Kertas kerja Perkhemahan.docx

23
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, KARUNG BERKUNCI NO 43, 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN. KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFOM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2015 TARIKH : 3 APRIL - 5 APRIL 2015 TEMPAT PADANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR ANJURAN

Transcript of Kertas kerja Perkhemahan.docx

Page 1: Kertas kerja Perkhemahan.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,KARUNG BERKUNCI NO 43, 70400 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFOM

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

2015

TARIKH : 3 APRIL - 5 APRIL 2015

TEMPAT

PADANG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

ANJURAN

UNIT PSV PISMP SEM 4 AMBILAN JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Page 2: Kertas kerja Perkhemahan.docx

1.0 PENDAHULUAN

Unit PSV PISMP Sem 4 Ambilan Jun 2013 telah merancang untuk

melaksanakan Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia. Perkhemahan  ini

merangkumi latihan asas kawad, Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa

(UUKA) dan latihan perkhemahan asas. Melalui kursus ini, ahli- ahli dapat

menambah pengetahuan tentang aktiviti- aktiviti perkhemahan seterusnya dapat

mengaplikasi kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni

yang dapat diperoleh dalam kursus ini ialah dapat memupuk semangat

kesukarelawan dalam diri ahli untuk membantu masyarakat.

2.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat:

1. Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara guru pelatih

dengan masyarakat serta mewujudkan semangat berpasukan dalam

melaksanakan tugas secara berkumpulan.

2. Memberi kesedaran kepada bakal guru akan cabaran yang akan mereka lalui

sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pendidik kelak lebih-lebih lagi

semasa di pendalaman.

3. Memantapkan mental bakal-bakal guru dari perspektif ketahanan fizikal,

kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.

4. Melahirkan guru pelatih yang bersemangat juang untuk memastikan

kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

5. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli BSMM

tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.

6. Melahirkan guru pelatih yang berdaya tahan, bermotivasi dan mampu

menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

Page 3: Kertas kerja Perkhemahan.docx

7. Memupuk semangat berdikari, kerjasama dan setiakawan dengan kaedah

ikhtiar hidup seperti berada di dalam hutan.

8. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar

kepada kehidupan manusia.

9. Mewujudkan sikap memelihara dan memulihara flora dan fauna.

10.Melahirkan para guru pelatih yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

11.Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bermuafakat serta

berintergrasi semua kaum.

12.Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan

kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

3.0 SASARAN

Unit PSV PISMP Sem 4 Ambilan Jun 2013

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

1. Tarikh yang dirancang ialah 3hb. April hingga 5hb. April 2015 iaitu pada hari

Jumaat sehingga hari Ahad.

2. Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.

3. Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

Page 4: Kertas kerja Perkhemahan.docx

5.0 TEMPAT

Padang, IPG Kampus Raja Melewar

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Tuan Haji Abu Bakar Pengarah Institut

Penasihat : En Mohd Affendi

Ketua Fasilitatior : En Karthi Geu A/L Rajendran

Fasilitator : (i) Pn. A. Latha

(ii) Pn. S. Yogamalar

(iii) En. P. Yoginath

(iv) En. D.Durai Raj

JAWATAN PELAKSANA

Pengerusi : Devandran A/L T. Kalaichelvam

Naib Pengerusi : Sobana A/P Krishnan

Setiausaha : Kalai Selvan A/LPeriasamy

Bendahari : Ravina Devi A/P Rambiyah

AHLI JAWATANKUASA

Kem Komandan : K. Devandran

Tim. Kem Komandan : K. Sobana

Pendaftaran : P.Kalai Selvan

Disiplin dan Keselamatan : R. Lilavathi

Juruteknik dan Peralatan : P. Rathika

Kerohanian : V. Parameswari

B. Puskala

Makanan dan Sajian : S. Rasati

S. Puvanaambiga

Pengurusan Perkhemahan : K. Malarkodi

Page 5: Kertas kerja Perkhemahan.docx

Senamrobik : K. Tharsini

S. Saraswathi

Persembahan Kumpulan : T. Menaga

T. Kanchana

Tugas-Tugas Khas : R.Ravina Devi

Dokumentasi : T.Kanchana

Penyelaras Aktiviti : P. Rathika

Cenderamata/Sijil/Hadiah : V. Parameswari

7.0 BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA

7.1 PENAUNG

7.1.1 Pengarah IPG Kampus Raja Melewar sebagai Penaung akan

memberi sokongan terhadap apa jua penambahbaikan supaya

program ini mencapaI matlamatnya.

7.1.2 Beliau juga akan membuat pemantauan secara keseluruhan

mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah

persatuan supaya selaras dengan peraturan dan undang-undang

KPM.

7.2 PENASIHAT

7.2.1 Pensyarah Pembimbing Persatuan BSMM sebagai Penasihat akan

memberi kata putus ataupun idea terhadap perjalanan program

sama ada dari segi perlaksanaan, jawatankuasa ataupun apa jua

yang dirasakan perlu.

7.2.2 Beliau juga akan membuat pemantauan secara keseluruhan

mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah

persatuan supaya selaras dengan peraturan dan undang-undang

KPM.

Page 6: Kertas kerja Perkhemahan.docx

7.2.3 Antara peranannya ialah memberi panduan, nasihat, bimbingan

dan sebagainya kepada jawatankuasa dalam aspek pentadbiran

dan melaksanakan aktiviti.

7.3 PENGERUSI:

7.2.4 Pengerusi bertindak menguruskan perjalanan program mesyuarat

pra program, pemantauan dan lain-lain.

7.2.5 Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan

dalam perlembagaan.

7.3 NAIB PENGERUSI

7.3.1 Naib Pengerusi yang dipilih akan membantu tugas Pengerusi.

7.3.2 Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi

apabila ketiadaan pengerusi.

7.4 SETIAUSAHA

7.4.1 Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dengan badan

luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan.

7.4.2 Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumat-

maklumat program dan hal-hal yang berkaitan dengan

kesetiausaha.

7.5 BENDAHARI

7.5.1 Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan

program seperti kutipan yuran, bayaran dan lain-lain.

7.5.2 Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan.

7.6 KEM KOMANDAN

7.6.1 Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada semua ahli unit

berunitform

Page 7: Kertas kerja Perkhemahan.docx

7.7 TIMB. KEM KOMANDAN

7.7.1 Membantu Kem Komandan.

7.7.2 Menjadi Komandan dan menjalankan tugas Komandan apabila

ketiadaan Komandan

7.8 PENDAFTARAN

7.8.1 Mengambil kedatangan peserta pada masa yang tepat dan

mengedarkan jadual aktiviti dan peraturan perkhemahan.

7.9 DISIPLIN & KESELAMATAN

7.9.1 Menyediakan peraturan-peraturan program seperti peraturan tapak

perkhemahan, peraturan pakaian dan sebagainya di samping

memastikan tahap disiplin para peserta sentiasa terkawal.

7.10 JURUTEKNIK & PERALATAN

7.10.1 Menyediakan segala jenis peralatan yang diperlukan untuk

keperluan sepanjang program.

7.11 KEROHANIAN

7.11.1 Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian kepada

para peserta sama ada yang beragama Islam atau pun yang bukan

beragama Islam.

7.12 MAKANAN

7.12.1 Menguruskan makanan dan minuman untuk para guru, staf dan

peserta program dengan mematuhi jadual aktiviti.

7.13 PENGURUSAN PERKHEMAHAN

7.13.1 Menetapkan tempat perkhemahan dan menyelia apabila khemah

dipasang.

Page 8: Kertas kerja Perkhemahan.docx

7.13.2 Perlu mendapatkan khemah sebanyak 6 buah untuk 15 orang

peserta.

7.14 SENAMROBIK

7.14.1 Menyediakan alatan yang perlu untuk senamrobik serta lagu

Negara Ku, lagu Kebesaran Negeri Sembilan, Kami Guru Malaysia

dan lagu IPG Kampus Raja Melewar.

7.15 PERSEMBAHAN KUMPULAN

7.15.1 Menetapkan jenis persembahan yang selama 5 minit, sesuai dan

bermoral.

7.16 TUGAS-TUGAS KHAS

7.16.1 Menjaga kebajikan para peserta seperti hal kecemasan, kesihatan

dan lain-lain seperti kemudahan ampaian dan tandas para peserta.

7.17 URUSETIA & JEMPUTAN

7.17.1 Membantu setiausaha dan juga menyediakan surat jemputan

kepada para tetamu jemputan program.

7.18 DOKUMENTASI

7.18.1 Merakam gambar serta video sepanjang program berjalan dan

menyediakan aktiviti (bergambar) selepas program tamat.

7.18.2 Selepas itu, mendokumentasikan program dan menyerahkan

kepada urus setia.

7.19 PENYELARAS AKTIVITI

7.19.1 Memastikan setiap aktiviti diselaraskan mengikut jadual program

dan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

7.20 CENDERAMATA/SIJIL/HADIAH

7.20.1 Mencari penaja atau penderma, menguruskan cenderamata untuk

para tetamu jemputan serta sijil dan hadiah untuk peserta-peserta.

Page 9: Kertas kerja Perkhemahan.docx

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Alat Tulis 15 orang x RM5 75.00

2 Baju Perkhemahan B 15 orang x RM 20 300.00

3 Hadiah 5 buah x RM15 75.00

4 Makanan 25 orang x RM30 750.00

5 BBQ 25 orang x RM5 125.00

6 Aktiviti Iktiar Hidup

Telur, kentang, tepung

25 orang x RM3 75.00

7 Cenderamata 5 orang x RM3 15.00

JUMLAH 1415.00

9.0 KEPERLUAN PESERTA

Sila merujuk Lampiran 2 dan 3

10.0 PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

10.1 ARAHAN UMUM

10.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh.

Peraturan dikeluarkan bertujuan untuk memastikan kelicinan dan

keberkesanan aktiviti di sepanjang program perkhemahan ini.

10.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan/ Timbalan Kem

Komandan/ Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau

berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.

Page 10: Kertas kerja Perkhemahan.docx

10.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah

ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai

ataupun tamat perkhemahan.

10.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan

selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas.

10.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan

masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan

kebenaran ataupun arahan dan pihak urusetia.

10.1.6 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan

panggilan hormat diutamakan.

10.1.7 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.

10.1.8 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu

sama lain di sepanjang perkhemahan.

10.1.9 Laporkan sebarang kemalangan kepada urusetia dengan segera.

10.2 KESELAMATAN

10.2.1 Keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.

10.2.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan

berterusan serta diikuti dengan arahan/ arahan pergerakan.

10.2.3 Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah

penyeliaan atau pengawasan dan mendapatkan kebenaran

daripada pihak berkenaan.

10.2.4 Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan

dan pengawasan pihak bertanggungjawab.

10.2.5 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran

daripada pihak penganjur.

10.2.6 Pastikan wisel dibawa pada bila-bila masa sahaja.

10.2.7 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan

dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

10.2.8 PERHATIAN: Patuhi arahan yang telah ditetapkan.

Page 11: Kertas kerja Perkhemahan.docx

10.3 KETETAPAN DAN KETEPATAN MASA/ PERGERAKAN ANGGOTA

10.3.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa

aktiviti yang telah ditetapkan.

10.3.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan.

10.3.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan sekurang-

kurangnya 2 orang dalam satu kumpulan.

10.3.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan

kem.

10.3.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen

selepas 11 jam malam sehingga 5 pagi kecuali terdapat sebarang

kecemasan atau diiringi oleh penyarah.

10.4 PERATURAN KEBERSIHAN

10.4.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih

dan teratur.

10.4.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.

10.4.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh pensyarah.

10.4.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang telah disediakan.

10.4.5 Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai

selipar atau kain pelikat sama ada ke kantin atau keluar daripada

kawasan perkhemahan

10.4.6 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di

kawasan perkhemahan atau sekitarnya.

10.4.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang

memuaskan dan teratur sebelum solat bermula.

10.5 PERATURAN KELUAR MASUK

10.5.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen/

dicatatkan dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada

urusetia.

Page 12: Kertas kerja Perkhemahan.docx

10.5.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk

dari kawasan perkhemahan.

10.5.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan

mempunyai dokumen dan tujuan yang sah dari ketua platun

masing-masing.

11.0 PENUTUP

Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Persatuan

BSMM dan Unit GERKO IPG Kampus Raja Melewar pada tahun ini, tetapi

objektif utamanya ialah untuk meningkatkan pengalaman guru pelatih yang bakal

menjadi pendidik di sekolah. Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat

dilaksanakan dengan lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada

para peserta program ini. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan

di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan

seharian mereka untuk membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan

motivasi diri guru pelatih dalam masyarakat. Justeru itu diharap semua warga

IPG Kampus Raja Melewar dapat bersama-sama berganding bahu dalam

Page 13: Kertas kerja Perkhemahan.docx

menjayakan Program Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tahun 2015 ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………... ………………………………………………

(KALAI SELVAN A/L PERIASAMY) (DEVANDRAN A/L T. KALAICHELVAM)

Setiausaha, Pengerusi,

Program Perkhemahan Program Perkhemahan

Persatuan BSMM 2015, Persatuan BSMM 2015,

IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

DILULUSKAN OLEH,

………………………………..

(TUAN HAJI ABU BAKAR)

Pengarah

IPG Kampus Raja Melewar

Page 14: Kertas kerja Perkhemahan.docx

LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN BSMM

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

NO NAMA PESERTA

1 DEVANDRAN A/L T.KALAICHELVAM

2 KALAI SELVAN A/LPERIASAMY

3 KANCHANA A/P THAMBIYAPPAH

4 LILAVATHI A/P RAJAGOPAL

5 MALARKODI A/P KALIDASAN

6 MENAGA A/P THANNIMALAI

7 PARAMESWARI A/P VINAYAGM

8 PUSKALA A/P BARAMESWARAN

9 PUVANAAMBIGA A/P SIVNKUPPUSAMY

10 RASATI A/P SELVARAJAH

11 RATHIKA A/P PICHAN

12 RAVINA DEVI A/P RAMBIYAH

13 SARASWATHI A/P SHOMU

14 SOBANA A/P KRISHNAN

15 THARSINI A/P KRISHNASAMY NAIDU

Page 15: Kertas kerja Perkhemahan.docx

LAMPIRAN 2

SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA)

PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN BSMM 2015

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

BIL PERKARA KETERANGAN CATATAN1 Pakaian Uniform Lengkap

T-shirt Berkolar

Pakaian Sukan (baju berkolar, seluar sukan panjang, stoking, kasut sukan dan Topi)

Sleeping Bag

Pakaian BasahUntuk aktiviti keyakinan di air.

2 Peralatan Aktiviti Pen, Pensel, Buku Catatan dan lain-lain

Tali, Kain Anduh, Lampu Suluh, Wisel dan sebagainya

3 Peralatan Mandi Selipar , Tuala Mandi dan Sabun Mandi

Berus Gigi dan Ubat Gigi

Barang Peribadi yang lain

4 Makanan Air Minum, Biskut dan roti Jika perlu.

5 Ubat-ubatan Jika ada.

Page 16: Kertas kerja Perkhemahan.docx

LAMPIRAN 3

SENARAI PERALATAN

PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN BSMM 2015

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

BIL PERKARA KETERANGAN1 Peralatan Aktiviti Walkie-talkie

PA System

Tali nylon, mancis

Kompas

Gergaji, cangkul, tali, parang dan yang berkaitan

2 Peralatan Khemah Generator

Khemah

3 Bendera Bendera Malaysia

Bendera IPG

3 Makanan Buah-buahan, roti, telur, sayur-sayuran, daging, bawang, bahan untuk memasak seperti gula, minyak dan sebagainya

4 Ubat-ubatan Peti Pertolongan Cemas