Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN PENCINTA ALAM KOKURIKULUM – PERSATUAN (WAJ 3113) PISMP TAHUN 3 SEMESTER 6

Transcript of Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

Page 1: Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN PENCINTA ALAM

KOKURIKULUM – PERSATUAN (WAJ 3113)

PISMP TAHUN 3

SEMESTER 6

Page 2: Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PISMP KAJIAN SOSIAL DAN MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010

KE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)

17 JULAI 2012

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada M3P yang

diketuai oleh Pengarah IPG KBA selaku Pengerusi Mesyuarat untuk PISMP

Pengajian Sosial dan Matematik Semester 6 menjalankan kajian dan

penyelidikan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras

dengan objektif Persatuan Pencinta Alam, Institut Pendidikan Guru Kampus

Bahasa Antarabangsa.

2.0 LATAR BELAKANG

Kertas kerja yang disediakan merupakan cadangan untuk mengadakan kajian

dan penyelidikan akademik bagi kumpulan PISMP Pengajian Sosial dan

Matematik Semester 6. Lokasi kajian bertempat di Kepong bertarikh 17 Julai

2012 iaitu selama satu hari.

Kajian dan penyelidikan yang bakal dilakukan adalah bagi menepati

sukatan pelajaran bagi subjek Kokurikulum – Persatuan (WAJ 3113) iaitu

mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai

profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan.

Sukatan pelajaran Kokurikulum - Persatuan mempunyai 30 jam

interaksi. Guru-guru pelatih Semester 6 telah memilih untuk menganggotai

Persatuan Pencinta Alam. Justeru itu, kumpulan kami telah merancang untuk

menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan tugasan bagi

subjek Kokurikulum – Persatuan ini.

Page 3: Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

3.0 OBJEKTIF DAN RASIONAL

3.1 Objektif:

3.1.1 Memenuhi keperluan sukatan pelajaran Kokurikulum–Persatuan

melalui aktiviti berpersatuan (Persatuan Pencinta Alam).

3.1.2 Mendedahkan guru pelatih kepada isu-isu berkaitan alam sekitar

yang kian meruncing.

3.1.3 Memupuk kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan

penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

3.1.4 Mengenalpasti langkah-langkah positif ke arah pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar.

3.1.5 Merintis ke aras pembangunan lestari di IPG Kampus Bahasa

Antarabangsa.

3.2 Rasional Pemilihan Lokasi:

3.2.1 Lokasi yang sesuai kerana terdapat isu-isu alam sekitar yang

boleh dikaji bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan

baru kepada guru pelatih.

3.2.2 Memberi gambaran dan pengalaman sebenar kepada guru

pelatih tentang isu alam sekitar seperti tanah runtuh,

penebangan hutan, pencemaran alam sekitar, pemilikan tanah

secara haram dan masalah lain yang terdapat di kawasan kajian.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

4.1 Tarikh, masa dan tempat lawatan

Tarikh : 17 Julai 2012 ( Selasa)

Masa : 7.00 pagi sehingga 5.30 petang.

Tempat : Forest Research Institute Malaysia (FRIM),

52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Page 4: Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

4.2 SASARAN

Guru-guru pelatih PISMP Kajian Sosial dan Matematik Ambilan Januari

2010.

Bilangan Peserta : 47 orang guru pelatih

Pensyarah Pembimbing : 2 orang

Jumlah : 49 orang

Senarai nama peserta yang menyertai lawatan ke FRIM, sila rujuk

Lampiran 1A dan 1B.

4.3 Jawatankuasa Pelaksana

Sila rujuk Lampiran 2.

5.0 RANCANGAN AKTIVITI

Bergerak dari IPG KBA ke FRIM tepat jam 7.30 pagi.

5.1 Aktiviti

Aktiviti lawatan yang dicadangkan adalah:

1) Kembara hutan

2) Canopy Walk

3) Melawat Taman Etno-Botanic

5.1 Tentatif Program

7.00 pagi : Berkumpul di garaj bas

7.30 pagi : Bergerak ke FRIM

8.15 pagi : Tiba di FRIM

8.30 pagi : Memulakan aktiviti Kembara Hutan

10.00 pagi : Canopy Walk

12.00 tengah hari : Makan tengah hari

2.00 petang : Melawat Taman Etno-Botanic

4.30 petang : Bertolak pulang ke IPG KBA

5.30 petang : Tiba di IPG KBA

Page 5: Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Antara cadangan perbelanjaan untuk program lawatan ke FRIM

ialah:

Makanan dan tiket : 1 orang x 1 hari x RM 10

(ditanggung oleh guru pelatih)

Pengangkutan : Permohonan pengangkutan bas pergi dan balik

daripada pihak IPG KBA.

6.2 Konklusi

Anggaran perbelanjaan untuk makanan dan tiket bagi pensyarah dan

guru pelatih serta pemandu bas adalah dibawah tanggungan masing-

masing manakala perbelanjaan pengangkutan adalah dimohon

mengikut budi bicara pihak IPG KBA.

7.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini dikemukakan kepada pihak pentadbiran untuk

memohon kelulusan khususnya daripada aspek pengangkutan (bas dan

pemandu). Diharapkan agar lawatan ini dapat berlaku seperti yang telah

dirancang. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang bakal diperolehi akan

diaplikasikan kelak. Kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan kertas

cadangan ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disokong oleh,

.........................................

(Encik Baseni bin Jantra)

Ketua Unit Kokurikulum,

Disediakan oleh,

…………………………………….

(Saidatul Nadzrah Binti Shuid)

Setiausaha,

Persatuan Pencinta Alam.

Page 6: Kertas Kerja Persatuan Pencinta Alam (1)

Disokong oleh,

.........................................

(Encik Baseni bin Jantra)

Ketua Unit Kokurikulum,

Disemak oleh,

..................................................

(Pn. Hajjah Junainah bt Abdon)

Pensyarah Penasihat,

Persatuan Pencinta Alam

Unit Kokurikulum IPG KBA.

Disemak oleh,

..................................................

(Pn. Saraswathy a/p Vellasamy)

Pensyarah Penasihat,

Persatuan Pencinta Alam

Unit Kokurikulum IPG KBA.

Ulasan Pengarah :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

.........................................

(YM Raja Azizah Hanim binti Raja Abdul Aziz)

Pengarah,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,

Kuala Lumpur.