Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

19
1.0 TAJUK Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah 2015 2.0 DIBENTANGKAN OLEH Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu Sabah. 3.0 MATLAMAT Anugerah NILAM adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. 4.0 OBJEKTIF Selepas majlis anugerah ini, adalah diharapkan sekolah-sekolah dapat : i) Menggerakkan aktiviti-aktiviti galakan membaca. ii) Meningkatkan minat membaca yang berterusan. iii) Memantapkan Program NILAM. iv) Melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan. v) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti. vi) Melahirkan tokoh NILAM yang dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 5.0 LATAR BELAKANG

Transcript of Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Page 1: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

1.0 TAJUK

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah 2015

2.0 DIBENTANGKAN OLEH

Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu Sabah.

3.0 MATLAMAT

Anugerah NILAM adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

4.0 OBJEKTIF

Selepas majlis anugerah ini, adalah diharapkan sekolah-sekolah dapat :

i) Menggerakkan aktiviti-aktiviti galakan membaca.

ii) Meningkatkan minat membaca yang berterusan.

iii) Memantapkan Program NILAM.

iv) Melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan.

v) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.

vi) Melahirkan tokoh NILAM yang dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

5.0 LATAR BELAKANG

Page 2: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

5.1 Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu di kalangan rakyat Malaysia. Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 telah memaklumkan keputusan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan Program Membina Tabiat Membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah yang dikenali sebagai Program NILAM.

Untuk meningkatkan impak Program NILAM, sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah, daerah, bahagian dan negeri perlu diadakan.

6.0 RASIONAL

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan majlis ini pada setiap tahun sejak tahun 2003. Sehubungan itu, setiap negeri dikehendaki menghantar wakil bagi empat kategori dari sekolah rendah dan menengah.

Anugerah NILAM merupakan satu cara mengiktiraf usaha gigih murid menjalankan aktiviti pembacaan. Pengiktirafan ini berdasarkan kriteria pembacaan yang terancang. Pengiktirafan berdasarkan kriteria pembacaan yang berkualiti merupakan suatu usaha “bench-marking” untuk menentukan kemahiran yang perlu ada pada pembaca bestari. ( avid reader )

7.0 PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN SERTA ASAS-ASASPERTIMBANGAN

7.1 Tarikh Pelaksanaan : 24 Februari 2015

7.2 Tempat : SMK Inanam

7.3 Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 Petang.

8.0 KONSEP

Page 3: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Anugerah NILAM ini akan disampaikan kepada murid yang telah berjaya di peringkat Jauhari NILAM. Pemenang-pemenang dikategorikan kepada murid-murid;

8.1 Sekolah Rendah Bandar8.2 Sekolah Rendah Luar Bandar8.3 Sekolah Menengah Bandar8.4 Sekolah Menengah Luar Bandar8.5 Sekolah Rendah Pedalaman

Selain daripada anugerah Jauhari NILAM, majlis juga akan mengiktiraf murid sebagai tokoh Program NILAM. Tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada calon-calon yang mewakili bahagian ke peringkat negeri. 2 tokoh akan dipilih iaitu 1 untuk sekolah rendah dan 1 untuk sekolah menengah.

9.0 KRITERIA

Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

Jauhari NILAM

9.1 Sudah membaca lebih 360 buah buku bagi sekolah rendah/ 288 buah buku bagi sekolah menengah serta telah membaca buku BI sebanyak 72 bagi sekolah rendah dan 58 bagi sekolah menengah. Dibuktikan dengan rekod yang disahkan oleh sekolah, panel penilai bahagian ( PPG / PPD/PTPB/PKG ).

9.2 ( Panel PPG/PPD/PTPB/PKG perlu menguji secara rawak buku yang dibaca dengan cara sambung cerita / secara ringkas bahan yang dibaca dan hantar murid yang paling banyak membaca).

9.3 Kecekapan dan keyakinan apabila diusulkan pelbagai soalan berkenaan bahan bacaan.

9.4 Pencapaian akademik ( berdasarkan buku rekod prestasi ) dan pencapaian dalam pertandingan aktiviti galakan membaca yang diceburi beserta dengan dokumen sokongan.

9.5 Pembacaan tiga buah buku yang ditentukan oleh panel penilai ( tiga buah buku yang dipilih hendaklah terdiri daripada dua buah buku Bahasa Melayu dan sebuah buku Inggeris iaitu salah satu daripada buku itu terdiri daripada buku bukan fiksyen. )

9.6 Telah membaca buku-buku karya besar atau karya agung. Tokoh NILAM

Ditentukan melalui beberapa ujian yang akan diuji oleh panel hakim negeri.

10.0 PELAKSANAAN

Page 4: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Calon-calon daripada setiap bahagian akan dihantar ke peringkat PRA negeri untuk dipilih sebagai penerima anugerah NILAM Tahap Jauhari dan Tokoh NILAM negeri. Borang calon-calon tersebut yang telah disahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing hendaklah sampai kepada pihak urus setia PKG KK selewat-lewatnya pada 13 Februari 2015. Carta Gantt dan jadual pelaksanaan adalah seperti dalam Lampiran 1(a) dan Lampiran 1(b).

11.0 KEWANGAN

Majlis ini memerlukan peruntukan yang secukupnya untuk mempastikan penganugerahan berjalan lancar. Dicadangkan perbelanjaan seperti berikut:

11.1 Perbelanjaan untuk pengangkutan guru pengiring dan peserta adalah diuruskan oleh sekolah masing-masing.

11.2 Perbelanjaan untuk hadiah berbentuk cenderahati akan diuruskan oleh PKG Kota Kinabalu. Perbelanjaan makan dan sijil akan diuruskan oleh PPD dan PKG Kota Kinabalu

11.3 Implikasi Kewangan adalah seperti yang diperincikan dalam Lampiran 2.

12.0 INSTRUMEN PENGANUGERAHAN

Borang Pencalonan Anugerah NILAM Tahap Jauhari telah disediakan seperti dalam Lampiran 3 (a) dan Borang Penilaian Calon seperti dalam Lampiran 3(b).

13.0 AKTIVITI SEPANJANG ANUGERAH NILAM

Aktiviti sepanjang Anugerah NILAM

1. Taklimat.2. Ice Breaking.3. Penilaian Calon Anugerah NILAM Kategori SR dan SM.4. Penulisan Kreatif.

5. Sesi temuramah 6. Majlis Anugerah NILAM dan Penutupan.

14.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat IPengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Page 5: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Penasihat IITuan Haji Ahamad Bin Jais

Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah

Pengerusi Tuan Haji Bad Hamid bin Hj Musli

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Sabah

Timb. PengerusiEncik Justinus SabinPTPB Kota Kinabalu

PenyelarasPuan Syarifah Binti Haji Ali

Penolong Pegawai PPD KK

Penolong PenyelarasEn. Mohd. Azlan Bin Umpai

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota Kinabalu

Setiausaha En. Zaiman Syah Bin Othman

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota Kinabalu

Ahli Jawatan Kuasa Semua Guru Media Sekolah Daerah Kota Kinabalu

14.2 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi :Tuan Haji Bad Hamid bin Hj MusliPegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Sabah

Page 6: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Timb. Pengerusi :Puan Syarifah Binti Haji AliPenolong Pegawai PPD KK

Setiausaha :En. Mohd. Azlan Bin UmpaiPegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota Kinabalu 14.3.0 Penyelaras (Floor Manager)

Pn. Sapiah Sadat (SMK Inanam)En. Johari Saari (SMKA KK)

14.3.1 Pengurus dan Penyelaras PesertaKetua : Pn. Hajah Raidah Dan (SK Gudon) AJK : Pn. Saliha Manap(SMK Likas),

Pn. Zaliha Ismenyah (SK Pengkalan TLDM), Pn. Saliadah Lihan (SK Lapasan).Pn. Kasriatika Kassim (SK Inanam II),

Pn. Amie (SMKA Tun Ahmadsah)

14.3.2 Penyelaras Akitiviti Ketua : Pn. Aishah Bt Hj. Hamid (SK Sembulan)

AJK : Pn. Hasmah Ramli (SMK Bandaraya II), Pn. Janifah Sallehin (SK Bukit Padang)

14.3.3 Makan dan MinumKetua : Pn. Sapiah Sadat (SMK Inanam)

AJK : SMK Inanam

14.3.4 Penghakiman Anugerah NILAM Ketua : Pn. Aisah Hj Rastim (Penyelaras Hakim)

Hakim:

Ketua HakimPn. Francisca Sylvester (PKG Penampang)

Page 7: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

1. Cik Ratna PTPB KK (BM SR BDR Lisan)2. Pn. Alinah PKG Tuaran (BM SR BDR Lisan)

(BM SR L.B Lisan)(BM SR L.B Lisan)

3. En. Rodymond PKG Tamparuli (BI SR BDR Lisan)4. Pn. Norhaiza Lajim SK Sembulan (BI SR BDR Lisan)

(BI SR L.B Lisan) (BI SR L.B Lisan)

5. Pn. Nooriah PKG Papar (BM SM BDR Lisan)6. En. Junaidy Ajamain PKG Tuaran (BM SM BDR Lisan)

(BM SM L.B Lisan)(BM SM L.B Lisan)

7. En. Justinus Sabin PTPB KK (BI SM BDR Lisan)8. En. Mebry Miller Ikol PKG Tamparuli (BI SM BDR Lisan)

(BI SM L.B Lisan)(BI SM L.B Lisan)

9. Pn. Zarinah Ismail SK St. Agnes (Folio SR)10. Pn. Rustinie Gitom SK Bantayan (Folio SR)11. En. Yong Tze Khing SM Stella Marris (Folio SM)12. Pn. Tiamah Haris SK St. Catherine (Folio SM)

13. Pn. Saadiah Fung Oi Lien SK Sembulan (BM SR Penulisan)14. Pn. Nor Azita Yacob SMK Inanam (BM SR Penulisan)

15. Pn. Maalar Vanili SM La Salle (BI SR Penulisan)16. Pn. Janet Petrus SK Luyang (BI SR Penulisan)

17. Pn. Saimah Zainal SK Kolombong (BM SM Penulisan)18. Pn. Zanariah Ahmad SMK Bandaraya (BM SM Penulisan)

19. Pn. Helena Bansing SK Tobobon (BI SM Penulisan)20. Pn. Maalar Vanili SM La Salle (BI SM Penulisan)

14.3.5 Keselamatan Ketua : (SMK Inanam)

AJK : Pengawal Keselamatan SMK Inanam

14.3.6 Teknikal & Dokumentasi ( Kamera Pegun dan Video )

Page 8: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Ketua : En. Adrian Denis Paut (PKG Kota Kinabalu) AJK : FT17 PKG Daerah KK

14.3.7 Pendaftaran Peserta / Penyelia Penerima Sijil & Hadiah

Ketua : Pn. Delorita Dukit (SK Sri Gaya) AJK : Cik. Julia Dusip (SK Kitobu)

Pn. Khairol Fauziah Bt. Mohd Isa (SK St Francis Convent) Pn. Suanah Sumbula (SM St. Peter Telipok)

14.3.8 Penyediaan Tag Peserta Ketua : PKG Kota Kinabalu

14.3.9 Pengurus Sijil dan Hadiah Ketua : Pn. Faizah Abdul Rahman (SK Kolombong)

AJK : Pn. Maria Lekop (SMK Kolombong) Pn. Haliza Taip (SK Kolombong)

14.3.10 Teknikal & PA SistemKetua : SMK InanamAJK : Salimullah Bin Moksin (SK Stella Maris)

AL-Kausar Bin Ismail (SK Sembulan) Johulin Tobo (SMK Tebobon) Siti Sahliha Daimin (SMK Bandaraya) Nadzir Bin Razi (SK Tanjung Aru 1) Mohd Elyas Bin Mohd Said (SK Tanjung Aru 2)

14.4.11 Buku Aturcara Ketua : Pn. Aidarani Sisamdin (SK Pomotodon) AJK : Cik. Barathi A/P Santasaran (SM Shan Tao)

14.4.12 Bacaan DoaKetua : En. Johari Saari (SMKA KK)

14.4.13 Persembahan Multimedia Ketua : PKG Kota Kinabalu

AJK : Mohd Yusran Bin Moksin (SK Inanam Laut) Christe Laurance (SK Bantayan)

14.4.14 Juruacara Ketua : Pn. Masning Ag. Ali Omar (SK Sacret Heart) 14.4.15 Penyediaan Tempat & Hiasan Pentas

Ketua : SMK InanamAJK : En. Sukur Ottoh SMK Inanam

En. Amin Hj. Yunus SMK Inanam

Page 9: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

14.4.16 Pengurus Penyampaian Sijil, Hadiah & CenderamataKetua : Pn. Rawasiah Pague (SMK Tebobon)AJK : Pn. Zaiton Liwangsa (SMK Taman Tun Fuad)

Pn. Juristina Akang (SK Malawa) Pn. Fatimah Shaharuddin (SK Tanjung Aru 1)Pn. Nor Arnita Mohamad (SK Tanjung Aru 2)

15.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

15.1 Jawatankuasa Pengurus dan Penyelaras Peserta 1. Memberi tunjuk arah kepada semua peserta dan guru pengiring ke ruangan setiap aktiviti yang akan dijalankan.

2. Menyelaras kehadiran peserta bagi setiap aktiviti.3. Mengurus keperluan aktiviti ( fail,alat tulis dan buku nota )4. Sebagai pegawai perhubungan.

15.2 Jawatankuasa Pendaftaran1. Menyediakan buku pendaftaran.2. Mengurus pendaftaran peserta.3. Memberi penerangan kepada peserta semasa mendaftar.4. Memberi tag nama dan fail kepada peserta.

15.3 Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti1. Memastikan aktiviti dalam Anugerah NILAM berjalan lancar. 2. Memastikan tempat aktiviti kondusif dan sedia untuk diguna.3. Mengurus dan menghubungi hakim bagi setiap aktiviti.

15.4 Jawatankuasa Makanan dan Minuman Sepanjang Aktiviti 1. Mengurus makan dan minum guru pengiring dan peserta sepanjang

aktiviti dijalankan. 2. Memastikan penyediaan makanan guru pengiring dan peserta disediakan mengikut jadual. 3. Memastikan makanan dan minuman mencukupi untuk guru pengiring dan peserta.

Semasa Majlis Penutupan1. Mengurus penyediaan makan dan minum semasa majlis penutupan.2. Menyediakan tempat jamuan.3. Memastikan jamuan berjalan lancar dan diawasi.4. Menyediakan minuman ringan ( mineral water untuk VIP )5. Memastikan tempat jamuan dibersihkan sebelum dan selepas jamuan.

Page 10: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

15.5 Jawatankuasa Penghakiman Anugerah NILAM 1. Mengirim surat kepada pihak sekolah ahli atau jabatan untuk

memohon panel penilai. 2. Menyedia dan mengirim surat jemputan kepada penilai yang dicadangkan. 3. Memastikan instrumen penilaian disediakan dan mencukupi.

15.6 Jawatankuasa Keselamatan1. Memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang aktiviti

dijalankan.2. Menyelaras kebersihan di tempat pelaksanaan Anugerah NILAM.3. Memastikan kit kecemasan lengkap dan boleh diguna.

15.7 Jawatankuasa Teknikal dan Dokumentasi1. Merakam aktiviti Anugerah NILAM bermula semasa pendaftaran hingga majlis selesai.2. Mengurus penyediaan, pemasangan dan keselamatan peralatan

teknikal dan PA System semasa majlis penutupan. 3. Memastikan semua peralatan mencukupi dan berfungsi dengan baik.

4. Sentiasa bersedia sepanjang aktiviti dan majlis. Mengambil video dan gambar pegun peserta dan guru pengiring semasa perjalanan

aktiviti. 5. Menyiapkan CD dokumentasi dan ‘rushes’.

15.8 Jawatankuasa Pengurus Sijil dan Hadiah 1. Menyediakan sijil penyertaan dan pemenang untuk peserta.2. Menyediakan sijil penghargaan.3. Mendapatkan tandatangan Pegawai PPDKK bagi sijil-sijil yang disediakan.4. Membeli cenderahati untuk perasmi dan penilai.5. Membeli trofi untuk penerima anugerah,sagu hati dan aktiviti.

15.9 Jawatankuasa Penyediaan Tag Nama dan Buku Aturcara1. Mengurus dan menyediakan tag nama untuk guru pengiring dan

peserta Anugerah NILAM.2. Menyediakan buku aturcara untuk majlis penutupan.

15.10 Jawatankuasa Pengurus Tempat1. Mengurus dan menyediakan tempat untuk Majlis Penutupan

Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah.2. Menyediakan kerusi untuk VIP.3. Menyediakan kerusi untuk majlis perasmian mencukupi.4. Menyediakan bunga dan perhiasan sepanjang majlis.5. Melabel kerusi untuk para jemputan mengikut keutamaan.

15.11 Jawatankuasa Penyediaan Mulitmedia dan Gimik

Page 11: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

1. Mengurus penyediaan tayangan multimedia semasa majlis penutupan. 2. Menyediakan peralatan dan komputer semasa majlis penutupan. 3. Menyediakan satu bentuk persembahan multimedia tentang semua perjalanan aktiviti.

15.12 Jawatankuasa Juruacara1. Mempengerusikan majlis.

2. Mendapatkan aturcara/ringkasan aktiviti untuk rujukan juruacara.3. Mengedit skrip juruacara.

15.13 Jawatankuasa Bacaan Doa Menyediakan dan mengedit teks bacaan doa sebelum majlis

bermula.

Page 12: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

16.0 ATUR CARA

07.00 Pagi : Pendaftaran

08.00 Pagi : Taklimat peserta oleh ketua hakim

08.15 Pagi : Penulisan Kreatif

09.30 Pagi : Minum Pagi

10.00 Pagi : Ujian Lisan Individu/Kumpulan

12.30 Tgh. Hari : Rehat dan Makan tengah hari

2.00 Petang : Ketibaan perasmi (Tuan PPD Kota Kinabalu)

2.00 Petang : Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan NILAM.

2.10 Petang : Ulasan Ketua Hakim

2.15 Petang : Ucapan alu - aluan Tuan Rumah

2.25 Petang : Ucapan Perasmian Penutup

2.40 Petang : Persembahan Multimedia

2.50 Petang : Penyampaian Sijil penyertaan dan penghargaan

3.10 Petang : Persembahan Deklamasi Sajak

3.20 Petang : Persembahan ‘Cup Song’

3.30 Petang : Penyampaian Hadiah Anugerah NILAMPeringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah 2015

3.45 Petang : Sesi Bergambar

4.00 Petang : Jamuan

4.15 Petang : Bersurai

Page 13: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

17.0 Pengisian Aktiviti

17.1 Penulisan Kreatif

Para peserta akan didedahkan dengan beberapa teknik dan cara menghasilkan satu bentuk penulisan yang kreatif.

Penulisan Cerpen

Para peserta akan didedahkan dengan beberapa teknik cara menulis cerpen. Setiap peserta kemudian akan menjalani satu sesi mengaplikasi teknik-teknik tersebut.

17.2 Ujian Lisan

Peserta akan diberikan petikan mengikut pilihan katergori bahasa dan akan ditemuramah oleh hakim yang telah dilantik serta turut dinilai mengikut kriteria yang ditentukan dalam borang pemarkahan.

18.0 Cadangan Penilai Anugerah NILAM

18.1 Pegawai Teknologi Pendidikan daerah Bahagian Kota Kinabalu.18.2 Guru-guru Perpustakaan dan Media.

19.0 Bentuk Penilaian Anugerah NILAM.

Penilaian bagi Anugerah NILAM merangkumi 5 aspek iaitu:

1) Pengesanan kemahiran membaca ( 25% )2) Pengesanan pengetahuan ( 20% )3) Pengesanan kebestarian ( 20% )4) Pengesanan penghayatan dan aprisiasi pembacaan ( 25% )5) Penulisan – Pengesanan kemahiran memberikan pendapat/ulasan ( 10% )

Jumlah markah keseluruhan ialah 100%.

20.0 PenutupKejayaan melaksanakan program ini boleh menyemarakkan lagi program

NILAM di seluruh daerah Kota Kinabalu khususnya dalam gerakan tabiat membaca. Sehubungan itu, kerjasama dari semua Sekolah Ahli, PKG, PPD, PTPB dan BTPN amat diperlukan dalam menjayakan majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah 2015

Page 14: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Lampiran1(a)PELAKSANAAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU SABAH 2015

Aktiviti Tindakan Tarikh

Penyediaan Kertas Kerja Dan instrumen PKGKK 26/01

Pembentangan/ Kelulusan Kertas Kerja dan instrumen PKGKK 13/02

Pembentukan AJK Anugerah NILAM Peringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah 2015 PKGKK 13/02

Pemantapan Kertas kerja PKGKK 13/02

Menyediakan surat siaran untuk makluman sekolah dan PPD

PKGKK 01/02

Meminta tandatangan surat siaran PKGKK 02/02

Mengirim surat siaran kepada semua sekolah ahli PKGKK 03/02

Persiapan Akhir sebelum pertandingan PKGKK 23/02

Pelaksanaan Pertandingan PKGKK 24/02

Penghantaran calon ke peringkat bahagian PKGKK 26/02

Pertandingan NILAM peringkat zon PTPB Kota Kinabalu 2015.

PTPB KK 26/02

Page 15: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015
Page 16: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

BTPN

BTP

PENCALONAN PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI SABAH 2015

BTP/PSP –NILAM 01

Negeri: _____________________________________

A. BUTIRAN CALON

Nama: ________________________________________________________Tahun / Tingkatan : ________________________________________Nombor Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan : __________________________________________Alamat Sekolah : ________________________________________________________Alamat Rumah : ________________________________________________________Jantina : * Lelaki / Perempuan (*potong mana yang tidak berkenaan)No. Tel. Sekolah : ____________________ Fax : _____________________No. Tel. Rumah : ___________________ E-mail murid: ___________________Kategori sekolah:

Tandakan (√ )pada ruang yang berkenaan

B. KRITERIA KELAYAKAN CALON(Calon mestilah terdiri daripada murid Tahun 6 / Tingkatan 5 yang menyertai program NILAM dan mencapai pengiktirafan Tahap Jauhari NILAM serta telah mencapai sekurang-kurangnya 50 markah pada Tahap Rakan Pembaca).

Tandakan (√ ) pada kotak yang disediakan. Kosongkan jika tiada.

BUKU YANG DIBACA (TAHAP JAUHARI)

Sekolah Bandar Luar BandarSekolah RendahSekolah Menengah

Page 17: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Bilangan buku yang telah dibaca (sekolah rendah 360 naskhah / sekolah menengah 288 naskhah)

Nyatakan nombor jumlah buku : ………………………..

Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Melayu(sekolah rendah 108 naskhah / sekolah menengah 86 naskhah)

Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Inggeris(sekolah rendah 72 naskhah / sekolah menengah 58 naskhah)

Ada membaca buku bukan fiksyen dan buku-buku karya agung oleh penulis-penulis terkemuka seperti Othman Puteh, Usman Awang, A. Samad Said dan Shakespeare.

CIRI-CIRI CALON RAKAN PEMBACA

Telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca

Mendapat sekurang-kurangnya 50 markah Rakan PembacaNyatakan markah Rakan Pembaca calon : …………….

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan minat membaca yang terserlah

Berkebolehan untuk membimbing dan menarik minat orang lain

BUKU REKOD BACAAN PROGRAM NILAM(Buku rekod bacaan asal perlu dibawa semasa penghakiman)

Buku rekod bacaan Program NILAM yang lengkap.

Buku rekod bacaan yang telah dilihat dan ditandatangani oleh guru.

Buku rekod bacaan yang telah ditandatangani dan disahkan oleh Guru Besar / Pengetua.

DOKUMEN SOKONGAN(Sila bawa 1 salinan sijil bercap sekolah semasa penghakiman)

Salinan perakuan Pencapaian Program NILAM Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca (sijil / buku kemajuan)

Salinan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun lepas.

Salinan keputusan Peperiksaan Akhir tahun-tahun sebelumnya.(dari tahun mula bersekolah)

Page 18: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

Salinan keputusan PMR (bagi yang berkaitan).

KRITERIA TAMBAHAN(Senaraikan semua aktiviti galakan membaca yang disertai oleh calon. Sila buat lampiran jika ruang tidak mencukupi. Sertakan salinan dokumen yang telah disahkan)

BilAktiviti(Persatuan / Pertandingan)

Jawatan / Kedudukan

Peringkat(Sekolah / Daerah / Negeri / Kebangsaan)

Tahun

PERAKUAN:

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah betul.

Tandatangan:

………………………….. (Pengetua / Guru Besar)

Cop: Tarikh: ……………………….

Page 19: Kertas kerja pemilihan tokoh NILAM . sabah 2015

KERTAS KERJA

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU

SABAHTAHUN 2015

Disediakan oleh :

PUSAT KEGIATAN GURU KOTA KINABALU SABAH