Kertas Kerja Pembinaan Bilik Seni Visual Sek Keb Gedangsa

4
1 KERTAS KERJA MEWUJUDKAN BILIK/STUDIO SENI VISUAL SEK KEB GEDANGSA ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 1.0 PENDAHULUAN Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu bilik seni yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi pelajar  pelajar menghasilkan karya. Prasarana dan pengurusan bilik seni sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para pelajar. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, studio seni sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kep uasan hati penggunany a. Keselesaan dan s uasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Rekaan hiasan dalam studio seni yang dipilih ialah berkonsepkan minimalis dan praktikal. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencapai cita   cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan uga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah. 2.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang ingin belajar subjek pendidikan seni. 2.3 Hasil kerja pelajar yang dipamerkan di studio seni sebagai buah tangan / kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan rendah.

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Pembinaan Bilik Seni Visual Sek Keb Gedangsa

KERTAS KERJA MEWUJUDKAN BILIK/STUDIO SENI VISUAL SEK KEB GEDANGSAANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.0PENDAHULUANInstitusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu bilik seni yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi pelajar pelajar menghasilkan karya.Prasarana dan pengurusan bilik seni sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para pelajar. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, studio seni sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Rekaan hiasan dalam studio seni yang dipilih ialah berkonsepkan minimalis dan praktikal.2.0 OBJEKTIF2.1Mencapai cita cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan uga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.2.2Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang ingin belajar subjek pendidikan seni.2.3Hasil kerja pelajar yang dipamerkan di studio seni sebagai buah tangan / kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan rendah.2.4Melatih pelajar untuk belajar melukis mural. Sebagai alternative bidang perniagaan sekiranya mereka tidak berkemapuan dalam bidang akademik. Pelajar dapat menjadikan kemahiran melukis`mural sebagai alternative mata pencarian.3.0TARIKH DAN TEMPATTarikh: 3hb September hingga 28hb September 2012Tempat : Bilik Seni, Blok C Sek Keb Gedangsa4.0SASARANMurid murid Tahun 6 Arif dan 6 Bijak ( sebahagian daripada aktiviti selepas UPSR 2012)5.0KANDUNGAN PROGRAMButiranBahan yang diperlukanTindakan

Pembinaan kertas kerjaKertas, ink, computerPengurus projek

Perbincangan dengan pihak pentadbirKertas cadanganPengurus projek, gpk 1, guru besar

Bincang tentang dana( ditanggung sepenuhnya oleh pengurus projek)Pengurus projek

Perbincangan bersama pekerja swasta sekolahKertas cadanganPengurus projek

Memilih pelajar berbakat dalam bidang seniBahan dan alatan untuk membuat lakaran mural( alatan dan bahan yang terdapat dalam simpanan panitia psv)Pengurus projek,

Projek mengemas bilik darjah untuk pengubahsuaianPenyapu, penyodok sampah, tong sampah, penyapu habuk, Pengurus projek, pekerja am sekolah

Mengecat bilik Cat emulsi, berusPengurus projek, pekerja am sekolah

Membina dinding sekatan untuk setiap bidang psvKayu 2x2inci, papan lapisPengurus projek, pekerja am sekolah

Menaiktaraf studio seni ( membaiki sistem saliran / sinki tersumbat)Alat ganti paipPengurus projek, pekerja am sekolah

Refleksi dan pendokumentasianKertas pendokumentasianPengurus projek

6.0ANGGARAN PERBELANJAANButiranHarga/kosTindakan

Pembinaan kertas kerja dan refleksi pendokumentasianRM9.00Pengurus projek

Bahan dan alatan muralRM120.00Pengurus projek

papan kenyataan, dinding sekatanRM215.00Pengurus panitia

Cat emulsiRM45.00Pengurus projek

PolyglassRM160.00Pengurus projek

JUMLAH KESELURUHANRM549.007.0PLAN LANTAI BILIK PSVRujuk lampiran A

8.0PENUTUPPerancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah serampang dua mata, bertujuan untuk memenuhi syarat program intership pensiswazahan guru sekolah rendah (PGSR) kohort 1 ambilan 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, K.Lumpur dan seterusnya memberikan kebaikan kepada sekolah projek iaitu Sek.Keb.Gedangsa. Diharapkan projek membina studio seni dan mural panitia PSV ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu platform para pelajar untuk mencari pengalaman secara terus dan tidak melalui pembelajaran bilik darjah semata mata. Diharap hasil usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi studio seni Sek.Keb.Gedangsa.Di sediakan oleh:

...................................................(SAIFUL NIZAM BIN HJ.SAYUTI)GURU PELATIH PGSR kohort 1 ambilan 2008INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, K.LUMPUR

Disemak oleh:

.........................................(PN. HJH.SALMIAH BINTI ARIFFIN)GURU PENTADBIRAN DG34SEK.KEB.GEDANGSA, K.KUBU BHARU

Disahkan oleh:

...............................................(TN.HJ MOKHTAR BIN HUSSIN)GURU BESAR DG34SEK.KEB.GEDANGSA, K.KUBU BHARU4