Kertas Kerja Penubuhan Kelab Gps Ipg Kampus Ipoh (Sambungan)

10
1.0 PENGENALAN KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA IPG KAMPUS IPOH 1.1 PENDAHULUAN Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPTA/IPTS merupakan salah satu kesinambungan daripada Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan yang ditubuhkan bagi menyebarluaskan maklumat berkenaan kepenggunaan di seluruh negara. Gerakan Pengguna Siswa ( GPS ) ditubuhkan bersesuaian dengan misi KPDNKK iaitu memacu Negara kearah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedarakan hak mereka. Penubuhan Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh merupakan suatu kesinambungan daripada langkah penubuhan GPS Kebangsaan. Perkara ini dikatakan sebagai kesinambungan kerana untuk menyelaras ketersampaian maklumat berkenaan kepenggunaan haruslah mempunyai pihak yang akan menyokong penerimaan maklumat tersebut. Ini bermaksud, penubuhan GPS Peringkat IPT adalah untuk memastikan pendidikan kepenggunaan dapat disebarkan dengan lebih menyeluruh dan lebih sistematik. 1.2 OBJEKTIF PENUBUHAN a) Memudahkan peralihan proses maklumat berkenaan kepenggunaan daripada KPDNKK kepada masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi di IPT seluruh Malaysia. b) Mewujudkan hubungan silaturrahim yang kukuh di antara semua Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPT seluruh Malaysia sekaligus dapat mengetahui permasalahan kepenggunaan dan permasalahan Kelab GPS di setiap IPT di Malaysia. 1

description

free

Transcript of Kertas Kerja Penubuhan Kelab Gps Ipg Kampus Ipoh (Sambungan)

1.0 PENGENALAN KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA IPG KAMPUS IPOH

1.1 PENDAHULUAN

Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPTA/IPTS merupakan salah satu kesinambungan daripada Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan yang ditubuhkan bagi menyebarluaskan maklumat berkenaan kepenggunaan di seluruh negara. Gerakan Pengguna Siswa ( GPS ) ditubuhkan bersesuaian dengan misi KPDNKK iaitu memacu Negara kearah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedarakan hak mereka. Penubuhan Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh merupakan suatu kesinambungan daripada langkah penubuhan GPS Kebangsaan. Perkara ini dikatakan sebagai kesinambungan kerana untuk menyelaras ketersampaian maklumat berkenaan kepenggunaan haruslah mempunyai pihak yang akan menyokong penerimaan maklumat tersebut. Ini bermaksud, penubuhan GPS Peringkat IPT adalah untuk memastikan pendidikan kepenggunaan dapat disebarkan dengan lebih menyeluruh dan lebih sistematik.

1.2 OBJEKTIF PENUBUHAN

a) Memudahkan peralihan proses maklumat berkenaan kepenggunaan daripada KPDNKK kepada masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi di IPT seluruh Malaysia.

b) Mewujudkan hubungan silaturrahim yang kukuh di antara semua Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPT seluruh Malaysia sekaligus dapat mengetahui permasalahan kepenggunaan dan permasalahan Kelab GPS di setiap IPT di Malaysia.

c) Memperkukuhkan GPS di setiap IPT melalui GPS Negeri sekaligus menyumbang kepada peningkatan penerimaan masyarakat terhadap peranan GPS terhadap mereka dalam kehidupan seharian khususnya isu-isu kepenggunaan.

1.3 OBJEKTIF KERTAS KERJA PENUBUHAN

a) Mewujudkan Kelab GPS IPT yang berperanan sama seperti Sekretariat GPS Kebangsaan namun ianya hanya berperana nuntuk menyebarluaskan berkenaan maklumat kepenggunaan di dalam IPTA/IPTS yang diwakili oleh ahli Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan. b) Membuat pencerahan mengenai cadangan mewujudkan Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh,Perak.

c) Memudahkan urusan pelaksanaan bagi mewujudkan Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh,Perak.

1.4 RASIONALISASI PENUBUHAN

a) Penubuhan Kelab GPS IPG Kampus Ipoh merupakan suatu langkah yang positif kerana ianya dapat mengurangkan beban Sekretariat GPS Kebangsaan dalam mewujudkan tali persaudaraan sesama GPS IPT di dalam setiap negeri.

b) Terdapat beberapa permasalahan dalam memperkasakan GPS di IPT iaitu kerana terdapat beberapa IPT yang tidak mempunyai GPS dan terdapat juga IPT yang mempunyai GPS tetapi mempunyai beberapa masalah dalaman. Justeru, setiap IPT di dalam negeri akan di selara soleh GPS Negeri masing-masing bagi memperkukuhkan GPS itu sendiri.

c) Mewujudkan kesinambungan antara GPS Kebangsaan dan GPS IPT serta dapat memudahkan proses penyaluran maklumat berkenaan kepenggunaan bermula daripada KPDNKK dan terus kepada masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi.

d) Mewujudkan Kelab GPS Institut Pendidikan Tinggi diyakini dapat menarik minat para mahasiswa dan mahasiswi dalam menceburkan diri dalam aktiviti kepenggunaan di samping dapat mempercepatkan proses penerimaan mahasiswa dan mahasiswi terhadap peranan GPS terhadap mereka.

e) Memperkukuhkan nama GPS itu sendiri kerana akan terdapat ahli GPS bermula di peringkat akar umbi iaitu Kelab Pengguna sekolah, Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPT, Sekretariat GPS Negeri, dan Sekretariat GPS Kebangsaan. 2

2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Kelab Gerakan Pengguna Siswa merupakan kesinambungan Sekretariat GPS Negeri terdiri daripada 13 buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Setiap negeri terdiri daripada 11 orang wakil Sekretariat GPS. Ianya sama seperti organisasi Sekretariat GPS Kebangsaan. Ini bermaksud jika terdapat 11 orang wakil, seorang terdiri daripada wakil GPS di IPT di negeri masing-masing. Justeru 11 orang wakil Sekretariat GPS Negeri terdiri daripada 11 IPT di dalam negeri yang diwakili masing-masing.

2.2 AKTIVITI ORGANISASI

a) Terlibat dalam aktiviti-aktiviti kepenggunaan misalnya mengadakan slot khas kepenggunaan semasa Bulan Pengguna yang dijalankan di IPT.

b) Menyelaraskan aktiviti kepenggunaan di IPTA/IPTS peringkat negeri yang diwakili masing-masing.

c) Membantu menyelesaikan masalah GPS di setiap IPT di dalam negeri masing-masing di samping mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama GPS IPT.

d) Membantu meyebarluaskan peranan GPS terhadap pembangunan generasi pengguna yang bijak di samping memperkenalkan GPS kepada para mahasiswa dan mahasiswi di setiap IPT di dalam negeri.

2.3 CARTA ORGANISASI

PENASIHAT

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSIEXCO TUGAS-TUGAS KHASEXCO PROGRAM DAN AKTIVITIEXCO HUBUNGAN LUAREXCO KEAHLIANEXCO PENDIDIKANBENDAHARISETIAUSAHA AGUNGNAIB PENGERUSI 2NAIB PENGERUSI 1

3.0 PELAKSANAAN PENUBUHAN

3.1 KAEDAH PELAKSANAAN PENUBUHAN

Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh akan ditubuhkan dengan persetujuan Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh sewaktu berlakunya Perhimpunan Rasmi IPG Kampus Ipoh dan seterusnya kelab ini akan dirasmikan ole Tuan Pengarah secara rasminya pada hari tersebut. Proses perlantikan Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa Negeri akan dilantik melalui proses undian. Undian yang terbanyak akan dilantik menjadi presiden manakala yang kedua banyak akan dilantik sebagai timbalan presiden dan sama juga untuk jawatan yang seterusnya. Proses undian ini akan menentukan hierarki jawatan seseorang calon tersebut. Ini bermaksud setiap IPT dapat menubuhkan Kelab GPS selaras dengan panduan GPS Kebangsaan.

3.2 KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada wakil-wakil yang merupakan mahasiswa ataupun mahasiswi Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sahaja.

3.3 IMPAK PENUBUHAN KEPADA KPDNKK

a) Membantu meningkatkan keberkesanan sesuatu program yang dikendalikan oleh KPDNKK dimana Sekretariat GPS akan membantu daripada segi promosi program yang menyeluruh di peringkat negeri.

b) Membantu KPDNKK bagi menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan kepada GPS IPT di negeri masing-masing berkenaan kepentingan dan peranan KPDNKK kepada masyarakat terutamanya mahasiswa dan mahasiswi.

c) Menyalurkan maklumat kepada KPDNKK berkenaan aduan dan permasalahan kepenggunaan yang dialami dalam IPT masing-masing.

3.4 IMPAK PENUBUHAN KEPADA GERAKAN PENGGUNA SISWA KEBANGSAAN

a) Membantu GPS Kebangsaan daripada segi mengenal pasti GPS IPT yang bermasalah dan memerlukan bantuan daripada segi sokongan moral.

b) Membantu menyalurkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan yang berlaku di IPT masing-masing.

c) Membantu GPS Kebangsaan bagi merangka program yang memerlukan keahlian di peringkat IPT ataupun negeri.

d) Membantu GPS Kebangsaan bagi menjalankan kajian-kajian kepenggunaan iaitu kajian mengenai isu-isu kepenggunaan boleh diambil daripada permasalahan yang berlaku di IPT.

e) Mengeratkan tali silaturrahim antara GPS Kebangsaan dan GPS Negeri dan seterusnya dapat melahirkan budaya saling bekerjasama antara satu sama lain.

f) Membantu GPS Kebangsaan bagi menyalurkan maklumat ataupun hebahan aktiviti dan program yang akan dijalankan oleh GPS Kebangsaan.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh merupakan suatu yang bermanfaat iaitu dapat menyelaras aktiviti kepenggunaan dengan lebih berkesan di peringkat negeri. Kelab Gerakan Pengguna Siswa ini sama peranannya seperti Gerakan Pengguna Siswa Negeri seterunya Kebangsaan namun ianya menjadi pelengkap kepada organisasi kepenggunaan yang bermula daripada KPDNKK kepada Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan. Jelasnya, Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh dapat member manfaat kepada KPDNKK dan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan. Justeru, diyakini bahawa organisasi Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Ipoh dapat mengukuhkan lagi ideology kepenggunaan kepada masyarakat amnya mahasiswa dan mahasiswi. Seterusnya dapat memperbesar dan mengukuhkan lagi organisasi Gerakan Pengguna Siswa dengan lebih perkasa dan melahirkan generasi pengguna baharu. 1