Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

6
RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK USAHAWAN MUDA PPKI SK UNDANG REMBAU 2014 Tajuk Projek Usahawan Muda Jenis Program Jualan hasil kraf tangan, hasil masakan dan kebun PPKI Kemahiran Hidup. Objektif Program I. Menanamkan sikap yakin diri murid-murid PPKI dalam menguruskan projek ini. II. Memupuk semangat bekerjasama dikalangan murid-murid PPKI dalam menjalankan projek usahawan. III. Melatih murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subjek Matematik dan Kemahiran Hidup bagi menjalankan urus niaga dalam projek usahawan muda ini. Anjuran PPKI SK Undang Rembau Tarikh dan Tempat 1 April 2014 Perkarangan kelas PPKI SK Undang Rembau Kumpulan Sasaran I. Murid-murid PPKI II. Murid-murid arus perdana

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

Page 1: Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK USAHAWAN MUDA PPKI SK UNDANG REMBAU 2014

Tajuk Projek Usahawan Muda

Jenis Program Jualan hasil kraf tangan, hasil masakan dan kebun PPKI Kemahiran Hidup.

Objektif Program I. Menanamkan sikap yakin diri murid-murid PPKI dalam menguruskan projek ini.

II. Memupuk semangat bekerjasama dikalangan murid-murid PPKI dalam menjalankan projek usahawan.

III. Melatih murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subjek Matematik dan Kemahiran Hidup bagi menjalankan urus niaga dalam projek usahawan muda ini.

Anjuran PPKI SK Undang Rembau

Tarikh dan Tempat 1 April 2014Perkarangan kelas PPKI SK Undang Rembau

Kumpulan Sasaran I. Murid-murid PPKIII. Murid-murid arus perdana

III. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Undang Rembau

Tarikh Cadangan Bermula 1 April 2014.

Nama Penasihat Pn Azimah bt Isnin

Anggaran Kos RM 420

Page 2: Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

1.0 PENGENALAN

Projek ini dijangka dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman khasnya kepada murid-murid. Antara mata pelajaran wajib bagi kanak-kanak ini adalah Kemahiran Hidup dan antara komponen pembelajarannya adalah masakan, menjahit, perkebunan dan keusahawanan. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar projek ini dapat membantu murid-murid lebih memahami dan merasai pengalaman dalam projek Keusahawanan ini.

2.0 RASIONAL

Program Pendidikan Khas Integriti adalah merupakan salah satu program yang terdapat di SK Undang Rembau. Justeru, rasional program ini adalah untuk memperkasakan Kelas Khas bagi Murid Berkeperluan Khas sebagai satu Modal Insan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

3-0 MATLAMAT

Matlamat utama minggu PPKI ialah untuk mendedahkan Kelas Khas berkeperluan khas kepada persekitaran yang lebih terbuka, kompetatif serta bersifat persaingan coraknya.

4-0 OBJEKTIF

Objektif Projek Usahawan Muda ini adalah:

4.1 Menanamkan sikap yakin diri murid-murid PPKI dalam menguruskan projek Usahawan.

4.2 Memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid-murid PPKI dalam menjalankan Projek Usahawan.

4.3 Melatih murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subjek Matematik dan Kemahiran Hidup bagi menjalankan urus niaga dalam Projek Usahawan Muda ini.

Page 3: Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi Projek Keusahawan Muda ini adalah:

5.1 Murid-murid PPKI

5.2 Murid-murid aliran perdana

5.3 Guru-guru Sekolah Kebangsaaan Undang Rembau

6.0 TEMPAT DAN MASA JUALAN

Tempat: Perkarangan Kelas PPKI

Masa : Setiap hari Rabu pada waktu rehat sebelum aktiviti kokurikulum

(1.30 pm – 2.30 pm)

7.0 JANGKA MASA PROGRAM

Sepanjang tahun 2014.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Hanifah bt. Ali

(Guru Besar SK Undang Rembau)

Naib Pengerusi 1 : Puan Azimah bt Isnin

( GPK PPKI SK Undang Rembau)

Naib Pengerusi 2 : Puan Jamiah bt Ismail

( GPK 1 SK Undang Rembau)

Puan Jamaliah bt Md Nor

(GPK HEM SK Undang Rembau)

Encik Abu Kassim b Abdul Manap

(GPK Koko SK Undang Rembau)

Page 4: Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

1. Murid PPKI yang dapat menguasai kemahiran sosial dan mengira yang baik akan menjual sendiri barang-barang hasil daripada kerja dan usaha mereka sendiri di gerai PPKI sambil dibimbing oleh guru dan pembantu pengurusan murid.

2. Murid akan melakukan persiapan penyediaan bahan jualan pada pukul 12.30 tengah hari di mana masa P&P diperuntukkan untuk waktu keusahawanan.

3. Murid akan menjual produk hasil perkebunan yang dipetik daripada kebun mereka dan hasil kraftangan yang dibuat sendiri.

4. Selain itu, guru akan menentukan jualan makanan yang boleh dimasak dan disediakan oleh murid-murid PPKI dan bertukar-tukar pada setiap minggu.

10.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah1 Kos produk:

(perkebunan/makanan/jahitan/kraf tangan)RM400

2 Peralatan (plastik) RM 20Jumlah RM420

11.0 SUMBER KEWANGAN

Duit tabung PPKI untuk aktiviti Kemahiran Hidup sebanyak RM420.

12.0 PENUTUP

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni pada diri murid-murid PPKI seperti berkeyakinan pada diri sendiri, bekerjasama, jujur dan amanah. Selain itu, murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Hidup dan juga Matematik di dalam Projek Usahawan Muda ini. Hasil daripada jualan produk ini juga dapat menambah duit tabungan PPKI yang mana akan digunakan untuk aktiviti melibatkan murid-murid PPKI.

Page 5: Kertas Kerja Projek Usahawan 2014

Disediakan oleh : Setiausaha ProgramProjek Usahawanan Muda PPKISK Undang Rembau

.............................................(Pn. Khairunnisa bt Mohd Hanifiah)

Disokong oleh : PenasihatGPK PPKI SK Undang Rembau

.............................................(Pn. Azimah bt Isnin)

Permohonan diluluskan oleh : Guru Besar SK Undang Rembau

.............................................(Pn. Hanifah bt Ali )