Kertas Kerja Menaik Taraf Pss 2013 Rak Buku

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU KM 11 JALAN GOMBAK, SELANGOR, 53100 KUALA LUMPUR. Kertas Kerja Projek Menaik Taraf Pusat Sumber Sekolah 2013 Disediakan Oleh: Pn Norhiyah binti Mohamad Noor Guru Perpustakaan & Media Sesi 2013

Transcript of Kertas Kerja Menaik Taraf Pss 2013 Rak Buku

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU

KM 11 JALAN GOMBAK, SELANGOR,

53100 KUALA LUMPUR.

Kertas Kerja

Projek Menaik Taraf

Pusat Sumber Sekolah 2013

Disediakan Oleh:

Pn Norhiyah binti Mohamad Noor

Guru Perpustakaan & Media

Sesi 2013KERTAS KERJAPROJEK MENAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013Lokasi

: Pusat Sumber Sekolah Alamat: SMK Sungai Pusu, KM 11, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-6186 1701

1. Pengenalan

Pusat Sumber sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Ia seharusnya menepati keperluan pendidikan masa kini yang menitikberatkan penggunaan pelbagai jenis media dan dapat membantu mewujudkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berjaya menarik minat pelajar.

Sebuah pusat sumber yang baik bukan sahaja menjadi tempat untuk mengumpul dan menyebarkan pelbagai maklumat, tetapi mestilah menjadi tempat yang sentiasa ingin dikunjungi oleh semua warga sekolah terutamanya para pelajar dan juga guru. Sehubungan dengan itu, adalah wajar jika aspek mutu perkhidmatan dan keselesaan diberi perhatian supaya suasana di dalam Pusat Sumber itu sendiri mencerminkan suasana pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.2. Rasional

Keadaan Pusat Sumber sekolah sekarang didapati kurang memuaskan dari segi keselesaan dan keceriaan. Ruang bacaan didapati tidak dapat menampung jumlah murid sekolah ini yang semakin ramai. Sehubungan dengan itu, adalah wajar kiranya PSS ini dapat dinaik taraf supaya ia dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai dan menjadi kunjungan murid untuk membaca dan membuat rujukan. Selain itu, PSS yang luas juga dapat berfungsi sebagai ruang pelbagai guna terutamnya untuk kursus dalaman guru-guru.3. Objektif

3.1. Menarik lebih ramai pelajar dan guru untuk menggunakan PSS dengan cara mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar. 3.2. Meningkatkan tahap bacaan pelajar selaras dengan program NILAM yang dilancarkan sejak tahun 1998 dan seterusnya meningkat pencapaian akademik pelajar.3.3. Menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah selaras dengan perkembangan kurikulum kebangsaan yang menjurus kearah pembelajaran yang berasaskan sumber.3.4. Menjadi ruang pelbagai guna untuk kursus dan bengkel yang melibatkan warga sekolah.4. CadanganUntuk merealisasikan Projek Naik Taraf PSS ini, adalah dicadangkan supaya SMK Seri Selayang dijadikan sebagai penanda aras. Untuk memaksimumkan ruang bacaan, semua tingkap di bahagian tepi kanan PSS ditukar menjadi rak dinding. (Sila Rujuk Lampiran 1). Dengan tiadanya rak besi di dalam PSS, ruang bacaan akana menjadi lebih luas. Oleh yang demikian, lebih banyak kerusi dan meja dapat dimuatkan di dalam PSS dan semakin ramailah lagi murid dapat menggunakan PSS.5. Implikasi KosBILKEPERLUANUNIT ANGGARAN KOS (RM)

1Ubahsuai tingkap menjadi rak buku9 bay @ RM3000.0027,000.00

2Hiasan dalaman8,000.00

JUMLAH35,000.00

Projek ini memakan belanja yang sangat besar. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dapat melaksanakan satu projek kutipan derma untuk menampung kos projek ini. Projek ini bolehlah dinamakan sebagai Bacathon sebagai simbolik di sebalik Projek Menaik Taraf Pusat Sumber sekolah yang menjadi ruang dimana murid dan guru membaca dan membuat rujukan.

6. PenutupWalaupun Projek Menaik Taraf Pusat Sumber ini menelan kos yang tinggi, namun kesan dari projek ini akan memberi manfaat yang berterusan kepada pembangunan pelajar demi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan berdaya saing. Sumbangan yang murni ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada pelajar dan guru, malah dapat membantu membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.Disediakan Oleh,

Disahkan oleh,

.........................................

....................................

Lampiran 1Pemandangan tingkap yang telah diubahsuai menjadi rak buku

Pemandangan tingkap yang telah diubahsuai menjadi rak buku

2