Program Rimup 2011
-
Upload
sabariah-othman -
Category
Documents
-
view
94 -
download
2
Transcript of Program Rimup 2011
PROGRAM RIMUP
PERMAINAN BOLA BALING
Pendahuluan
Berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah Teras Pertama iaitu Membina Negara Bangsa maka, program RIMUP dijalankan. Peruntukan sebanyak RM 2000 telah disediakan oleh pihak kementerian bagi melaksnakan program ini. Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak , SJK Chi Ming 1 dan SJK Tamil Jalan Sialang akan bergabung dan berada dalam Kumpulan A.
Rasional
Program ini dianjurkan kerana sekolah merupakan institusi yang mampu menjadi agen berkesan kea rah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Di samping melahirkan semangat perpaduan, aktiviti permainan bola baling dapat menyihatkan badan.
Matlamat
Mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan warga sekolah yang berbilang bangsa.
Misi
Bersama melahirkan generasi yang bersatu dan cergas.
Visi
“ Perpaduan Teras Keharmonian”
Anjuran
SK Bandar Tangkak
Objektif
1. Dapat melahirkan hubungan rapat dan semangat muhibbah antara murid.2. Menerapkan amalan menghormati antara guru dan murid yang berbilang bangsa.3. Melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.
Tarikh, hari dan Masa
Tarikh : 22 September 2011
Hari : Khamis
Masa : 7.30 – 11.00 pagi
Tempat
SK Bandar Tangkak
Kumpulan Sasaran
Guru-guru dan murid-murid
i) SK Bandar Tangkak
ii) SJK (C) Chi Ming 1
iii) SJK (T) Jalan Sialang
Sumber Tenaga
Warga SK Bandar Tangkak
Anggaran Belanjawan
Peralatan Sukan dan Padang
- Bip 4 set : RM110 X 4 = RM440
- Bola Baling : RM 80 X 2 = RM160
- Jaring : RM150 X 1 = RM150
- Sarung Tangan: RM 70 X 2 = RM140
- Minyak hitam : RM 50 = RM 50
- Gam player : RM 60 = RM 60
________
RM1000
________
Makanan dan Hadiah
- Makanan : RM1.80 X 357 = RM640
- Hadiah : RM3.60 X 100 = RM360
_______
RM1000
________
Sumber Kewangan
Pengurusan sekolah
Strategi Pelaksanaan
1. Mesyuarat AJK
2. Perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah
3. Lantikan AJK kerja
4. Pelaksanaan program
5. Pemantauan pelaksanaan aktiviti
Acara
- Permainan Bola Baling
- Setiap sekolah menghantar 24 orang murid tahun 6 (12 L, 12 P)
- Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan (Kump A, B dan C)
- Setiap kumpulan terdiri daripada murid daripada ketiga-tiga buah sekolah berkenaan
- Seorang guru pengiring dan seorang pengadil permainan
- Masa permainan 8.00 hingga 11.30 pagi
- Semua peserta akan diberi hadiah
- Makanan disediakan
Penutup
Program ini diharapkan dapat memupuk hubungan erat antara kaum. Selain itu, dengan menjayakan program ini dapat memupuk semangat sayangi kesihatan bagi hidup yang ceria.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………………….. …………………………………………….
(SABARIAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha,
Program RIMUP
PROGRAM RIMUP
SK BANDAR TANGKAK
Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Puan Hajjah Noraini Hayati bte Ahmad
Naib Pengerusi : Puan Zanib bte Md. Ghozali
Setiausaha : Puan Sabariah binti Othman
Bendahari : Puan Massiah bte Osman
Ahli Jawatankuasa Kerja
Persiapan di padang/ Hakim
1. En. Aziz bin Md Yasin
2. En. Ahmad Nazri bin Talib
3. En. Ahmad Fauzi bin Aminuddin
4. Puan Faridah bte Arba’in
5. Cik Hamizah bte Ismail
Jamuan
1. Pn. Rahimah bte Ab. Aziz
2. Pn. Normah bte Ahmad
3. Pn. Sabariah binti Othman
4. Cik Maslah bte Mohd Halip
Hadiah dan cenderamata
1. Pn. Khairani bte Makhsus
2. Pn. Norsilawati bte Togiman
3. Pn. Nobiah bte Hj. Sahar
Perakam peristiwa
1. Cik Zuraida bte Duki
2. Pn. Noorlaila bte Wagiman
Juruacara
1. Pn. Sabariah bte Basir
Tarikh : 22 September 2011Hari : KhamisMasa : 7.30 – 11.00 pagiTempat : SK Bandar Tangkak
LAPORAN PROGRAM RIMUPPERMAINAN BOLA BALING
PROGRAM RIMUPPERMAINAN BOLA BALING
SK BANDAR TANGKAK
Tarikh : 22 September 2011Hari : KhamisMasa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagiTempat : SK Bandar TangkakSekolah yang Menyertai : SK Banddar Tangkak
SJK (C) Chi Ming 1SJK (T) Jalan Sialang
PENDAHULUAN
Program RIMUP telah dianjurkan bertujuan untuk memupuk perpaduan dan semangat bekerjasama antara murid dengan murid, murid dengan guru dan antara guru dengan guru yang berbilang kaum. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat cinta akan negara dan menghormati antara satu sama lain. Program ini telah dianjurkan oleh SK BANDAR TANGKAK dan disertai oleh 96 orang murid yang terdiri daripada murid-murid SK Bandar Tangkak, SJK (C) Chi Ming 1 dan SJK (T) Jalan Sialang. Selain itu, beberapa orang guru dari semua sekolah yang terlibat juga memberi sumbangan sebagai Ahli Jawatankuasa sepanjang program dijalankan.
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SJK (C) Chi Ming 1 dan Guru Besar SJK (T) Jalan Sialang yang sudi bersama-sama membenarkan murid-murid mereka menyertai program ini bagi merealisasikan program RIMUP.
AKTIVITI
7.30 pagi – Ketibaan guru-guru dan murid-murid dari SJK (C) Chi Ming 1 dan SJK (T) Jalan Sialang. Mereka diberi sarapan sebungkus roti dan sebotol air mineral. Kemudian, murid-murid mengikuti aktiviti regangan sebelum memulakan permainan bola baling bagi mengelakkan kekejangan otot. Selepas itu murid-murid lelaki dan perempuan masing-masing dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, B dan C . Setiap kumpulan terdiri daripada tiga kaum. Semua murid memberi komitmen yang memberangsangkan.
8.30 pagi – Permainan bola baling dimulakan. Masa bermain 7 minit main 1 minit rehat 7 minit main. Kump A (L) X Kump B (L) - seri. Kump A (P) X Kump B (P) - Kump B (P) menang
Kump A (L) X Kump C (L) - Kump A (L) menang Kump A (P) X Kump C (P) - Kump A (P) menang Kump B (L) X Kump C (L) - Kump B (L) menang Kump B (P) X Kump C (P) - Kump B (P) menang
Mengikut kiraan mata jaringan Kumpulan B (L) dan Kumpulan B (P) – Johan.Permainan tamat jam 11.00 pagi. Impak daripada permainan bola baling dapat mengeratkan perhubungan antara murid pelbagai kaum. Di samping itu, dapat melahirkan semangat
berpasukan. Ini jelas dapat dilihat ketika mereka mengatur strategi pelawanan. Ini membuktikan program RIMUP tercapai dengan jayanya.
11.30 pagi – Majlis penyampaian hadiah. Semua murid mendapat hadiah berupa piala. Di samping itu, guru-guru pengiring turut menerima cendermata daripada pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada Guru Besar SJK (C) dan Penolong Kanan SJK (T) Jalan Sialang kerana sudi menyampaikan hadiah bagi menyempurnakan majlis. Kemudian, murid-murid dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan. Sebelum berpisah, sesi bergambar dan murid-murid bersalaman. Jelas terpancar kemesaraan antara mereka.
12.00 tengahari – Majlis bersurai.
Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………………………… …………………………….(SABARIAH BINTI OTHMAN)Setiausaha,Program RIMUPSK Bandar Tangkak.
s.kPPD MuarGuru Besar SJKC Chi Ming 1Guru Besar SJKT Jalan Sialang
Murid-murid dari SJKC Chi Ming 1 ceria menerima pembahagian sarapan daripada guru SK Bandar Tangkak.
Murid-murid SJKT Jalan Sialang beratur untuk menerima edaran air mineral dan sebungkus roti.
Encik Ahmad Nazri memimpin aktiviti regangan sebelum memulakan permainan bola baling.
Semua murid yang terlibat memberikan komitmen yang baik ketika menjalankan aktiviti regangan.
Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai oleh tiga kaum.
Keharmonian dipamerkan oleh murid-murid ketika bersalaman sebelum permainan dimulakan.
Semangat berpasukan ditunjukkan oleh setiap pasukan dalam permainan bola baling.
Mata jaringan yang diperoleh bagi setiap pasukan dipamerkan pada papan markah.
Penolong Kanan SJKT Jalan Sialang sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid dari SJKC Chi Ming 1.
Guru Besar SJKC Ching Ming 1 sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid dari SJKT Jalan Sialang.
Murid-murid bergambar sambil melaungkan 1 Malaysia!