Kertas kerja Projek

5
KERTAS CADANGAN PROJEK PENUBUHAN BILIK REKREASI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SAM YOKE GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Guru Pelatih Praktikum Fasa 1, Bulan April hingga Mei Tahun 2015

description

Bilik Rekreasi

Transcript of Kertas kerja Projek

KERTAS CADANGAN

PROJEK PENUBUHAN BILIK REKREASI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SAM YOKE

GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Disediakan oleh:Guru Pelatih Praktikum Fasa 1, Bulan April hingga Mei Tahun 2015

KERTAS CADANGANPROJEK PENUBUHAN BILIK REKREASIIPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Projek Penubuhan Bilik Rekreasi Program Pendidikan Khas IntegrasiSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sam Yoke, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

1.0 TUJUANKertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Pihak Guru Besar untuk menubuhkan sebuah bilik rekreasi di Tingkat 2, Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SJK (C) Sam Yoke.

2.0 LATAR BELAKANG2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan salah satu program penting bagi menyediakan peluang pembelajaran sama rata untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan kelainan upaya. 2.2 Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. 2.3 Rekreasi juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN3.1 Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti amali di luar bilik darjah sebagai lanjutan daripada Pengurusan Kurikulum Alternatif untuk program Pendidikan Khas. 3.2 Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti praktikal secara menjalankan gerak kerja dalam bentuk gunaan (applied).3.3 Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) harus didedahkan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah supaya mereka dapat belajar sesuatu di luar bilik darjah. 3.4 Murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berinteraksi bebas. 3.5 Murid-murid dapat membina sikap positif seperti keyakinan diri, berdikari dan bekerjasama antara satu sama lain; serta membentuk nilai-nilai murni melalui pergaulan sosial dalam aktiviti rekreasi. 3.6 Memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain.

4.0 ORGANISASI PROJEKPenaung: Cik Tan Sow Yong Guru Besar SJK (C) Sam YokePenasihat: Cik Lee Sook Yee Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi Ketua Projek : Cik Chong Su Yee Guru Pelatih IPG KBMAJK Pelaksanaan Projek : 1. Chan Yuen Ning 2. Chue Xiang Ling 3. Hii Siew Ling 4. Lee Yong Han 5. Taye Zhi Hui5.0 PERLAKSANAAN5.1 Perancangan5.1.1 Sebelum Perbincangan dengan Penyelaras PPKI tentang penubuhan bilik rekreasi. Kertas cadangan disediakan untuk meminta kelulusan Guru Besar. 5.1.2 Semasa Melaksanakan tugas seperti yang dirancang dan diluluskan. Membuat catatan untuk menyediakan laporan.5.1.3 Selepas Mengemas bilik rekreasi supaya menjadi ceria dan menarik. Membuat laporan tentang projek berkaitan. 5.2 Pelan Perancangan Bilik Rekreasi TingkapTingkap

Almari

Sudut Bacaan

Ruang Permainan

Karpet

TV

Karpet

PintuPintuTingkap

5.3 Bahan-bahan yang diperlukan

5.3 Bahan-bahan yang diperlukanBil.Bahan-bahan

1.Pelakar (putih, hitam, kuning, biru, merah, hijau)

2.Berus besar

3.Karpet

4.Rak buku

5.Langsir

6.Barang Hiasan

7.Lain-lain

6.0 ANGGARAN PERBELANJAANBil.Bahan-bahanAnggaran

1.Pelakar (2putih, 2hitam, 2kuning, 2biru, 2merah, 2hijau)RM15 x 12 = RM 180

3.Karpet besar (1)

6.Barang Hiasan

3.Lain-lainRM20

Jumlah RM200

7.0 SYORDengan diharapkan kertas kerja projek ini akan mendapat kelulusan dan pertimbangan daripada pihak Guru Besar SJK (C) Sam Yoke. Segala kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Kami berharap agar projek ini akan berjaya dilaksanakan.

Disediakan oleh,

Setiausaha, Guru Pelatih IPG KBM,Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SJK (C), IPG Kampus Bahasa Melayu.