Kertas kerja kursus asas tani
-
Upload
rosedi-ibrahim -
Category
Education
-
view
363 -
download
19
Transcript of Kertas kerja kursus asas tani
KOLABORASI STRATEGIK DENGAN :
KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN
KURSUS KEUSAHAWANAN ASAS TANI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH JOHOR 2012
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini di buat adalah untuk memohon kelulusan daripada pihak
Pengurusan Kolej Komuniti Batu Pahat dari aspek kewangan dan kebenaran
menggunakan dewan kuliah untuk menjalankan kursus ini.
2.0 PENGENALAN
Program ini merupakan program anjuran bersama antara e-Tech Center Kolej
Komuniti Batu Pahat dengan Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat. Ia melibatkan
pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Johor. Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Ia bertujuan untuk memberi persiapan diri kepada para pelajar untuk
menyediakan kertas kerja yang lengkap untuk menjalankan perniagaan mereka.
Dengan mengikuti kursus ini juga pelajar dapat didedahkan secara terus dengan
situasi perniagaan sebenar hasil perkongsian pengalaman bersama penceramah-
penceramah.
Selain dari mengutip pengalaman berharga dari penceramah, peserta juga
berpeluang mendapatkan pinjaman yang disediakan oleh pihak MARA bagi
menjalankan perniagaan sepertimana yang terdapat dalam syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak MARA.
Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari
segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan
Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan
perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan,
pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.
3.0 OBJEKTIF
i. Membangunkan sebuah mini inkubator usahawan tani yang terdiri daripada tiga
bahagian iaitu bahagian pertanian, bahagian perternakan dan bahagian lanskap.
ii. Memberi bimbingan dan latihan kepada para pelajar untuk menjadi usahawan
tani yang berjaya.
iii. Melahirkan usahawan tani yang berjaya dan berdaya saing
4.0 ANJURAN
e-Tech Center Kolej Komuniti Batu Pahat berkolaborasi strategik dengan
Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat
5.0 TARIKH
Program ini dicadangkan untuk bermula pada :
01 Ogos 2012
6.0 TEMPAT
Ketiga-tiga bahagian ini dicadangkan untuk dibina di sekitar bangunan Kolej Komuniti
Batu Pahat Johor
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar – pelajar yang berminat
8.0 CARTA GANTT
Sila lihat LAMPIRAN 1
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila lihat LAMPIRAN 2
10.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai
objektif yang digariskan. Kerjasama diperlukan dari semua pihak amatlah
diharapkan untuk menjayakan program ini. Semoga semua mendapat ilmu
dan manfaat yang berguna dari program ini.
Disediakan oleh :
...................................
(ROSEDI BIN IBRAHIM)
Pegawai Keusahawanan,Kolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Tarikh :
Disemak oleh,
.......................................(SITI NORMAH BTE SUIB )Ketua JabatanPembelajaran Sepanjang HayatKolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Tarikh :
Diluluskan oleh :
.......................................(RADZUAN BIN OTHMAN)PenngarahKolej Komuniti Batu PahatKementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Tarikh :
LAMPIRAN 1
CARTA GANTT
Aktiviti Ogos Sept Okt Nov Dis
Membeli dan memasang barang
kelengkapan
Kursus asas tani (Jabatan Pertanian
Batu Pahat)
Kursus membuat produk lanskap
(simen ferro dan fiber glass)
Menanam sayuran dan mengisi
benih ikan keli ke dalam kolam
Penjagaan pertanian & perternakan
Membina produk lanskap
Menuai dan menjual
LAMPIRAN 2ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah(RM)
1. Pembiayaan
Duit peruntukan untuk program keusahawanan11590 00
Jumlah Pembiayaan 11590 00
Perbelanjaan bahagian sayuran
a. Kos tapak semaian dan tanaman
b. Bahan Mentah (Tanah, sabut kelapa, baja, poli bag)
c. Reinforced Garden Hose with hose reel
d. Pam air
e. Tong plastik 200L (RM100 X 2 unit)
f. Gutter
g. PVC pipe 3” with fitting
Perbelanjaan bahagian perternakan ikan keli
h. Tangki Fiber glass (RM1000 X 3 unit)
i. Benih ikan keli ( RM0.20 X 1000 ekor)
j. Makanan ikan keli ( RM40 X 5 bag)
k. Bahan rawatan
l. Penyauk
m. Bekas plastik 10L (RM20 X 3 unit)
Perbelanjaan bahagian Lanskap (simen ferro dan fiberglass)
n. Bahan Mentah ( BLC, simen, pasir, cat )
o. Peralatan (cutter,Scoop, kayu pelaras, sudik, span, baldi, berus
dan bekas cat)
p. Serat Fiber dan resin
q. Peralatan (gunting, berus dan bekas resin)
Papan tanda projek
Kursus Asas Tani (RM30 X 20 pelajar)
Kursus Simen Ferro (RM50 X 20 pelajar)
Kursus Fiberglass (RM50 X 20 pelajar)
1000 1000 300 500 200
500100
3000 200 200 100 30 60
500
250
500
50
500
60010001000
0000000000
0000
000000000000
00
00
00
00
00
000000
Jumlah Perbelanjaan 11590 00