Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

5
KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH NILAM & PSS CEMERLANG PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2013 TARIKH : TEMPAT :

Transcript of Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

Page 1: Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

KERTAS KERJAMAJLIS ANUGERAH

NILAM & PSS CEMERLANG

PERINGKAT DAERAH MANJUNG

TAHUN 2013

TARIKH :

TEMPAT :

Page 2: Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

MAJLIS ANUGERAH NILAM

PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2010

1.PENGENALAN :Majlis Anugerah NILAM dan PSS Cemerlang perlu dilaksanakan memandangkan kepentingan PSS dan aktiviti NILAM dalam mengiktiraf pencapaian di peringkat daerah. PSS Cemerlang serta pelajar yang mencapai NILAM sama ada di Tahap Jauhari mahu pun Rakan Pembaca akan menerima sijil pengiktirafan sebagai tanda penglibatan aktif pelajar tersebut dalam program di peringkat negeri. Memandangkan ianya agak sukar untuk dilaksanakan serentak di peringkat negeri oleh kerana bilangan penerima anugerah yang terlalu ramai, maka ianya terpaksa dibuat di daerah masing-masing. Pelajar yang mencapai NILAM sama ada di Tahap Jauhari mahu pun Rakan Pembaca akan menerima sijil pengiktirafan serta disematkan lencana NILAM sebagai tanda penglibatan aktif pelajar tersebut dalam Program NILAM. Selain itu, penglibatan aktif sekolah juga turut diberi pengiktirafan berdasarkan data yang diberi. Acara kemuncak majlis anugerah tersebut ialah pemilihan 2 orang Tokoh NILAM Peringkat Daerah Manjung bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tokoh NILAM Peringkat Daerah Manjung akan dicalonkan pula untuk pemilihan di peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan jika berjaya melepasi tahap penilaian yang diberi.

2.RASIONALPencapaian pembacaan Program NILAM semakin meningkat. Oleh itu penerima anugerah serta penglibatan sekolah dalam melaksanakan program NILAM perlu dipromosikan. Pemilihan tempat majlis diadakan juga penting. Sekolah yang terpilih akan mendapat kerjasama dari BTPN, PPD dan PKG bagi dijadikan contoh ‘benchmark’ sekolah yang berjaya menjalankan program NILAM. Semoga dengan adanya pengiktirafan sebegitu rupa semua sekolah akan dapat menjalankan program NILAM secara aktif dan efisyen.

3. OBJEKTIF3.1 Anugerah NILAM adalah satu insentif yang dijalankan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk mengiktiraf usaha gigih pelajar yang telah menjalankan aktiviti pembacaan NILAM.

3.2 Melahirkan tokoh pelajar yang minat membaca, berketrampilan dan mempunyai sikap kepimpinan.

3.3 Menampilkan pelajar yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.

3.4 Sebagai satu usaha mempromosi serta memantapkan program NILAM.

2

Page 3: Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

4. MATLAMATMemberi anugerah dan pengiktirafan kepada pelajar yang telah berjaya melaksanakan Program NILAM dengan cemerlang di Peringkat Daerah Manjung.

5. SASARAN 4 orang calon Tokoh NILAM x 5 PKG = 20 orang

Hakim Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Manjung = 11 orangPengetua / Guru Besar Daerah Manjung = 100 orangGPM Daerah Manjung = 100 orangPenerima Anugerah NILAM Thp.Jauhari/RP = 300 orangUrusetia / Jawatan Kuasa = 50 orang

JUMLAH = 581 orang

6. PELAKSANAAN Dicadangkan majlis ini akan dijalankan pada :

Tarikh : 22 Julai 2010 Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Teluk Batik Resort

Perasmi : Belum ditentukan

7. SENARAI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah ManjungTimb.Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah ManjungPenyelaras Program : Penolong PPD (Bahasa)Setiausaha : PTP PKG (Ketua NILAM Daerah)Pen.Setiausaha : Pegawai Khas Pengurusan Akademik PPD Bendahari : Bendahari PPSNP Daerah ManjungAJK : Penolong PPD Sekolah Menengah

: Penolong PPD Sekolah Rendah : Penolong PPD (Matematik/Sains): Penolong PPD (Kemanusiaan): Penolong PPD (Teknik & Vokasional): Pengerusi PKPSM Daerah Manjung: Pengerusi MGB Daerah Manjung: Pengerusi Panitia Daerah (PSS/NILAM SM): Pengerusi Panitia Daerah (PSS/NILAM SR)

3

Page 4: Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

: Semua Pengerusi PKG Daerah Manjung: Semua PTP PKG Daerah Manjung

8. SUMBER KEWANGAN1. PPD : RM 2500 (jamuan & sewa dewan)2. BTPN : RM 2000 (Trofi, sijil dan lencana NILAM)3. PPSNP : RM 20004. PKPSM : RM 5005. MGB : RM 500

JUMLAH : RM 7500

9. IMPLIKASI KEWANGAN9.1 Makan dan sewa dewan : RM 25009.2 Trofi & cenderamata : RM 20009.3 Hadiah wang tunai : RM 21009.4 Kain Rentang : RM 3009.5 Cetak Sijil / Mok Cek : RM 1009.6 Runcit : RM 500

JUMLAH : RM 7500

10. KATEGORI ANUGERAH 10.1 Penerima Anugerah NILAM Tahap Jauhari SR/SM10.2 Penerima Anugerah NILAM Tahap Rakan Pembaca SR/SM10.3 Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Bandar10.4 Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar10.5 Tokoh NILAM Kategori Sekolah Rendah Bandar10.6 Tokoh NILAM Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar10.7 Tokoh NILAM Sekolah Menengah Daerah Manjung10.8 Tokoh NILAM Sekolah Rendah Daerah Manjung10.9 Pengurusan NILAM Sekolah Menengah10.10Pengurusan NILAM Sekolah Rendah10.11Hakim Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Manjung

11. RUMUSAN

4

Page 5: Kertas Kerja Majlis Anugerah Nilam Daerah Manjung 2010

Adalah diharapkan melalui program ini Daerah Manjung dapat melahirkan calon Tokoh NILAM Peringkat Daerah Manjung yang mampu bersaing di Peringkat Negeri Perak seterusnya ke Peringkat Kebangsaan.

Disediakan Oleh : Zuraidah bt. Mohd.Shafie PTP 1 PKG Sitiawan

5