kertas kerja Penubuhan PPI

download kertas kerja Penubuhan PPI

of 10

description

kertas kerja

Transcript of kertas kerja Penubuhan PPI

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJARINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,22200 BESUT, TERENGGANU

KERTAS KERJAPENUBUHAN PERSATUAN PELATIH ISLAM IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

DENGAN KERJASAMABIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLINJAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)

APRIL 2015

KERTAS KERJA PENUBUHANPERSATUAN PELATIH ISLAMINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT,TERENGGANU DARUL IMAN

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Persatuan Pelatih Islam (PPI) Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum, bahkan kokurikulum. Ia juga selari dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang mahu melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi intelek dan juga fizikal. Di samping itu juga, penubuhan persatuan ini bertujuan untuk membimbing para guru pelatih dengan program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul albab.Penubuhan persatuan ini juga adalah untuk melahirkan guru pelatih supaya berpengalaman dan menguasai pengetahuan berhubung pengurusan program kepada guru pelatih di samping bekerjasama dengan Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan pengurusan program anjuran JPP kepada ahli-ahli PPI. Di samping itu juga, PPI membantu setiap ahli untuk melibatkan ahli dalam aktiviti-aktiviti kerohanian dan pembentukan modal insan berakhlak demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Penglibatan aktiviti yang dianjurkan adalah melibatkan semua guru pelatih sama ada muslim mahupun bukan muslim.

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Persatuan Pelatih Islam adalah untuk membimbing para guru pelatih dengan program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul albab.

3.0 OBJEKTIF

Penubuhan Persatuan Pelatih Islam adalah penting kerana:3.1 Membantu setiap ahli untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembentukan modal insan berakhlak demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik selaras dengan anjakan ketiga dalam PPPM 2013-2025.3.2 Persatuan ini merupakan platform untuk guru pelatih melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian supaya mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan selari dengan Aspirasi Etika dan Kerohanian dalam PPPM 2013-2025.3.3 Melatih dan membimbing para mahasiswa pendidik untuk menguruskan program anjuran Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin serta Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang berlangsung di IPGKSM selaras dengan Aspirasi Kemahiran Memimpin dalam PPPM 2013-2025.3.4 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.3.5 Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri sebagai langkah untuk melahirkan insan seimbang.3.6 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap pentingnya pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru.

4.0 NAMA KELAB

Persatuan Pelatih Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Perjumpaan Bulanan Kuliah Maghrib Harian Qiammullail Iftar Jamuan

6.0 LOKASI

Surau Al-Firdaus Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

7.0 PENYERTAAN DAN SASARAN

Penyertaan Persatuan Pelatih Islam adalah terbuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

8.0 WAKTU PELAKSANAAN

Setelah mendapat mandat dari Pihak Pengurusan.

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

Ahli jawatankuasa Persatuan Pelatih Islam,Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan.

9.1 JAWATANKUASA INDUKPenanung: Dr Mohd Aziz bin Mohd Din Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Penasihat: Mohammad Kamil Bin Jaafar Penasihat Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

9.2 JAWATANKUASA PERSATUAN

Pengerusi: Mohamad Fahmi Bin ZakariaNaib Pengerusi: Mohamad Hafizuddin Bin RosdiSetiausaha: Husna Suad Binti TitanNaib Setiausaha: Siti Madihah Binti Mahamed RusdiBendahari: Mohd Asraf Bin SaperiNaib Bendahari: Syamimi Binti Sobri

Lajnah Pengimarahan1. Muhammad Hanif B. Mat Rusdi 2. Nurhafizah Abdul Karim

Lajnah Keceriaan1. Muhammad Rusydi Bin Muhammad 2. Nur Izzati Binti Hamdi

Lajnah Baitulmal1. Tuan Muhammad Aiman B. Tuan Sembok 2. Asiah Bt Md Fakri

Lajnah Publisiti Dan Multimedia1. Luqman Hakim B. Mukhtar 2. Nur Athirah Bt Jani Lajnah Kesegaran1. Ahmad Kamil Bin Mokri 2. Siti Syairah Bt. Zulkefle

Lajnah Dakwah1. Ramli B. Mustaming 2. Nik Aida Binti N. Al-Hadi

10.0 PENUTUP

Penubuhan Persatuan Pelatih Islam IPGKSM ini akan memberi peluang kepada para guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan, berketerampilan, berkepimpinan, berakhlak dan amanah dalam melaksanakan tugas.Diharapkan Kertas Kerja Penubuhan Persatuan Pelatih Islam IPGKSM ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu demi melahirkan insan ulul albab serta warga guru yang berkepimpinan dan berakhlak.

Disediakan oleh:

(HUSNA SUAD BINTI TITAN)Setiausaha,Persatuan Pelatih Islam,Institut Pendidikan Guru,Kampus Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu Darul Iman.

Disemak oleh:

(MOHAMAD FAHMI BIN ZAKARIA)Pengerusi,Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,Institut Pendidikan Guru,Kampus Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu Darul Iman.

SOKONGAN PENSYARAH

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Persatuan Pelatih Islam, IPG Kampus Sultan Mizan kerana __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Yang benar,

(UST MOHAMMAD KAMIL BIN JAAFAR)Penasihat, Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.SOKONGAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Persatuan Pelatih Islam, IPG Kampus Sultan Mizan kerana__________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Yang benar,

(BAHARUDDIN BIN HUSSIN) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

KELULUSAN PENGARAH

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Persatuan Pelatih Islam, IPG Kampus Sultan Mizan kerana___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Yang benar,

.................................................. (Dr MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)PengarahInstitut Perguruan Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu.