Kertas Kerja Projek Inovasi Kokurikulum Self Watering

5
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUM TAJUK: PEMBERSIH SAWANG MEKANIKAL DIHASILKAN OLEH: KELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASI 2014

description

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU, JOHORKERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUMTAJUK: PEMBERSIH SAWANG MEKANIKALDIHASILKAN OLEH: KELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASI2014KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUMKELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASISK KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU.TAJUK : PEMBERSIH SAWANG MEKANIKALPENGENALANSejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, projek inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Kampung Maju Jaya untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta. OBJEKTIFAntara objektif program ini ialah;1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.5. Mendapatkankan peruntukan inovasi.RASIONALMatlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.SASARANSemua ahli Kelab Pencinta Alam Dan Rekreasi.PERNYATAAN MASALAHAntaranya ialah :1. Apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, pokok bunga hiasan khususnya di dalam rumah tidak disiram menyebabkan layu dan mati.2. Keadaan cuaca panas berpanjangan memerlukan pokok disiram dengan lebih kerap bagi menggantikan air yang hilang. SKOP DAN LIMITASI PROJEK.Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar seperti botol mineral yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana terdapat banyak bahan tersebut dibuang ke dalam tong sampah setiap minggu.KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEKAntara kepentingannya ialah:1. Melahirkan murid yang mampu untuk menghasilkan produk yang memudahkan penyiraman melalui aktiviti persatuan.2. Membuka peluang serta menanam minat budaya kreatif dan inovatif kepada murid .3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran.ANGGARAN KOS PROJEKKos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM250.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :BIL ITEM HARGA KUANTITI KOS1. BOTOL MINERAL RM 0.00 10 RM 0.002. MESIN GERUDI RM 230.00 1 RM 230.003. PAKU RM 5.00 RM 5.004. TUKUL BESI RM 15.00 1 RM 15.005. JUMLAH RM 250.00SUMBER KEWANGAN1. PERUNTUKAN KERAJAAN (INOVASI) RM 250.00TINJAUAN DAN KAJIANDaripada tinjauan yang dijalankan, apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, pokok hiasan khususnya di dalam rumah akan kelayuan kerana tidak menerima air sepanjang tempoh tersebut. Sehubungan itu, sesuatu perlu dilakukan agar masalah tersebut dapat diatasi. KAEDAH PENYELIDIKANKaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta pemerhatian untuk penghasilan satu cara yang mudah serta murah.PERANCANGAN PROJEKProjek ini akan dilaksanakan seperti berikut:1. Januari : Mesyuarat Agung Kelab Pencinta Alam Dan Rekreasi = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian bahan dengan melayari laman sesawang serta pemerhatian untuk menghasilkan satu cara bagi mengatasi masalah siraman tumbuhan hiasan.3. Mac : Mengumpulkan botol mineral, membeli perkakasan lain seperti tukul besi, paku dan alat gerudi.4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Kemahiran Hidup )5. Mei : Pembentangan produk sampel dalam sekolah – Kalangan guru6. Jun-Ogos: Pembentangan produk sampel dalam sekolah semua warga SK Kampung Maju Jaya dan PIBG7. September: Pertandingan inovasi kela

Transcript of Kertas Kerja Projek Inovasi Kokurikulum Self Watering

Page 1: Kertas Kerja Projek Inovasi Kokurikulum Self Watering

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUM

TAJUK: PEMBERSIH SAWANG

MEKANIKAL

DIHASILKAN OLEH: KELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASI

2014

Page 2: Kertas Kerja Projek Inovasi Kokurikulum Self Watering

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUM

KELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASI

SK KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU.

TAJUK : PEMBERSIH SAWANG MEKANIKAL

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, projek inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Kampung Maju Jaya untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk

baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.5. Mendapatkankan peruntukan inovasi.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua ahli Kelab Pencinta Alam Dan Rekreasi.

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, pokok bunga hiasan khususnya di dalam rumah tidak disiram menyebabkan layu dan mati.

2. Keadaan cuaca panas berpanjangan memerlukan pokok disiram dengan lebih kerap bagi menggantikan air yang hilang.

Page 3: Kertas Kerja Projek Inovasi Kokurikulum Self Watering

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar seperti botol mineral yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana terdapat banyak bahan tersebut dibuang ke dalam tong sampah setiap minggu.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan murid yang mampu untuk menghasilkan produk yang memudahkan penyiraman melalui aktiviti persatuan.

2. Membuka peluang serta menanam minat budaya kreatif dan inovatif kepada murid .3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran.

ANGGARAN KOS PROJEK

Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM250.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

BIL ITEM HARGA KUANTITI KOS

1. BOTOL MINERAL RM 0.00 10 RM 0.002. MESIN GERUDI RM 230.00 1 RM 230.003. PAKU RM 5.00 RM 5.004. TUKUL BESI RM 15.00 1 RM 15.005. JUMLAH RM 250.00

SUMBER KEWANGAN

1. PERUNTUKAN KERAJAAN (INOVASI) RM 250.00

TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, pokok hiasan khususnya di dalam rumah akan kelayuan kerana tidak menerima air sepanjang tempoh tersebut. Sehubungan itu, sesuatu perlu dilakukan agar masalah tersebut dapat diatasi.

Page 4: Kertas Kerja Projek Inovasi Kokurikulum Self Watering

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta pemerhatian untuk penghasilan satu cara yang mudah serta murah.

PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Januari : Mesyuarat Agung Kelab Pencinta Alam Dan Rekreasi = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat

2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian bahan dengan melayari laman sesawang serta pemerhatian untuk

menghasilkan satu cara bagi mengatasi masalah siraman tumbuhan hiasan.3. Mac : Mengumpulkan botol mineral, membeli perkakasan lain seperti tukul besi, paku

dan alat gerudi.4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Kemahiran Hidup )5. Mei : Pembentangan produk sampel dalam sekolah – Kalangan guru6. Jun-Ogos: Pembentangan produk sampel dalam sekolah semua warga SK Kampung Maju

Jaya dan PIBG7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dan inovasi dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan keyakinan dalam diri murid. Akhir sekali, projek ini diharap dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.