KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

7
DOKUMENTASI Jamuan Riang Ria Aidilfitri Peringkat Sekolah SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH 06300 KUALA NERANG. “Ramadhan Dirahmati, Syawal Diberkati”

Transcript of KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

Page 1: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

DOKUMENTASIJamuan Riang Ria

Aidilfitri Peringkat Sekolah

SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH06300 KUALA NERANG.

“Ramadhan Dirahmati,Syawal Diberkati”

Anjuran:

Page 2: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

Panitia Pendidikan IslamSK Toh Puan Sharifah Hanifah

Page 3: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

KERTAS KERJA CADANGAN

Jamuan Riang Ria Aidilfitri Peringkat SK Toh Puan Sharifah Hanifah,06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

1.0 : MUKADIMAHHari Raya Aidilfitri sememangnya disambut diseluruh dunia oleh masyarakat beragama

islam. Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat Melayu khasnya. Perayaan

ini sememangnya disambut oleh seluruh masyarakat setelah sebulan berpuasa di dalam

bulan Ramadhan. Aidilfiitri dirayakan bagi meraikan kemenangan umat Islam menjalani

ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan pelbagai ibadah dalam usaha mencari keredhaan

Allah di bulan yang dipenuhi dengan limpah rahmat dan keampunan. Justeru, ketibaan

Aildilfitri disambut dengan penuh keinsafan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat

Islam mengawal hawa nafsu dari makan, minum, serta dari perbuatan yang keji di sisi Allah.

2.0 : OBJEKTIF PROGRAM Menyambut Syawal yang bakal menjelma setelah sebulan berpuasa.

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru serta seluruh warga

sekolah SK Toh Puan Sharifah Hanifah.

Bagi meraikan kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa.

Untuk mewujudkan sahsiah murid yang sanggup bekerjasama dalam setiap aktiviti

yang dilaksanakan.

3.0 : MATLAMAT Menggunakan konsep yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan.

Untuk membentuk satu komuniti yang bersatu.

Untuk memeriahkan lagi hari lebaran bersama murid serta warga sekolah.

Page 4: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

4.0 : RASIONALDalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu hati tidak kira usia tua mahupun

muda, seharusnya program yang dirancang ini dijadikan landasan yang tepat dalam

merealisasikan matlamat ini. Penglibatan menyeluruh golongan belia dalam penganjuran

program ini seharusnya dapat membuka mata masyarakat bahawa kalangan belia di DUN ini

tidaklah seperti yang diwar-warkan sebagai tidak mempunyai wawasan ataupun masa

depan untuk menjadi pemimpin masyarakat pada masa depan. Sokongan seharusnya

diberikan kepada golongan ini agar penglibatan mereka secara langsung terhadap

masyarakat akan memberikan impak besar dalam kemajuan bangsa pada masa kini dan

akan datang.

5.0 : JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM(Sila Rujuk Lampiran 1)

6.0 : ATUR CARA PROGRAMTARIKH : 4 Ogos 2014

MASA : 10.15 pagi

TEMPAT : Kafetaria Sekolah

7.0 : ANGGARAN KOS PERBELANJAAN(Sila Rujuk Lampiran 2)

Page 5: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

8.0 : PENUTUPAdalah diharapkan, dengan penganjuran Jamuan Riang Ria Aidilfitri ini dapat

menyemarakkan lagi semangat setiakawan dan mengingati sesama insan supaya

mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adalah menjadi harapan juga agar semua objektif dan

matlamat penganjuran program ini dapat dicapai dengan jayanya. Semoga usaha murni ini

akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah dalam meningkatkan syiar Islam di

muka bumi ini.

Page 6: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

Lampiran 1 :

JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM

Penaung : En Puzil b Othman

Pengarah Program : En Mohd Izham b Zakaria

Penolong Pengarah : Puan Zakiah Bt Hj Saad

Setiausaha : Pn Shahyon Bt Abdullah

Setiausaha Kerja : Pn Izzah bt Abd Hamid

Bendahari : En Amir Fauzi b Mohamed

Ahli Jawatan Kuasa :

1. AJK Persiapan : En Hamdan b Harun

2. AJK Promosi : Pn Hajar Ahmad

3. AJK Hadiah : Pn Saidi bt Sudin

4. AJK Jamuan : Pn Fauziah bt Ali

5. AJK Tugas Khas : En Mustaffa b Saaban

6. AJK Kawalan Murid: Pn Wan Aznita bt Wan Salim

7. AJK Fotografi : En Amir Fauzi Mohamad

Page 7: KERTAS KERJA RIANG RIA AIDILFITRI2014.doc

Lampiran 2

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Anggaran kos perbelanjaan dibuat adalah sebagai panduan dalam memastikan perjalanan

program yang dirancang ini akan teratur serta berjalan dengan lancar.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH1. MAKANAN

1. Ketupat2. Rendang Daging3. Mee Goreng4. Aiskrim

142 x RM 2.50 RM 355.00

JUMLAH RM355.00