Kertas Kerja-Malam Anggun Bestari
-
Upload
krissy-cham -
Category
Documents
-
view
34 -
download
7
description
Transcript of Kertas Kerja-Malam Anggun Bestari
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
KERTAS KERJA
MALAM ANGGUN BESTARI
TEMPAT:
RESTORAN SELASIH, JOHOR BAHRU.
TARIKH:
21 OKTOBER 2015 (RABU)
ANJURAN:
JABATAN ILMU PENDIDIKANINSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRUJOHOR
1.0 Pendahuluan
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim yang menjadi program rutin tahunan. Program ini disertai seramai 196 orang guru pelatih dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Pada masa yang sama diadakan majlis persaraan pensyarah. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan menambah pengalaman dan seterusnya dapat melatih guru pelatih melaksanakan sesuatu program.
2.0 Rasional
Program ini dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih berkongsi pengalaman bersama tenaga pengajar dan pihak luar dalam memantapkan lagi kemahiran mengurus sesuatu program. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka bagi mengharumkan nama IPGKTI.
3.0 Matlamat
Penganjuran majlis ini bukan hanya berpaksikan peranannya sebagai acara tahunan semata-mata tetapi program ini memberikan penghargaan kepada pensyarah iaitu Tuan Haji Hassan Bin Kudus sebagai kenangan manis selepas bersara. Program ini dilihat sebagai satu medium yang berkesan untuk mengukuhkan lagi hubungan interpersonal dan intrapersonal antara guru pelatih dan pensyarah. Bukan itu sahaja, melalui penganjuran program ini, guru pelatih turut dapat menimba pengalaman yang berguna dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi. Pengalaman seperti ini sememangnya penting untuk diadakan demi menongkah arus globalisasi pada masa hadapan.
4.0 Objektif
4.1 Menghargai jasa para pensyarah yang telah memberi banyak tenaga dan
pengetahuan kepada guru pelatih.
4.3 Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat dalam proses melengkapkan diri menjadi
guru yang kompeten.
4.4 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk guru pelatih untuk melaksanakan
program dengan teratur dan dirancang dengan rapi.
4.5 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-
nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
4.6 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan guru pelatih, pensyarah dan kakitangan.
5.0 Tarikh dan Masa
Tarikh : 21 Oktober 2015 (Rabu)
Masa : 8:00 malam hingga 11:00 malam
6.0 Tempat
Restoran Selasih, Johor Bahru. No 623 Jalan Kolonel Wilson, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru.
7.0 Sasaran/Penyertaan
7.1 Semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan 7.2 Semua guru pelatih Ilmu Pendidikan (189 orang)
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran Perbelanjaan ProgramSumber perbelanjaan di bawah tanggungan sendiri.
BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH1. Makanan dan Minuman
- Pensyarah- Pelajar PPISMP
RM 35.00 x 22 orang RM 35.00 x 189 orang
RM 770.00RM 6615.00
2. Pengangkutan ( Bas IPGKTI )
4. Peralatan Sambutan :1. Kompang 2. Permaidani3. Dulang
20 Biji 1 gulung 2 buah
5. Cenderamata 1. Hadiah (wakil opsyen)2. Hadiah Cabutan3. Hadiah (Pertandingan
Pakaian)
10 Biji20 Biji 5 (guru pelatih) 5 (pensyarah)
JUMLAH BESAR RM 7385.00
Ulasan Pegawai Eksekutif
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
9.0 Struktur Organisasi
PENAUNG : PN. RUBIAH BTE AHMAD
Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENASIHAT (1) : DR. HAJI YAZID BIN ABD MANAPTimbalan Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENASIHAT (2) : DR. MAZLAN BIN ARIS
Timbalan Pengarah Akademik
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENGERUSI : PN SALINA BTE OMAR
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENYELARAS : PN HJH ROKIAH BTE BUYONG
Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENOLONG : DR. NG PEI FERN
PENYELARAS (1) Penyelaras Pemulihan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENOLONG : PN. PERIAKKA A/P RENGGAYA CHINAYA
PENYELARAS (2) Penyelaras Pendidikan Khas
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
PENSYARAH PEMBIMBING: Semua Pensyarah,
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
10. TENTATIF PROGRAM
GRACE IP NIGHT Restoran Selasih, Johor Bahru.
No 623 Jalan Kolonel Wilson, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru
MASA ACARA-ACARA
7:00 malam Bertolak dari IPGKTI
7:30 malam Kehadiran guru pelatih dan pensyarah
8:00 malam Majlis bermula:
- Perarakan masuk VIP.
- Kata alu-aluan majlis
- Bacaan doa selamat
- Ucapan pengarah
- Ucapan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
8:30 malam
hingga
9:30 malam
- Jamuan makan malam
- Tayangan video Tuan Haji Hassan
- Penyampaian hadiah kepada Tn Haji Hassan (wakil opsyen)
(Tayangan video disempurna sambil tetamu makan malam.)
10:00 malam - Pertukaran hadiah antara guru pelatih
- Aktiviti cabutan hadiah / lucky draw
- Mengumumkan pemenang petandingan pakaian
- Sesi bergambar
-
11:00 malam Majlis bersurai
11. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Murugan A/L Ramalingan
Naib Pengerusi : Cham Kuai Peng
Setiausaha : Noorziana Binti Asgali
Bendahari : Angelina Ann A/P David
AJK Tayangan Video : Sattiawathy A/P Arumugam
Chitra Devi A/P Narina
Kalpana A/P Krishnan
AJK Kompang : Mardiana Binti Hanip Omar
AJK Sambutan : Noorziana Binti Asgali
AJK Persembahan : Anjus Yusally
AJK Jemputan : Hemalatha A/P Guindasamy
AJK Buku Program : Leo Miranda A/L Danies
AJK Hiasan : Puvana A/P Kumalan
AJK Peralatan : Aminuddin Asyraf Bin Abdul Hai
AJK Pengangkutan : Cham Kuai Peng
AJK Cenderamata : Nadia Binti Luis
Nurul Izah Afiqah
AJK Jurugambar : Nursyafikah Binti Ag.Mohd kadir (gambar)
Kumanan A/L V.Ramasamy (video)
AJK Kebajikan : Pirakhas A/L Veeraselvam
AJK Teknikal : Veerah A/L Subramaniam
Pengacara majlis : (1) 4 PISMP Pendidikan Khas
(2) 1 PISMP Pemulihan
12. PENUTUP
Program ini merupakan program tahunan yang diadakan khas untuk meraikan majlis
persaraan kepada Tuan Haji Hassan Bin Kudus iaitu pensyarah Ilmu Pendidikan yang
akan bersara pada tahun ini. Di samping itu, memberi jasa penghargaan kepada para
pensyarah dan guru pelatih. Segala usaha murni ini diharap dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_________________________ _________________________
(CHAM KUAI PENG) (PUAN HAJAH ROKIAH BINTI BUYONG)
Naib Pengerusi AJK JIP Penyelaras Bimbingan & Kaunseling,
Jabatan Ilmu Pendidikan
SENARAI NAMA JAWATANKUASA PENSYARAH DAN STAFJABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPGKTI, JOHOR
BIL NAMA GRED1 Pn. Salina binti Omar DG52
2 Tn. Hj Hamdan bin Zainal Afuad DG48
3 En Lee Chai Eam DG52
4 Pn. Hjh. Rosnah binti A. Rajak DG52
5 Cik Marina binti Abd. Majid DG52
6 Pn. Hjh. Rokiah binti Buyong DG52
7 Pn. Wan Faridah Akmal binti Wan Ismail DG48
8 Pn. Hjh. Maszuria binti A. Ghani DG48
9 En Ismail bin Saliyan DG48
10 Pn. Hjh Norhasimah bt Yusof DG48
11 Dr. Hjh Wan Noor Siah binti Wan Abdullah DG52
12 Pn. Periakka a/p Renggaya Chinaya DG48
13 Tn. Hj. Hassan bin Kudus DG48
14 Pn. Siti Mislia binti Selamat DG48
15 Dr. Ng Pei Fern DG48
16 Pn. Sin Lee Eng DG48
17 Cik Goh Wah Im DG44
18 Pn. Suria binti Abdul Rahim DG44
19 En. Rhaimie bin Muhamad N 11