KERTAS KERJA KUIZ

8
1. PENDAHULUAN Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan kuiz sains dan matematik ini para murid dapat menukar persepsi mereka yang salah terhadap subjek sains dan matematik yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran sains dan matematik dikalangan murid. Yakni, harus ditanam sejak awal lagi kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan murid- murid kelak. 2. MATLAMAT Matlamat pertandingan kuiz sains dan matematik untuk menyemai minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan matematik dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains dan matematik di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan matematik ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin,

Transcript of KERTAS KERJA KUIZ

Page 1: KERTAS KERJA KUIZ

1. PENDAHULUAN

Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,

emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh

Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan kuiz

sains dan matematik ini para murid dapat menukar persepsi mereka yang salah

terhadap subjek sains dan matematik yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti

ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata

pelajaran sains dan matematik dikalangan murid. Yakni, harus ditanam sejak

awal lagi kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat

besar dalam kehidupan murid-murid kelak.

2. MATLAMAT

Matlamat pertandingan kuiz sains dan matematik untuk menyemai minat

murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan memberi asas

pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik. Justeru, murid mempunyai

landasan untuk mengaplikasikan sains dan matematik dalam kehidupan harian

untuk mengikuti pelajaran sains dan matematik di peringkat yang lebih tinggi di

samping mengamalkan budaya sains dan matematik ke arah pembentukan

masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap

alam sekeliling serta melahirkan masyarakat yang produktif.

3 Objektif

Diadakan Minggu Sains Dan Matematik. Antara Objektif yang ingin

dicapai melalui Program ini adalah;

1. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.

2. Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Sains dan Matematik

Page 2: KERTAS KERJA KUIZ

dalam Bahasa Inggeris.

4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

5. Memupukkan semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.

4. TEMA

“Bulan Kembar Tiga”

5. BUTIR-BUTIR PROGRAM

Tarikh program

21 Julai 2010

Tempoh perlaksanaan

2 jam (2.00pm – 4.00pm)

Tempat program

Makmal sains, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

6. BILANGAN PELAJAR

LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Ahli persatuan Sains 16 orang 29 orang 45 orang

Ahli persatuan Matematik 2 orang 1 orang 3 orang

Jumlah 18 orang 30 orang 48 orang

Guru-guru pelatih yang terlibat: 1) En. Purushothman munusamy

2) Cik. Nurayuni binti Mohd Shukur

3) Cik. Poh Hong Ging

4) Cik. Sim Siew Fung

Senarai nama penuh peserta program berserta kelas telah dilampirkan bersama.

(Lampiran B)

Page 3: KERTAS KERJA KUIZ

7. JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ SAINS DAN

MATEMATIK 2010

Penaung : En. Mohd Husin b Arshad (Guru Besar)

Penasihat : En. Nazri M. Salleh(GPK Kurikulum)

: Pn. Salmah binti Darus (GPK Hem)

Pengerusi : En.Mohd Rizal bin MD. Daud (GPK KoKo)

Penyelaras : En. Purushothman Munusamy

Pen. Penyelaras : Cik. Sim Siew Fung

Setiausaha : Cik Nurayuni Binti Mohd Shukur

Bendahari : Cik. Poh Hong Ging

8. JAWATANKUASA KECIL

AJK Hadiah : Cik. Poh Hong Ging

AJK Peralatan

dan bahan : En. Purushothman Munusamy

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA ANGGARAN KOS

Bahan-bahan

-kertas A4 (1 rim)

-kertas mahjung (10 keping)

RM 10.00

RM 0.40 × 10 = RM 4.00

Photostat (40 keping) RM 5.00

Hadiah RM 10.00

Jumlah RM 29.00

*Kami memohom peruntukan untuk hadiah dan bahan-bahan.

Page 4: KERTAS KERJA KUIZ

10. PENUTUP

Pertandingan kuiz sains dan matematik dianjurkan bagi meningkatkan

pengetahuan dan penguasaan murid-murid serta menarik minat mereka dalam

mempelajari kedua-dua subjek ini dengan lebih baik lagi. Pertandingan ini

dirangka untuk mengurangkan jurang yang terdapat diantara murid-murid.

Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mencapai matlamat

dan objektif KBSR yang telah ditetapkan. Kami berharap agar mendapat

sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak tuan agar dapat memudahkan

lagi perjalanan program ini.

Sekian, terima kasih.

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Saya yang menjalankan tugas, Diluluskan oleh,

............................ ...............................(CIK NURAYUNI BINTI MOHD SHUKUR) (EN. MOHD HUSIN B ARSHAD)

Setiausaha, Guru Besar,Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik, Sek. Keb. Sungai Batu,Sek. Keb. Sungai Batu. Teluk Kumbar,Teluk Kumbar, Pulau Pinang.Pulau Pinang.

Page 5: KERTAS KERJA KUIZ

(LAMPIRAN A)

Tentatif Program

Rabu (21 Julai 2010)

1.30 ptg : Persediaan untuk pertandingan kuiz

1.45 ptg : Murid-murid berkumpul di Makmal sains

1.55 ptg : Memberi taklimat tentang kuiz

2.00 ptg : Soalan diedar dan murid-murid mula menjawab

3.45 ptg : Kertas soalan dikutip

3.55 ptg : Murid-murid bersurai

4.00 ptg : Makmal sains dikemaskan

Page 6: KERTAS KERJA KUIZ