Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian
-
Upload
ilyanahasanbakri -
Category
Documents
-
view
2.963 -
download
378
description
Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian
SEKOLAH KEBANGSAN BELUKAR18500 MACHANG, KELANTAN
KERTAS KERJAPERTANDINGAN NYANYIAN
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
TARIKH : 17 FEBRUARI 2016MASA : 2.00 – 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKB
ANJURAN :UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BELUKAR
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
1.0 PENDAHULUANMuzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama masa kini dimana gejala sosial berleluasa khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberikan penekanan kearah pembentukan kualiti dan jatidiri serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu juga, ia berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.
Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat murid dapat dicungkil serta diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang.
2.0 LATAR BELAKANGNyanyian adalah merupakan salah satu elemen muzik yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kini ia telah dikemaskini menjadi sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik.
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 melalui mata muridan Dunia Muzik secara tidak langsung telah mengukuhkan kepentingan pembelajaran muzik terutamanya nyanyian secara formal didalam kelas.
3.0 MATLAMATMembolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta keberkesanannya dalam membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti dan inovatif.
4.0 OBJEKTIF4.1 Memperkembangkan bakat murid4.2 Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi4.3 Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik4.4 Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri4.5 Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif
5.0 JENIS PERTANDINGAN5.1 Pertandingan Nyanyian Solo
6.0 PENYERTAAN6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan SK
Belukar.6.2 Setiap Kelab dan Persatuan perlu menghantar seorang wakil.
7.0 JENIS LAGU7.1 Lagu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja
8.0 PERSEMBAHAN8.1 Setiap peserta hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu sahaja8.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari CD secara Minus
One atau karaoke.
9.0 MASA9.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.
10.0 PERBELANJAAN
Bil Kriteria Jumlah
1Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga
RM 3.00 X 3 orangRM 9.00
2Hadiah saguhati
RM 2.00 X 6 orangRM 12.00
3Sijil penyertaan
RM 1.00 X 9 orangRM 9.00
Jumlah RM 30.00
11.2 Keputusan hakim adalah muktamad.
11.0 HADIAH
12.1 Tempat Pertama : Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan12.2 Tempat Kedua : Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan12.3 Tempat Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan12.4 Saguhati : Hadiah iringan dan Sijil penyertaan
Peserta-peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan nyanyian peringkat zon dan daerah.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
............................................. …………………………………………..(PN ILYANA BT HASAN BAKRI) (PN HAJAH WAN ZAINUN BT WAN IBRAHIM)Setiausaha Kokurikulum, Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Belukar, Sekolah Kebangsaan Belukar,Machang, Kelantan. Machang, Kelantan