Kertas Kerja Parenthon s 2

7
KERTAS KERJA PARENTHON SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU 1. Pendahuluan Sekolah Kebangsaan Lendu akan mengadakan satu program ‘Parenthon’ yang bertemakan “Prihatinmu Sejuta Harapan , Budimu sejuta erti” adalah satu program yang dirancang oleh PIBG S.K Lendu untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan beberapa aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah.Pungutan parenthon ini akan dijalankan oleh semua ibu bapa atau penjaga bersama PIBG S.K Lendu. Setiap orang akan diberikan sekeping kad parenthon untuk membuat pungutan dana. Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabungan yang kukuh untuk membiayai pelbagai aktiviti murid dan menaiktaraf prasarana sekolah selaras dengan program sarana sekolah dan sarana ibubapa yang diketengahkan oleh pihak Kementerian. Selama ini PIBG SK Lendu mengisi tabung persatuan dengan menerima sumbangan ibubapa dan penjaga yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kewangan PIBG ini amat terhad dan tidak mampu menjana pelbagai aktiviti sekolah.Oleh itu peruntukkan dan kestabilan kewangan sangat penting untuk menjalankan sebarang aktiviti sekolah. 2. Objektif 2.1 Menaiktaraf perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah . 2.2 Menambah Tabung Dana Kecemerlangan Akademik UPSR dan Permataku Sayang sekolah 2.3 Menaiktaraf dataran perhimpunan bagi menjalankan aktiviti ‘Membaca Pagi” 2.4 Menaiktaraf bilik gerakan, bilik guru ,pejabat dan bilik KISB 2.5 Membina wakaf-wakaf ilmu bagi aktiviti membaca dan

Transcript of Kertas Kerja Parenthon s 2

Page 1: Kertas Kerja Parenthon s 2

KERTAS KERJA PARENTHON

SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU

1. Pendahuluan

Sekolah Kebangsaan Lendu akan mengadakan satu program ‘Parenthon’ yang bertemakan “Prihatinmu Sejuta Harapan , Budimu sejuta erti” adalah satu program yang dirancang oleh PIBG S.K Lendu untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan beberapa aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah.Pungutan parenthon ini akan dijalankan oleh semua ibu bapa atau penjaga bersama PIBG S.K Lendu. Setiap orang akan diberikan sekeping kad parenthon untuk membuat pungutan dana. Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabungan yang kukuh untuk membiayai pelbagai aktiviti murid dan menaiktaraf prasarana sekolah selaras dengan program sarana sekolah dan sarana ibubapa yang diketengahkan oleh pihak Kementerian. Selama ini PIBG SK Lendu mengisi tabung persatuan dengan menerima sumbangan ibubapa dan penjaga yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kewangan PIBG ini amat terhad dan tidak mampu menjana pelbagai aktiviti sekolah.Oleh itu peruntukkan dan kestabilan kewangan sangat penting untuk menjalankan sebarang aktiviti sekolah.

2. Objektif

2.1 Menaiktaraf perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah . 2.2 Menambah Tabung Dana Kecemerlangan Akademik UPSR dan Permataku Sayang sekolah

2.3 Menaiktaraf dataran perhimpunan bagi menjalankan aktiviti ‘Membaca Pagi”2.4 Menaiktaraf bilik gerakan, bilik guru ,pejabat dan bilik KISB2.5 Membina wakaf-wakaf ilmu bagi aktiviti membaca dan perbincangan.

3. Kumpulan Sasaran / Penglibatan

3.1 Semua warga ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga tahun 6.3.2 Semua warga AJK PIBG sekolah3.3 Semua guru sekolah3.4 Semua staf sokongan3.5 Agensi swasta dan kerajaan3.6 Organisasi Perseorangan3.7 Alumni S.K Lendu

4. Rasional Menjayakan Program

4.1 Dapat membantu pihak sekolah menambahkan dana bagi mengadakan pelbagai

Page 2: Kertas Kerja Parenthon s 2

aktiviti kecemerlangan sekolah. 4.2 Memberi peluang kepada pihak sekolah menyediakan suasana yang ceria ,bersih, kondusif dan harmoni serta selesa untuk sesi pembelajaran. 4.3 Kerjasama yang terjalin melalui program dapat mengeratkan hubungan diantara ibubapa dan guru-guru serta masyarakat setempat.

5.0 Justifikasi

Para ibu bapa, penjaga, masyarakat setempat ,PIBG serta pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan membantu menjayakan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

6.0 Lokasi Cadangan

6.1 Kampung berhampiran6.2 Agensi-agensi swasta dan kerajaan berhampiran6.3 Saudara mara warga sekolah

7.0 Tarikh Perlaksanaan

06 Julai- 06 September 2014

8.0 Stuktur Organisasi

Jawatankuasa Induk/Pelaksana

PenaungYang Berhormat Tn. Hj. Sulaiman bin Said

Adun Lendu

PenasihatEn. Arshad b. Mohamad Som

Guru Besar

PengerusiProf Madya Dr. S. Salahudin b. Suyurno

YDP PIBG

Naib Pengerusi 1En. Abdul Rahman bin Jaafar

NDP PIBG

Page 3: Kertas Kerja Parenthon s 2

Naib Pengerusi 2En. Azhar bin Ayob

GPK HEM

SetiausahaPn. Rosilah Wati binti Ahmad

N. SetiausahaPn. Norazliana bt. Mohd. Aziz

BendahariUstazah Maimun bt. Abd. Manap

Ahli jawatankuasa Pelaksana Program

PenyelarasPn. Salbiah binti Hashim (GPK 1)

AJK Rekabentuk kad/ DokumentasiEn. Wahab bin Jantan

Pn. Sariah binti Che Man

AJK PenajaanTn. Hj. Ayob bin WahidPn. Zaini binti Sulaiman

En. Nasaruddin bin Abu Bakar

AJK PerasmianEn. Abu Bakar bin Mat Drom ( GPK KOKU)

Ustaz Hj. Jasmi bin Muhammad

AJK Promosi /SerantaTn. Hj. Mahmud bin IbrahimPn. Norhayati binti Mamat

En. Alias b. DeramanPn. Suzana bitni Zainal Abidin

AJK Cenderamata/hadiahPn. Zashila binti Aziz

Pn. Siti Mastura bt. Meor Suhaimi

Page 4: Kertas Kerja Parenthon s 2

9.0 Sasaran Target Parenthon. Mengumpulkan seberapa banyak dana untuk menampung pelbagai program sekolah

dan aktiviti sekolah iaitu sebanyak RM 250 000.00 . Pecahan peruntukan adalah seperti berikut :

Bil Projek Anggaran Kos1 Menaik taraf perkhidmatan PSS sekolah RM 40 000.002 Menaik taraf Dataran Perhimpunan RM 60 000.003 Menaik taraf Bilik Gerakan,Pejabat,Bilik Guru dan

Bilik KSIBRM 50 000.00

4 Membina wakaf-wakaf Ilmu RM 50 000.005 Menambah Dana Kecemerlangan Akademik dan

Permataku SayangRM 50 000.00

10.0 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Program

10.1 Jumlah Kad Parenthon

A) Ibubapa 345 kpg X RM 50.00 = RM 17250B) Guru/Staf 40 kpg X RM 50.00 = RM 2000C) PIBG 30 kpg X RM 50.00 = RM 1500D) Individu Perseorangan 300 kpg X RM 50.00 = RM 15000

Jumlah = RM 35750

10.2 Perbelanjaan Pelbagai A) Banner RM 80.00

B) Cenderamata RM 50.00C) Pelbagai RM 170.00Jumlah RM 300.00

10.3 Cetakan Kad Parenthon

A) Kad Parenthon 800 kpg X RM 1.00 = RM 800.00

10.5 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan

Pendapatan - Perbelanjaan ( Perolehan)Rm 35750.00 - RM 1100.00 = RM 34650.00

Page 5: Kertas Kerja Parenthon s 2

10.0 Penutup

Program pungutan parenthon ini adalah digalakan Oleh Pihak JPM.Program ini dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak ibubapa /penjaga dan PIBG serta pihak sekolah.Semoga program ini dapat membantu menambah dana PIBG sekolah dan segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh,

………………………(ROSILAH WATI BTE AHMAD)SU PIBG SK LENDU

Disemak oleh,

……………………..(PM DR. S.SALAHUDIN BIN SUYURNO)

Disahkan oleh,

…………………