Kertas Kerja Ruang Muslimah Surau 2015

5
KERTAS KERJA PEMBAIKAN SURAU AR-RAUDHAH KG PANDIWAN, NABAWAN 1.0 PENGENALAN Surau Ar-Raudhah Kg Pandiwan telah dipindan dan dibina semula secara bergotong-royong pada Jun 2010. Permindahan dan pembinaan semula surau dilakukan berikutan keadaan surau yang amat dhaif dan kedudukan surau yang berhampiran limpahan sisa kumbahan najis. Perkara ini mendapat perhatian dari pengerusi dan ahli lembaga surau dan ia perlu tindakan segera. Setelah mengadakan mesyuarat tindakan surau, maka kata sepakat dicapai untuk memindahkan surau. Dengan izin Allah s.w.t segalanya berjalan lancar dan penduduk Muslim Kg Pandiwan dapat menggunakan surau tersebut dengan selesa. Namun begitu, surau Kg Pandiwan masih kekurangan sesuatu yang difikirkan perlu iaitu ruang solat bagi jemaah Muslimah. Ia dilihat sebagai satu kekurangan terutama ketika mengadakan program-program di surau. Begitu juga kekurangan dilihat ketika mengadakan Solat Tarawikh sepanjang Bulan Ramadhan. Surau Ar-Raudahah hanya berukuran 20 kaki x 20 kaki sahaja. Memandangkan kedudukan surau berhampiran jalanraya utama Keningau - Nabawan – Sepulot - Kalabakan, maka surau Kg Pandiwan sering menerima kunjungan musafir yang melintasi surau Kg Pandiwan dan sebahagiannya adalah Muslimah. Oleh yang demikian, ahli lembaga surau telah bersetuju untuk memohon bantuan dari mana-mana pihak yang sedia memberi sumbangan dalam dalam usaha menambah baik struktur surau sedia ada. Semoga dengan terbinanya ruang solat muslimah dapat menjamin keselesaan jemaah setempat mahu pun musafir yang singgah di surau Kg Pandiwan.

description

1 perkogsian kertas kerja...

Transcript of Kertas Kerja Ruang Muslimah Surau 2015

Page 1: Kertas Kerja Ruang Muslimah Surau 2015

KERTAS KERJA

PEMBAIKAN SURAU AR-RAUDHAH KG PANDIWAN, NABAWAN

1.0 PENGENALAN

Surau Ar-Raudhah Kg Pandiwan telah dipindan dan dibina semula secara bergotong-royong pada Jun 2010. Permindahan dan pembinaan semula surau dilakukan berikutan keadaan surau yang amat dhaif dan kedudukan surau yang berhampiran limpahan sisa kumbahan najis. Perkara ini mendapat perhatian dari pengerusi dan ahli lembaga surau dan ia perlu tindakan segera.

Setelah mengadakan mesyuarat tindakan surau, maka kata sepakat dicapai untuk memindahkan surau. Dengan izin Allah s.w.t segalanya berjalan lancar dan penduduk Muslim Kg Pandiwan dapat menggunakan surau tersebut dengan selesa.

Namun begitu, surau Kg Pandiwan masih kekurangan sesuatu yang difikirkan perlu iaitu ruang solat bagi jemaah Muslimah. Ia dilihat sebagai satu kekurangan terutama ketika mengadakan program-program di surau. Begitu juga kekurangan dilihat ketika mengadakan Solat Tarawikh sepanjang Bulan Ramadhan. Surau Ar-Raudahah hanya berukuran 20 kaki x 20 kaki sahaja.

Memandangkan kedudukan surau berhampiran jalanraya utama Keningau - Nabawan – Sepulot - Kalabakan, maka surau Kg Pandiwan sering menerima kunjungan musafir yang melintasi surau Kg Pandiwan dan sebahagiannya adalah Muslimah.

Oleh yang demikian, ahli lembaga surau telah bersetuju untuk memohon bantuan dari mana-mana pihak yang sedia memberi sumbangan dalam dalam usaha menambah baik struktur surau sedia ada. Semoga dengan terbinanya ruang solat muslimah dapat menjamin keselesaan jemaah setempat mahu pun musafir yang singgah di surau Kg Pandiwan.

Page 2: Kertas Kerja Ruang Muslimah Surau 2015

2.0 OBJEKTIF PEMBINAAN

Pembaikan surau difikirkan sangat perlu kerana ia dapat membantu jemaah mendapat keselesaan dalam beribadah.

Antara lain, keperluan pembaikan di Surau Ar-Raudhah Kg Pandiwan difikirkan perlu kerana:

i- Surau menjadi pusat pembelajaran murid pada waktu petang [ KAFA ]ii- Menjadi pilihan pengguna luar yang melintasi Kg. Pandiwaniii- Surau sering dijadikan tempat program oleh NGO melaksanakan program

keagamaaniv- Memberi keselesaan kepada jemaah Muslimah ketika mengambil menunaikan

ibadah solat dan beristirehat

3.0 Tujuan Kertas Kerja

Tujuan kertas kerja ini dirangka adalah untuk mendapatkan bantuan pembaikan segera dari

mana-mana pihak bagi membolehkan keperluan Surau Ar-Raudhah dilakukan dan

beroperasi sebagaimana yang dirancang.

4.0 Tapak Pembaikan

4.1 Lokasi

Lokasi cadangan ialah bangunan surau di dalam kawasan yang telah diwakafkan.

4.2 Tahap kemudahcapaian atau akses

Lokasi Surau Ar-Raudhah berhadapan dengan jalan utama Keningau – Sepulot.

Semua kenderaan darat boleh melalui jalan tersebut untuk tiba ke lokasi tersebut.

4.3 Halangan ke tapak

Tiada halangan untuk sampai ke tapak cadangan kerana tapak berada di sebelah kiri

jalan Keningau – Sepulot.

Page 3: Kertas Kerja Ruang Muslimah Surau 2015

5.0 Cadangan Pembinaan

Dalam rangka untuk memastikan keutamaan keselesaan dalam beribadat dapat

dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang dihajati, Cadangan Pembaikan Surau Ar-

Raudhah seperti di Lampiran 1.

6.0 Anggaran

Mengikut anggaran Ahli Lembaga Surau, pembaikan surau memerlukan bajet RM 30,00.00

bagi menyediakan sekurang-kurangnya 1 ruang solat konkrit bagi jemaah Muslimah serta

ruang legar bagi tujuan majlis kenduri.

7.0 Penutup

Pembaikan ini merupakan keperluan di surau Kg Pandiwan ini. Semoga dengan adanya

pembaikan tersebut, para jemaah Kg Pandiwan serta jemaah yang singgah ke surau ini

mendapat keselesaan dalam melakukan ibadat di surau ini. Semoga segala apa yang

dirancang akan berjalan lancar dan mendapat keberkatan Allah s.w.t. InsyaAllah.

Disediakan oleh :

(PN. NURUL WAHIDA BT ISHAK)

Setiausaha,

Surau Ar-Raudhah,

Kampung Pandiwan, Nabawan.

Page 4: Kertas Kerja Ruang Muslimah Surau 2015

LAMPIRAN 1

SURAU AR-RAUDHAH KG PANDIWAN HANYA BERUKURAN 20X20 KAKI PENAMBAHBAIKAN RUANG LEGAR SURAU BAGI TUJUAN MAJLIS KENDURI

TAPAK CADANGAN PENAMBAHAN RUANG SOLAT MUSLIMAH