KERTAS KERJA nrc.docx
-
Upload
mohamad-zamri-ibrahim -
Category
Documents
-
view
270 -
download
3
Transcript of KERTAS KERJA nrc.docx
-
8/10/2019 KERTAS KERJA nrc.docx
1/6
KERTAS KERJA
ISKANDARIAN ROBOTICS TEAM
LUNAR MINERS
KE
NATIONAL ROBOTICS COMPETITION
NRC PERINGKAT KEBANGSAAN
2014
-
8/10/2019 KERTAS KERJA nrc.docx
2/6
1.PENGENALAN
Pasukan robotik Sekolah Kebangsaan Iskandar telah terpilih untuk mewakili pasukan
negeri Kedah ke Kejohanan Robotik peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di
Primaland Convention Center, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 23 25 September
2014 akan datang. Pasukan yang menggelarkan diri mereka Lunar Miners, telah
muncul johan kategori Terbuka yang bertemakan Robot and Spacepada Kejohanan
Robotik Kebangsaan peringkat negeri Kedah yang telah diadakan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Jitra pada 15 Ogos 2014 yang lalu.
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberikan penekanan terhadap aspek
kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan
pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Selain itu, NRC merupakan usaha
berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempromosikan inovasi serta
pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah-sekolah. Pertandingan ini
menggalakkan pelajar menggunakan pemikiran aras tinggi (HOTS), kreativiti serta
pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat bagi menandingi
pihak lawan. Acara ini diharap dapat menyumbang dan bergerak selari dengan usaha
kerajaan dalam mentransformasikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan
sistematik berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Selain
itu, acara ini juga dapat menjadi platform untuk melahirkan individu yang inovatif dan
berdaya saing di pasaran global kelak.
-
8/10/2019 KERTAS KERJA nrc.docx
3/6
2.MATLAMAT
Membangun dan mengukuhkan pemikiran kritikal dan kreatif dan kemahiran sosial yang
merupakan prasyarat penting bagi kejayaan dalam melanjutkan pelajaran dan kerjaya
masa depan. Kemahiran ini termasuk:
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran berfikir secara kreatif
Kemahiran komunikasi interpersonal
Kemahiran kerja secara berpasukan
3.OBJEKTIF
3.1 Untuk membantu murid membina asas yang kukuh dalam matematik, sains,
teknologi, reka bentuk , dan TMK melalui pengalaman amali atau penyiasatan.
3.2 Melatih murid untuk bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang
mencabar dengan semangat kerjasama dan usaha sama.
3.3 Untuk membolehkan murid membina pemikiran logik dan sistematik dalam
merancang dan melaksanakan program-program melalui pengaturcaraan robot.
3.4 Untuk meningkatkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan
meningkatkan kesedaran mereka daripada banyak cara mencapai hasil yang
dikehendaki.
3.5 Untuk menggalakkan persaingan dalam bidang robotik dalam kalangan murid
sekolah sebagai hobi yang sihat dan berfaedah.
-
8/10/2019 KERTAS KERJA nrc.docx
4/6
4.BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : Latihan22 Ogos 2014 hingga 21 September 2014
Pertandingan23 hingga 25 September 2014
Tempat : Latihan - Makmal ICT SK Iskandar
PertandinganPrimaland Convention Centre,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Peserta : Darren Geh5 Aktif
Lai Yong Jet4 Aktif
Benjamin Geh3 Aktif
Mentor : Mohamad Zamri bin Ibrahim
5. BUTIRAN PROJEK
Pasukan Lun ar Miners telah menghasilkan sebuah robot yang dikenali sebagai H3-3
XC4V470R (HELIUM 3 EXCAVATOR). Robot ini berfungsi sebagai alat penggali
Helium yang terdapat di permukaan bulan. Langkah ini adalah sebagai alternatif
sumber kuasa yang semakin berkurang di bumi. Helium adalah adalah bebas radioaktif
dan mampu menghasilkan tenaga yang banyak dan selamat untuk kegunaan manusia.
-
8/10/2019 KERTAS KERJA nrc.docx
5/6
6. SPESIFIKASI ROBOT
(Lampiran 1)
7. PENDAPATAN
Wang Kokurikulum
8. PERBELANJAAN
Kostum Angkasawan 3 orang = RM367.55
Meja Lapangan Robot = RM180.00
Banner Pondok Pameran = RM150.00
Amplifier / head & clip microphone = RM380.00
Makan peserta semasa latihan = RM48.00
Jumlah Besar = RM1 125.55
9. PENUTUP
Semoga segala usaha gigih Lun ar Miners , pasukan robotik Sekolah Kebangsaan
Iskandar ini akan menghasilkan kejayaan pada penyertaan dalam Kejohanan Robotik
Kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 2325 September 2014
nanti. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah dan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Iskandar yang banyak
menyokong pasukan ini dalam penyertaan sulungnya ke peringkat kebangsaan.
Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh
MOHAMAD ZAMRI IBRAHIM ABDUL GHANI B ISMAIL MAHMUZIR B OSMANMentor Iskandarian Robotics Team PK Kokurikulum SK Iskandar Guru Besar SK Iskandar
-
8/10/2019 KERTAS KERJA nrc.docx
6/6