Kertas Kerja Klinik Usahawan

7
KERTAS KERJA: CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM KLINIK USAHAWAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN MIKRO KREDIT DI MELAKA SENTRAL BERMULA: 8 OKTOBER 2009 ANJURAN : PUSAT KHIDMAT PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKPKS) DENGAN KERJASAMA: MAJLIS TINDAKAN EKONOMI & SOSIAL BUMIPUTERA BAHAGIAN PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA (PKNM) BANK PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (SME BANK) MAJLIS AMANAH RAKYAT

Transcript of Kertas Kerja Klinik Usahawan

Page 1: Kertas Kerja Klinik Usahawan

KERTAS KERJA:

CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM KLINIK USAHAWAN

BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI

KEWANGAN MIKRO KREDIT DI MELAKA SENTRAL

BERMULA:

8 OKTOBER 2009

ANJURAN :

PUSAT KHIDMAT PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA

(PKPKS)

DENGAN KERJASAMA:

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI & SOSIAL BUMIPUTERA

BAHAGIAN PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA (PKNM)

BANK PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (SME BANK)

MAJLIS AMANAH RAKYAT

YAYASAN TEKUN NASIONAL

BANK RAKYAT MALAYSIA BERHAD

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Page 2: Kertas Kerja Klinik Usahawan

CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM KLOINIK USAHAWAN BERSAMA

AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN DI MELAKA SENTRAL

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukan cadangan mengadakan

program sesi Klinik Usahawan bersama agensi kerajaan dan institusi

kewangan di Melaka Sentral secara bulanan.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Pusat Khidmat PKS telah menjalankan program khidmat nasihat

dan rundingcara ini dengan jayanya di bangunan World Youth

Foundation. Agensi kerajaan yang terlibat didalam program ini

adalah Majlis Amanah Rakyat, Yayasan TEKUN Nasional, SME

Bank, SMIDEC, MIDF dan UTeM.

2.2 Program ini telah terhenti sementara oleh kerana perpindahan

pejabat PKPKS ke Aras 1, Menara MITC. Ruang pejabat ini

didapati kurang sesuai dijadikan tempat rundingcara kerana tidak

mesra kepada orang ramai untuk datang.

2.3 Didapati Melaka Sentral mempuyai tempat yang ideal untuk

diadakan Klinik Usahawan.

Page 3: Kertas Kerja Klinik Usahawan

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberikan khidmat nasihat kepada usahawan mengenai

bantuan-bantuan perniagaan dan pembiayaan kewangan.

3.2 Memberikan khidmat nasihat dan tatacara mengisi borang

permohonan pembiayaan, bantuan dan geran kepada usahawan.

3.3 Memberikan khidmat menguruskan permohonan pembiayaan

kepada usahawan.

4.0 KAEDAH PENGENDALIAN

4.1 PKPKS akan mengaturkan jemputan kepada agensi-agensi dan

institusi kewangan yang terlibat.

4.2 PKPKS akan membuat hebahan umum dan promosi untuk menarik

orang ramai ke program tersebut.

4.3 Program akan bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

4.4 Beikut adalah cadangan jadul sesi rundingcara yang akan

diadakan.

Page 4: Kertas Kerja Klinik Usahawan

5.0 AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN YANG BOLEH

DILUBATKAN

5.1 Agensi Kerajaan

5.1.1 SME Corp Malaysia

5.1.2 Majlis Amanah Rakyat

5.1.3 TEKUN Nasional

5.1.4 Amanah Ikhtiar Malaysia

5.1.5 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

5.1.6 Pusat Khidmat PKS Melaka

5.2 Insitusi Kewangan

5.2.1 Bank Perusahaan Kecil & Serderhana (SME Bank)

5.2.2 Bank Kerjasama Rakyat Berhad

5.2.3 Bank Simpanan Nasional

5.2.4 Ambank Berhad

6.0 PENYERTAAN

6.1 Usahawan yang ingin mendapatkan bantuan kewangan

6.2 Peniaga baru yang ingin mendapatkan bantuan kewangan

6.3 Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat

7.0 PROMOSI

7.1 Iklan di Melaka Hari Ini

7.2 Siaran di Radio Melaka FM

7.3 Risalah dan Poster

Page 5: Kertas Kerja Klinik Usahawan

8.0 PENGANJUR

PKPKS akan menganjurkan dan menjadi urusetia program ini dan

mengendalikan rekod serta kehadiran perundingcara.

9.0 TEMPAT

9.1 Setelah membuat kajian PKPKS mendapati Melaka Sentral adalah

tempat yang paling sesuai untuk dijalankan program rundingcara

kerana faktor-faktor berikut :

9.1.1 Tempat tumpuan orang ramai

9.1.2 Ramai peniaga beroperasi situ

9.1.3 Ruang legar yang luas untuk menempatkan pameran.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Banting dan risalah = RM 500.00

11.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan supaya program ini dapat membantu meningkatkan

lagi kadar kesedaran orang ramai tentang peluang-peluang yang

disediakan oleh kerajaan untuk membangunkan usahawan bagi memberi

pembiayaan kewangan dan bantuan-bantuan lain bagi perniagaan

mereka.