Kertas Kerja Program Kelas Tambahan Cuti Semester 2013

download Kertas Kerja Program Kelas Tambahan Cuti Semester 2013

of 3

description

Kertas Kerja Program Kelas Tambahan Cuti Semester 2013

Transcript of Kertas Kerja Program Kelas Tambahan Cuti Semester 2013

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER2013

KERTAS KERJA PROGRAM KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER 2013SK SULTAN IDRIS IIPENGENALANKelas Tambahan Cuti Semester 2013 adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid tahun enam dan tahun lima. Program ini merupakan salah satu program persediaan UPSR yang dijalankan demi meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid. Kelas ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

RASIONALKelas ini diadakan sebagai pendedahan kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR. Ia menjurus kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan. Selain itu, ia adalah salah satu inisiatif pihak sekolah bagi mengisi waktu terluang sepanjang cuti persekolahan.

OBJEKTIFi. Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR.ii. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan di dalam bilik darjah.iii. Melahirkan rasa akrab antara murid dan guru.iv. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecemerlangan UPSR.v. Mengisi masa cuti murid dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

SASARANSemua murid tahun enam SK Sultan Idris II (Mac, Mei-Jun)Semua murid tahun lima SK Sultan Idris II (November-Disember).

TARIKH & MASA CADANGANKelas ini akan dijalankan pada cuti sekolah semester iaitu bermula pada bulan Mac, Mei-Jun dan November-Disember 2013. Hari-hari yang terlibat adalah dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Masa bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bagi mata pelajaran pertama dan 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi mata pelajaran kedua. Waktu rehat adalah pada jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Tarikh dan masa adalah tertakluk kepada sebarang pindaan. (Sila rujuk Lampiran 1 bagi cadangan jadual pelaksaan Kelas Tambahan Cuti Semester 2013).

Berikut adalah tarikh cuti sekolah sepanjang 2013;MAC-23 Mac hingga 31 MacMEI JUN-25 Mei hingga 9 JunNOVEMBER DISEMBER -16 November hingga 31 DisemberTEMPATKelas 6 Bijak dan 6 Cerdik

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER 2013Pengerusi : Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK.Timbalan Pengerusi : Encik Sudirman Bin Abdul GhaniNaib Pengerusi I : Puan Surayah Lee Kow@ Hashim LeeNaib Pengerusi II : Encik Ali Osman Bin Abdul GhaniSetiausaha : Puan Khairunnisa Syazwani Binti ZulkifliAhli Jawatankuasa : Puan Norliza Binti Bohari (Guru kelas 6 Cerdik)Encik Herezan Bin Mohamad Gapar (Guru kelas 6 Bijak)Puan Shuhaiza Binti Mohd. Shariff (Ketua panitia Bahasa Melayu)Puan Sabariah Binti Abd. Majid (Ketua panitia Bahasa Inggeris)Puan Faridah Binti Tahir (Ketua panitia Matematik)Puan Fadzilah Binti Sahari (Ketua panitia Sains)

PENGISIAN PROGAMMurid-murid diberi modul WAJA, MASMATIK, Write it Right dan soalan-soalan UPSR terdahulu oleh guru yang bertugas. Modul-modul ini akan disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran teras seminggu sebelum kelas dijalankan. Murid-murid akan diberi masa selama satu jam untuk menjawab soalan dan setengah jam untuk sesi perbincangan bersama guru.

PENUTUPSemoga pelaksanaan Kelas Tambahan Cuti Semester dan komitmen daripada semua warga SK Sultan Idris II dapat meningkatkan prestasi UPSR bagi tahun 2013. Inshaa Allah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Puan Khairunnisa Syazwani Binti ZulkifliEncik Sudirman Bin Abdul GhaniSetiausaha JawatankuasaPenolong Kanan PentadbiranTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Disahkan oleh,

Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK.Guru Besar CemerlangPengerusi Jawatankuasa Kelas Tambahan Cuti SemesterLAMPIRAN 1

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER1