kertas kerja komuniti

9
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TARIKH: 13 APRIL 2011 TEMPAT: JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT, KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Transcript of kertas kerja komuniti

Page 1: kertas kerja komuniti

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN

TARIKH:

13 APRIL 2011

TEMPAT:

JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT, KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEK. MEN. AGAMA KOTA GELANGGI 03

Page 2: kertas kerja komuniti

1.0 MUKADIMAH

Program ini dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah adalah bertujuan untuk membentuk motivasi dalaman kepada diri para pelajar dalam menghadapi suasana pembelajaran yang kompetitif dewasa kini. Walaupun para guru saban hari memberi galakan dan dorongan kepada pelajar agar meningkatkan usaha dan menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, namun hakikat sebenarnya, tanpa keinginan dan semangat yang kuat pada diri masing-masing, para pelajar ini tidak dapat melakukan apa yang diharapkan kepada mereka.

Maka adalah dirasakan perlu untuk para pelajar ini menjalani satu program yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam membentuk dan mengekalkan motivasi intrinsik ini secara berterusan.

2.0 MATLAMATi. Membentuk motivasi intrinsik dalam diri pelajar.

ii. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat belajar yang berterusan.

3.0 KUMPULAN SASARANPara pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Kota Gelanggi 03.

4.0 TEMPOH PELAKSANAANProgram ini dijalankan selama satu hari (Rujuk lampiran jadual program)

5.0 SUMBER KEWANGANBergantung kepada peruntukan sekolah.

6.0 ANJURANUnit Bimbingan dan Kaunseling

Page 3: kertas kerja komuniti

7.0 TARIKH13 April 2011

8.0 TEMPAT

Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuntiti Temerloh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Bypass Batu 2 Jalan Temerloh, Kg Chatin Ulu, 28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur

9.0 JADUAL AKTIVITISila rujuk Lampiran A

10.0 ANGGARAN PERBELANJAANSila rujuk Lampiran B

11.0 PENUTUPSemoga program yang telah dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi harapan pihak sekolah supaya pelajar yang mengikuti program ini mendapat motivasi yang diperlukan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Page 4: kertas kerja komuniti

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

MASA AKTIVITI8.20 pagi Ketibaan pelajar8.30 pagi Pendaftaran pelajar9.00 pagi Slot 1 : Ice - breaking9.30 pagi Slot 2 : Ceramah 1*10.30 pagi Minum pagi11.00 pagi Slot 3 : LDK 112.30 Tgh Rehat / Makan tengahari2.00 petang Slot 4 : Sesi Pembentangan3.00 petang Slot 5 : Ceramah 2*4.00 petang Penutup / Minum petang4.30 petang Bersurai

* Tajuk ceramah bergantung kepada keperluan kursus dan tertakluk kepada perubahan

Page 5: kertas kerja komuniti

LAMPIRAN BANGGARAN PERBELANJAAN

JADUAL A: KOS MAKANANMakan tengah hari = RM 5.00 × 58 = RM 290.00Minum petang = RM 2.00 × 58 = RM 116.00________________________________________________________________________JUMLAH BESAR = RM 406.00________________________________________________________________________

JADUAL B : KOS KURSUSBayaran Yuran Kursus = RM 10.00 × 56 = RM 560.00

(Dibayar oleh pelajar)

JADUAL C: KOS PENGANGKUTANSewa kenderaan = RM 200.00Kos minyak = RM 30.00________________________________________________________________________JUMLAH BESAR = RM 230.00________________________________________________________________________

KOS KESELURUHANKos makanan = RM 406.00Yuran kursus = RM 560.00Pengangkutan = RM 230.00________________________________________________________________________KOS KESELURUHAN = RM 1196.00________________________________________________________________________

Page 6: kertas kerja komuniti

SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1.

Bayaran yuran kursus dan makanan

oleh pelajar

RM12 × 56

RM 672.00

2.

Bantuan makanan asrama

RM 6.20 × 48RM 297.60

3. Unit Kaunseling RM 100.00

4. Bantuan pengangkutan asrama RM 100.00

5. Sumbangan Pengetua RM 26.40

JUMLAH RM 1196.00

Disediakan oleh:………………………..(MOHD NURHAFIZ B AMAN SHAH)Guru Bimbingan dan Kaunseling

Diluluskan oleh:………………………..(MOHD MUSTAFA B SAABAN)PengetuaSMA KOTA GELANGGI 03

Disemak oleh:……………………….(NOR IZAH BT WAN OSMAN)GPK HEM SMA KOTA GELANGGI 03