Kertas Kerja Kuih Bulan

5

Click here to load reader

description

Kertas kerja bagi aktiviti kelab bahasa cina SJKC Cheng Hua selaras dengan Sambutan Kuih Bulan

Transcript of Kertas Kerja Kuih Bulan

Page 1: Kertas Kerja Kuih Bulan

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHENG HUA

96700 NANGA MACHAN, KANOWIT.

SARAWAK

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEMBUAT KUIH BULAN

SEMPENA PERAYAAN KUIH BULAN

TARIKH

10 SEPTEMBER 2014

ANJURAN:

KELAB BAHASA CINA SJK(C) CHENG HUA

1.0 RASIONALAktiviti anjuran Kelab Bahasa Cina untuk mengembangkan potensi dan kendiri yang ada di kalangan murid-murid. Bertujuan untuk melahirkan

Page 2: Kertas Kerja Kuih Bulan

murid yang menghormati amalan pelbagai kaum, budaya dan agama untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan yang dinikmati sekarang.

2.0 MATLAMATMatlamat pertandingan adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama secara berkumpulan dan melahirkan pemikir yang boleh mengembangkan bakat dan daya kreativiti murid-murid.

3.0 OBJEKTIF1. Menitikberatkan kepentingan memelihara dan mengekalkan warisan

bangsa. 2. Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan dalam bekerja

secara berpasukan.3. Menjalin hubungan silaturahim antara guru-guru, murid-murid serta

warga sekolah yang berasal dari kaum yang berlainan.4. Meningkatkan sikap tentang kepentingan memulihara kesefahaman

dan toleransi dalam masyarakat yang berkepelbagaian kaum, budaya dan agama.

4.0 TEMA“KONGSI KUIH BULAN”

5.0 SASARANAhli-ahli Kelab Bahasa Cina SJK(C) Cheng Hua

6.0 TARIKH / MASA10 SEPTERMBER 2014 1.30 petang – 4.00 petang

Page 3: Kertas Kerja Kuih Bulan

7.0 TEMPAT Tempat Makan SJK(C) Cheng Hua

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

1.30 petangPembahagian Kumpulan

1 kumpulan ( 5 orang murid) Sebanyak 6 kumpulan dibentuk

1.40 petangTaklimat dan peraturan pertandingan oleh

Cikgu Lorinda Sii Ging Ging1.50 petang Pertandingan dimulakan2.45 petang Jamuan ringan3.00 petang Pembentangan hasil kerja3.30 petang Maklum balas daripada hakim-hakim

4.00 petang

Bersurai

9.0 AJK PELAKSANA

Penasihat : Cikgu Lim Lee Siang (Guru Besar)

Pengerusi : Cikgu Wong See Chuan (GPK – Kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Joana Chua Pei Shan (Guru Penyelaras Kelab Bahasa Cina)

Setiausaha : Cikgu Lorinda Sii Ging Ging (Guru Penasihat Kelab Bahasa Cina)

Bendahari : Cikgu Ting Lee Yi (GPK – Penolong Kanan Akademik)

AHLI JAWATANKUASA

Cikgu Tiong Pau Yi

Cikgu Jenna Ling Yung Bin

Cikgu Stella Tang Wen Ting

Cikgu Lim Xin Xin

Cikgu Tong Koh Juh

Cikgu Wong Enn Ing

Cikgu Yong Mee Kiong

10.0 BAJET KEWANGAN PROGRAMPerbelanjaan1. Hadiah Tempat pertama RM 25.00 x 2

Tempat kedua RM 15.00 x 2

Tempat ketiga RM 5.00 x 2

Page 4: Kertas Kerja Kuih Bulan

__________

RM 90.00

2. Bahan asli dan peralatan-peralatan membuat kuih bulan RM 45.00

3. Bahan cetak dan peraturan pertandingan RM 15.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 150.00

11.0 SUMBER KEWANGANPeruntukan daripada Kokurikulum

12.0 PENUTUPDiharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dirancang ini dapat memberi impak yang positif kepada ahli-ahli Kelab Bahasa Cina. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak maka akan tercapai segala matlamat dan dapat melahirkan generasi yang berfikiran terbuka dan rasional.

Disediakan oleh:

.....................................................(LORINDA SII GING GING)Guru Penasihat Kelab Bahasa CinaSJK(C) Cheng Hua Disemak oleh: Diluluskan oleh:

......................................................................................................

(WONG SEE CHUAN) (LIM LEE SIANG)Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar SJK (C) Cheng Hua. SJK(C) Cheng Hua.