KERTAS KERJA PBE GAT.doc

6
KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PERTANDINGAN PEMBELAJARAN BERASAKAN PRODUK (PBE): BINAAN AGRO TEKNOLOGI DOMESTIK TARIKH 11- 27 MEI 2015 TEMPAT

Transcript of KERTAS KERJA PBE GAT.doc

Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA

71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PEMBELAJARAN BERASAKAN PRODUK (PBE): BINAAN AGRO TEKNOLOGI DOMESTIKTARIKH11- 27 MEI 2015TEMPAT

UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN

1.0 PENGENALAN

Agroindustri Tanaman merupakan sektor ekonomi primer yang amat penting dari segi kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Antara kepentingannya adalah membekalkan makanan, membekalkan bahan mentah, menjana pendapatan dan menyedia peluang pekerjaan. Dalam program Agroindustri Tanaman, pembelajaran berasaskan produk (PBE) adalah merupakan sebahagian daripada silibus pelajar DVM dan pelajar wajib lulus modul ini.. Pelajar diberi kebebasan untuk menghasilkan produk yang boleh digunakan atau dikormesilkan dengan menggunakan idea dan kreativiti pelajar berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi semasa PdP (pembelajaran dan pengajaran)

Lanjutan dari itu, bagi menghargai dan memberi galakkan pelajar mengenegahkan bakat dan kemahiran mereka dalam menghasilkan rekaan atau produk berasaskan bidang pertanian, Unit Agroindustri Tanaman menjayakannya dalam bentuk pertandingan PBE (production base education). Usaha ini diharap dapat menjadikan bidang pertanian sesuatu yang menarik untuk dipelajari atau diceburi oleh golongan muda.2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Melatih kreativiti , keupayaan dan kemahiran murid dalam menghasilkan ciptaan atau hasil kerja yang menarik dan berkualiti.2.2 Menanam semangat bersaing secara sihat di kalangan pelajar dan guru.2.3 Mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari semasa P & P dengan menghasikan produk kerja yang berkualiti dan menarik.2.4 Membolehkan pelajar memasarkan produk ciptaan mereka untuk kegunaan domestik.3.0 CADANGAN PERTANDINGAN 3.1 Pembelajaran berasaskan produk adalah merupakan sebahagian daripada silibus pelajar DVM. Pelajar diberi kebebasan untuk menghasilkan produk yang boleh digunakan atau dikormesilkan dengan menggunakan idea dan kreativiti pelajar berdasarkan dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi semasa PdP (pembelajaran dan pengajaran.3.2 Pertandingan ini bertemakan Agro Teknologi Domestik di mana pelajar dikehendaki membuat satu produk bagi kegunaan di rumah dalam bidang pertanian dan dilaksanakan semasa semester pendik.4.0 KUMPULAN SASARAN Melibatkan pelajar Agroindustri Tanaman Tahun 1 DVM.5.0 TARIKH ,TEMPAT DAN MASA PELAKSANAAN TARIKH:11 -27 Mei 2015TEMPAT:Unit Agroindustri Tanaman Dato Lela Maharaja RembauMASA:Sepanjang semester pendik Semester 1.6.0 HAKIM PERTANDINGAN Hakim pertandingan terdiri dari pensyarah jemputan di luar Unit Agroindustri Tanaman. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan PCG

Hadiah (Hamper) Johan

RM 100.00

Naib Johan

RM 75.00

Tempat Ketiga

RM 50.00

Saguhati (RM 30 x 2 kumpulan)

RM 60.00

JUMLAH

RM 285.00

Bahan Projek

5 kumpulan x RM 100 (Anggaran Tertakluk pesanan LO)

RM 500.00JUMLAH

RM 785.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKHATURCARA

11 Mei 2015

Taklimat mengenai PBE dan kriteria penilaian.

14 Mei 2015Persembahan kertas cadangan projek.

15 26 Mei 2015Pelaksanaan projek

27 Mei 2015 Persembahan projek dalam power point dan hasil projek. Penyerahan laporan akhir

Penyampaian hadiah

9.0 PENUTUPProgram ini diharap akan dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pensyarah dan peserta. Dengan adanya pertandingan seperti ini, para pelajar akan dapat menyemai minat dalam bidang Agroindustri Tanaman dengan lebih mendalam dan dapat mencungkil kreativiti pelajar.Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Md. Nasir bin Md. Dewa

Tn. Haji Alwi bin Haji Yunus

Ketua Jabatan Teknologi Tanaman,

Pengarah,

Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja,

Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja,Rembau, Negeri Sembilan.

Rembau, Negeri Sembilan.KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PROGRAM PBE

(PRODUCTION BASE EDUCATION)

AGROINDUSTRI TANAMAN

TAHUN 2015

PAGE 3