempelajari topik-topik dalam subjek Matematik dengan lebih mudah.

2.0 OBJEKTIF:Objektif program ini untuk memberikan peluang kepada murid-murid Tahun 6 mempelajari topik-topik dalam subjek Matematik dengan lebih baik melalui kehadiran guru-guru Matematik dari setiap sekolah dalam Zon D. Selain itu, murid-murid juga dapat didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan serta latihan untuk memberikan kefahaman yang lebih mantap dalam setiap topik dalam subjek Matematik yang akan diajar kepada mereka.

3.0 VISI SEKOLAH:Sekolah Kebangsaan Tedungan Akan Menjadi Sebuah Sekolah Cemerlang Di Daerah Limbang Secara Berterusan. (Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang)

4.0 MISI SEKOLAH:Sekolah Kebangsaan Tedungan Berazam Untuk Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Dalam Bidang Kurikulum Dan Kokurikulum Serta Akhlak Mulia Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti. (Membangun Potensi Individu Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti)

5.0 TARIKH PENYERTAAN:Hari: Isnin RabuTarikh: 27 April 2015 29 April 2015Masa: 7.30 pagi 4.00 petang.Tempat: Bumbung Warisan/Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Meritam, Limbang.6.0 SASARAN:SEKOLAHBILANGAN MURID DAN GURU

SK Ukong4 orang

SK Tanjong4 orang

SK Pengkalan Jawa4 orang

SK Batu Danau4 orang

SK Tedungan4 orang

SK Kuala Awang4 orang

SK Lubok Tekurok4 orang

SK Meritam4 orang

Guru (8 buah sekolah di atas)8 orang

JUMLAH42 orang

7.0 TENTATIFPROGRAM: Sila Rujuk Lampiran 1

8.0 PERBELANJAAN:PerkaraHargaJumlah

Bayaran minum petang pada 28 April 2015 untuk murid-murid dan guru-guru (42 orang).42 kuih karipap = RM 1342 kuih pulut panggang = RM 1342 air kotak Vico = RM 9.10 (6 kotak) x 7RM 89.70

Penghantaran murid ke SK Meritam.Minyak = RM 30RM 30.00

JUMLAHRM 119.70

9.0 SUMBER KEWANGAN:Bimbingan dan Kaunseling. 10.0 JAWATANKUASA KLINIK UPSR MATEMATIK ZON D TAHUN 6 (2015) Sila Rujuk Lampiran 2

Disediakan oleh,

...............................................(MOHD ARIFF BIN JASMI)Ketua Panitia MatematikSK. Tedungan,Limbang. Disahkan oleh,

...............................................(JOHN SUNGKAI)Guru BesarSK. Tedungan,Limbang.