Kertas Kerja Lawatan RIMUP
-
Upload
david-landry -
Category
Documents
-
view
137 -
download
3
Transcript of Kertas Kerja Lawatan RIMUP
KERTAS KERJA
AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP)
2007
1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.
KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.
KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.
2. Konsep
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
3. Matlamat
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.
4. Objektif Rancangan
Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.
5. Sekolah Terlibat.
5.1 SK Kayan, 32030, Sitiawan Perak5.2 SJK (T) Kampung Kayan, 32030, Sitiawan, Perak.5.3 SJK (C) Uk Dih, Kampung Koh Sitiawan, Perak.
6. Program Yang Akan Dijalankan
6.1 Program Padu Anak Malaysia - Pertandingan dan Aktiviti Sukan.6.2 Sambutan Hari Raya - Majlis Ramah Mesra..6.3 Lawatan Sambil Belajar - Lawatan ke tempat bersejarah.
6.1 Program Padu Anak Malaysia
6.1.1 Pengenalan
Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
6.1.2 Jenis Aktiviti
Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti Sukan.
6.1.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
6.1.4 Objektif
Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu sama lain.
6.1.5 Sasaran
Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.
6.1.6 Tarikh dan Masa
5 November 2007 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi.
6.1.7 Jawatankuasa
RUJUK LAMPIRAN.
6.2 Sambutan Hari Raya
6.2.1 Pengenalan
Hari Raya Aidilfitri dikenali juga sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh orang Islam pada 1 Syawal, iaitu bulan ke 10 dalam takwin Islam. Perayaan ini juga lebih dkenali sebagai Hari Raya Puasa kerana dirayakan setelah umat Islam sempurna mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadhan.
6.2.2 Jenis Aktiviti
Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Majlis Ramah Mesra.
6.2.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
6.2.4 Objektif
Dapat meningkatkan pengetahuan tantang sambutan Hari Raya Aidilfitri serta menghormati umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.
6.2.5 Sasaran
Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.
6.2.6 Tarikh dan Masa
5 November 2007 (Isnin) bermula jam 12.00 tengah hari.
6.2.7 Jawatankuasa
RUJUK LAMPIRAN.
6.3 Lawatan Sambil Belajar.
6.3.1 Definisi
Program lawatan ke tempat-tempat yang dapat meningkatkan pengetahuan am murid.
6.3.2 Jenis Aktiviti
Lawatan ketempat bersejarah dan ke pusat flora dan fauna seperti zoo negeri dan taman bunga.
6.3.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
6.3.4 Objektif
Dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang tempat-tempat yang dilawati serta dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum.
6.3.5 Sasaran
Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.
6.3.6 Tarikh dan Masa
21 November 2007 (Rabu)
6.3.7 Tempat Lawatan
Kuala Kangsar dan Taiping
6.3.8 Guru Pengiring
Empat orang guru pengiring dari setiap sekolah yang terlibat.
6.3.9 Jadual Lawatan
Tarikh Masa Aktiviti21 / 11 / 2007
(Rabu)7.00 am9.00 am9.10 am10.00am10.30 am11.30am12.30pm1.30pm3.00pm4.00pm5.00pm7.00pm
Memulakan perjalanan dari SitiawanSampai di Bandar Kuala KangsarMengujungi Istana lama Kuala kangsarMelawat Balai Seni Kuala KangsarMengunjungi Sungai Perak dengan menaiki feriBertolak ke Bandar TaipingSampai di Bandar Taiping dan makan tengahari. Melawat Zoo TaipingMelawat Tasik TaipingMelawat Muzium TaipingBertolak pulang ke SitiawanSampai ke sekolah masing-masing
6.3.10 Jawatankuasa
RUJUK LAMPIRAN.
7. Perbelanjaan kesemua program
9. Kesimpulan
Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.
Disediakan oleh: Disemak Oleh:
Disahkan oleh: