Kertas Kerja Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6

download Kertas Kerja Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6

of 4

description

PIBG

Transcript of Kertas Kerja Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM36500 ULU BERNAMPERAK

KERTAS KERJAMAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPAMURID-MURID TAHUN 62015

TARIKH : 26 JANUARI 2015MASA : 10.35 PAGI- 12.05 TENGAH HARITEMPAT : DEWAN SRI BERNAM

1.0 PENDAHULUAN

Untuk memastikan kecemerlangan setiap murid, pihak pentadbir telah telah merangka pelbagai program kecemerlangan dengan begitu rapi untuk semua murid-murid SK Ulu Bernam terutamanya murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Penekanan tidak sahaja tertumpu kepada bidang akademik, malah seluruh aspek kehidupan murid-murid semasa berada di sekolah malah juga ketika mereka berada di rumah. Sehubungan dengan itu bagi memastikan kelancaran program, ibu bapa murid juga perlu bertanggungjawab dalam bagi menastikan kecemerlangan muri-murid ini dalam akademik mahupun sahsiah.

Oleh yang demikian, Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 ini adalah merupakan salah satu program di bawah kelolaan Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR 2015 SK Ulu Bernam untuk memacu kecemerlangan murid-murid tahun 6 dalam UPSR. Majlis ini juga adalah anjuran bersama PIBG SK Ulu Bernam. Majlis ini adalah untuk memastikan bahawa semua ibu bapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, pencapaian akademik dan sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan mendudukiUPSR pada tahun ini.

2.0 MATLAMAT

2.1 Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik.2.2 Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.2.3 Meningkatkan prestasi murid-murid serta mengharumkan nama sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang maklumat-maklumat peperiksaan UPSR.3.2 Memohon kerjasama ibu bapa / penjaga supaya memantau dan menyelia kegiatan anak-anak berunsur akademik di rumah.3.3 Mengharapkan para ibu bapa/penjaga membimbing anak-anak yang menghadapi masalah akademik dan sahsiah di rumah.3.4 Berganding bahu bersama guru-guru menyerapkan semangat ingin berjaya dalam sanubari. 3.5 Menanamkan dan mendidik anak-anak agar mempunyai sikap rajin belajar dan jangan putus asa.4.0 JAWATANKUASA

PENASIHAT: EN JOHANNIS BIN AMRIN(Guru Besar)

PENGERUSI: PN. MAZLIA BT SIDIK(PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI: EN ZULKEFLI BIN TUAN ISMAIL(PK HEM)

: EN MOHD AMRI BIN JASMAN(PK KoKurikulum)

SETIAUSAHA: EN SAMSUL KAMAL BIN NOPIAH

BENDAHARI: EN. NOR AZMAN BIN YACOB

PELAKSANA: CIK ERMA IZYANI BT OTHMAN

AJK KERJA

Pengacara majlis: En. Mohd Lufti bin Mohamed Zamhuri

Bacaan doa: En. Mohd Kamaluddin bin Jaini

Persiapan dewan: En. Anuar bin Yazid

Sistem Audio/Visual: En. Mohd. Shafiq bin Mohd Ghause En. Md. Nadzri bin Abu Bakar

Jurugambar: En. Mohd. Azri bin Maon

Buku Aturcara/Dokumentasi: Cik Erma Izyani bt Othman

Latar pentas: En. Samsul Kamal bin Nopiah

Jamuan: Cik Hasmiza bt Md Nor

Pendaftaran: En. Nor Azman bin Yacob

5.0 PELAKSANAAN MAJLIS

Tarikh: 23 Januari 2015Masa: 10.35 pagi hingga 12.05 tengah hariTempat: Dewan Ulu Bernam

6.0 TENTATIF MAJLIS

10.15: Pendaftaran dan ketibaan ibu bapa

10.35: Ucapan pengerusi majlis

10.40: Bacaan doa

10.45: Ucapan Guru Besar

Pembentangan Target dan TOV

11.25: Pembentangan Kertas Kerja Kem Motivasi

dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2015

11.45: Sesi soal jawab

12.00: Jamuan ringan

7.0 PERBELANJAANPENDAPATANPERBELANJAAN

1. PIBGRM 50.001. Jamuan Ibu BapaRM2.50 x 20RM 50.00

JUMLAHRM 50.00JUMLAHRM 50.00

8.0 PENUTUPDi harap dengan majlis perjumpaan ibu bapa dan guru-guru tahun 6 ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara guru-guru dan ibu bapa demi kecemerlangan akademik dan sahsiah muid-murid. Jalinan kerjasama yang erat antara para ibubapa dan organisasi sekolah di jangka mampu meningkatkan prestasi akademik murid-murid Tahun 6 SK Ulu Bernam.

Di sediakan oleh :

CIK ERMA IZYANI BT OTHMANSK ULU BERNAM

Di semak oleh :

PN. MAZLIA BT SIDIKPK PentadbiranSK Ulu Bernam

Disahkan oleh :

EN. JOHANNIS BIN AMRINGuru BesarSK Ulu Bernam