Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan...

12
Kertas Kerja 36

Transcript of Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan...

Page 1: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

Kertas Kerja36

Page 2: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

Masalah dan Cabaran Rumpun Melayu Champa di Fullerton,California Amerika Syarikat

Talib Samat

Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti BahasaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Kertas kerja ini membincangkan isu-isu budaya masyarakat dan rumpun Melayu Champadi Fullerton,California, Amerika Syarikat yang berhijrah ke Amerika Syarikat sewaktu

memuncaknya Perang Vietnam pada tahun 1970-an. Penghijrahan mereka ke Fullerton,Amerika Syarikat membentuk sebuah kawasan perkampungan mereka sendiri sesama

orang Melayu Champa dan masyarakat Vietnam Selatan khususnya yang beragama Islam

di tengah-tengah masyarakat Amerika Syarikat yang beragama Kristian atau bukan Islam

sesungguhnya meninggalkan kesan yang besar ke atas budaya dan persepsi hidup mereka.

Kertas kerja ini membincangkan hasil pengamatan penulis ke atas masyarakat ini padatahun 1996 yang melihat sendiri kesungguhan mereka mempertahankan agama Islam, jati

diri, bahasa Melayu Champa dan budaya ketimuran yang sedang dihimpit oleh budayabarat dan cara hidup bebas di Fullerton, California, Amerika Syarikat yang sesungguhnyaamat mencabar iman, persepsi budaya dan pemikiran mereka.

Page 3: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

-----

Masalah dan Cabaran Rumpun Melayu Champa di Fullerton,California Amerika Syarikat

Talib Samat

Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa,Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.0 Mukadimah

Rurnpun Melayu Champa di Fullerton, California, Amerika Syarikat sangat jarangdisentuh dalam kajian para sarjana Melayu kerana terlalu sedikit meklumat tentang diri

mereka. Kertas kerja ini berusaha mengupas masalah dan cabaran hidup mereka untuk

mempertahankan jati diri dan budaya mereka di Amerika Syarikat.

2.0 Masalah dan Cabaran

Peperangan di Indochina khususnya di Vietnam Selatan dan Kemboja yang berlaku pada

tahun 1975 yang membawa negara itu jatuh ke tangan Vietnam Utara (komunis).Manakala Kemboja kemudiannyajatuh ke tangan komunis Khemer Rouge pimpinan Pot

Pot yang mengamalkan dasar kejam dan pembunuhan beramai-rarnai ke atas rakyatnya

(killingfield).

Peperangan di Vietnam dan Kemboja itu mencetuskan krisis pelarian di mana

sebahagian besar rakyatnya menjadi orang pelarian, orang hanyut (boat people) dan

perantau ke negara jiran seperti Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia, Hong Kong dan

sebagainya sebelum berhijrah ke negara ketiga.

Mereka ini secara umumnya dikenali sebagai pelarian Vietnam dan Kemboja

tanpa disedari rupanya ada beberapa kelompok daripada mereka adalah umat Islam

Melayu Campa yang melarikan diri daripada kedua-dua negeri itu untuk menyelamatkan

akidah, agama dan keisIaman mereka daripada dihancurkan oIeh kekejaman komunis

yang tidak mengenal batasan.

1

Page 4: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

Dalam kunjungan saya bersama Jaafar Abdul Rahim ke Fullerton menemui

masyarakat Islam Melayu Campa di Fullerton, California Selatan, Arnerika Syarikat pada22 dan 23 Oktober 1996 tidak lama dahulu beberapa misteri kewujudan, masalah,

cabaran dan harapan mereka kepada umat Islam sejagat terdedah khususnya dalam

perjuangan getir mereka menghadapi ancaman budaya Arnerika yang jauh berbeza

dengan budaya Melayu dan Islam Campa.

Kewujudan masyarakat Melayu Islam Campa ini saya ketahui sesudah bekas

Ketua Pengarah DBP, Tuan Hj. A. Aziz Deraman memberi salinan kad alamat mereka di

alamat Masjid Fullerton, 448, West Ave# C, Fullerton, CA 92632 dan nombor telefon

(714) 447-1366 atau (714) 738-7065. Itulah sahaja maklumat awal yang saya ketahui

tentang kewujudan masyarakat Melayu Islam Campa di Fullerton yang sebahagian besar

mereka sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu tapi fasih berbahasa Inggeris, Perancis

dan Vietnam.

Menurut Ustaz Ismail Latif yang merupakan penolong imam Masjid Fullerton di

Fullerton sahaja terdapat 50 keluarga Melayu Campa dan kira-kira 15 batu dari situ iaitu

di Santa Ana, California terdapat 100 keluarga Melayu Campa yang masih

mempertahankan budaya Melayu dan Islam di tengah-tengah budaya sesat Arnerika yang

begitu asing bagi generasi muda Islam mereka.

Ustaz Ismail Latifmenceritakan komuniti Melayu Campa di Fullerton, California

ini mempunyai pelbagai ragam pengalaman sebelum berhijrah dari Campa, Vietnam

Selatan. Mereka tidak sedikit yang menderita dan terpaksa bertarung dengan maut dan

ketika tiba di California mengalami kejutan budaya Arnerika yang nyata bertentangan

dengan agama Islam anutan mereka.

Kelompok minoriti Melayu Islam Campa lebih gemar mengenalkan diri mereka

sebagai orang Melayu Campa yang masih kuat pegangan Islamnya meskipun kini tidak

boleh lagi berbahasa Melayu. Cuma generasi tua yang berusia 60 tahun ke atas sahaja

yang masih berbahasa Melayu. Mereka merupakan warisan keraj aan Melayu Campa

2

Page 5: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

(Kembayat Negara) yang bertaburan akibat serangan Vietnam hingga memaksa mereka

menggunakan nama-nama Vietnam seperti Ismail Latif Van Phung, bertutur bahasa

Vietnam dan berinteraksi dengan masyarakat Vietnam. Ismail Latif sendiri berkahwin

dengan wanita Vietnam yang beragama Kristian Katolik yang kemudiannya memeluk

Islam dan menjadi wanita Islam yang sejati.

Mengimbas kembali pengalamannya sebagai pelarian dan sudah beberapa kali

berhijrah dari sebuah negara ke negara lain hingga akhimya menjadi rakyat Amerika

Syarikat memang sesuatu yang menginsafkan dan betapa beruntungnya saya menjadi

warga negara Malaysia.

Menurutnya pada Mei 1980, beliau menduduki khemah pelarian di Thailand.

Manakala Mac 1980 hingga Februari 1981, beliau dan keluarganya masih di Thailand.

Beliau kemudian dipindahkan ke Sabangmung, Filipina dari Februari 1981 hingga Jun

1981 sebelum mengikut rakan-rakannya berhijrah ke negara ketiga iaitu Amerika

Syarikat. Beliau dan orang-orang Islam Campa berhijrah ke merata tempat di Amerika

termasuk Washington dan Fullerton.

Cuaca dan persekitaran di Fullerton, California yang cuacanya lebih kurang sama

negen tropika seperti Malaysia atau Vietnam memungkinkan mereka membina

perkampungan mereka sendiri di Fullerton atau Santa Ana. Mereka hidup dalam

kelompok mereka dan orang Asia lain yang terdapat ramai di California.

Ustaz Ismail Latifjuga mendirikan Jemaah Pelarian Islam Campa untuk membela

nasib masyarakat dan kepentingan mereka. Dalam suasana kehidupan beragama,

kelompok masyarakat Islam di mana juga mereka berada keperluan terhadap surau dan

masjid untuk mendirikan solat lima waktu secara berjemaah atau solat Jumaat terasa

diperlukan apalagi dalam suasana masyarakat Amerika yangmajoritinya bukan Islam.

Ketiadaan sebuah masjid di kalangan masyarakat Islam Melayu Campa cukupdirasakan oleh mereka. Hal ini mendorong mereka menyewa beberapa buah rumah untuk

3

Page 6: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

dijadikan surau yang terlalu kecil untuk menampung keperluan mereka yang semakin

bertambah. Suasana ini lebih terasa pada bulan Ramadan untuk mengerj a solat tarawih

hingga j emaah melimpah ke luar kawasan surau.

Hal ini juga mendorong Ustaz Ismail Latif atau orang lain melakukan solat

tarawih di rumah sendiri kerana ketidakcukupan ruang di surau. Beliau juga mengajar al­

Qur'an dan hadis untuk anak-anaknya dan masyarakat Islam Melayu Campa di

rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing

masyarakatnya daripada tercabut akar budaya dan prinsip hidup Islam.

Ustaz Ismail Latif Van Phung menjelaskan mereka terpaksa berpindah lebih 17

kali untuk mencari rumah atau bangunan yang boleh dijadikan surau atau masjid. Banyak

kali surau atau masjid sementara yang digunakan terpaksa ditutup disebabkan masalah

kewangan, gangguan pihak tertentu dan masalah lain.

Surau yang digunakan kini di 448, West Ave# C. Fullerton, California jauh

daripada mencukupi dan terasa begitu daifuya. Ahli jawatankuasa (komiti) Masjid

Melayu Islam Campa merancang untuk membeli sebuah gereja di 500 West Chapman

Ave, Placentia City, Fullerton yang mahu dijual dengan harga US$550,000 atau RM1.4

juta, untuk dijadikan masjid dan pusat ibadat.

Beberapa sumbangan diterima daripada masyarakat Islam Malaysia, Brunei, Los

Angeles dan penduduk Fullerton (Orange County) tapi masih belum mencukupi untuk

membeli bangunan gereja itu untuk dijadikan masjid. Banyak gereja di Amerika Syarikatmahu dijual kerana kehilangan pengunjung.

Sumbangan para dermawan, hartawan, semua golongan masyarakat Islam di

seluruh Malaysia mahupun dunia Islam adalah diperlukan untuk membeli gerej a yang

mahu dijadikan Masjid Melayu Islam Campa di Fullerton, California, Amerika itu.

4

Page 7: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

Menurut komiti masjid itu, Hj. Cosim Idris (Imam Masjid The CMRC of

Fullerton) dan Dr. Muzammil Siddiq (Pengarah The Islamic Society of Orange County)semua sumbangan derma boleh dikirimkan menerusi kiriman cek kepada C.M.R., Bank

of America, Account No.: 02077-33725, P.O. Box 1224 Fullerton, California 92632

U.S.A.

Kepimpinan Masjid Fullerton yang terdiri daripada Imam Cosim Idris (Tel: (714)

738-3021) dan Imam Musa (Tel.: (714) 449-1102); Ustaz Ismael Fahmy (Tel.: (714) 738-

3021) dan Ustaz Ismail Latif (Tel.: (714) 871-1124) boleh juga dihubungi bagi

keterangan lanjut tentang perjuangan dan jihad membina masjid itu dengan mengirimfaks kepada The Cham Muslim Refugee Community of Orange County, P.O. Box 1224,

Fullerton, CA 92632 menerusi nombor faks: (714) 446-9801.

Menurut Ustaz Ismail Latif dan Haji Cosim Idris ada tiga sebab utama mereka

perlu mendirikanmasjid di Fullerton secara sempuma dan wajar.

Tiga sebab utama itu ialah, kanak-kanak dan generasi muda Islam Melayu Campatiada sekolah Islam untuk mempelajari agama Islam dengan sempuma. Kedua, mereka

tiada tempat yang sempuma untuk mendirikan solat lima waktu berjemaah dan solat

fardu Jumaat. Ketiga, penyumbang dan penderma masjid itu ingin melihat dan membeli

gereja yang mahu dijual dengan harga US$500,000 yang dianggap masih rendah dan

boleh dimiliki jika seluruh umat Islam bersatu padu mengumpul wang dan berderma

sewajar mungkin untuk membelinya.

Sekretariat Melayu Antarabangsa (SMA) yang beribu pejabat di Shah Alam,

Selangor rasanya perlu prihatin, peka dan menghubungi masyarakat Melayu Islam

Campa di Fullerton, California dan Santa Ana, California untuk mengadakan hubungan

langsung dengan mereka. Mereka adalah saudara-saudara kita seagama dan sebangsa

yang perlu dibantu dan diselesaikan masalah mereka dalam menghadapi ancaman budayaAmerika yang begitu berbahaya untuk generasi muda mereka.

5

Page 8: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

Suatu hal yang menarik berhubung dengan Melayu Islam Campa di Fullerton,

California ini ialah mereka masih boleh membaca tulisan jawi (ejaan lama) khususnya

generasi tua, mengamalkan budaya Melayu seperti bergotong-royong, tolong-menolongsesama mereka dan masih cuba menghubungi saudara-saudara Melayu mereka di

Nusantara. Gaya percakapan dan pakaian mereka mirip masyarakat Melayu Kelantan dan

menurut mereka sebahagian besar Melayu Campa di Vietnam atau Kemboja berasal dari

Kelantan. Mereka juga ramai saudara-mara atau kenalan di Kelantan atau Terengganu.

Menurut Ustaz Ismail Latif yang saya temui itu, perkataan Campa berasal

daripada nama sejenis bunga iaitu bunga Campa. Dan daripada bunga Campa itulah,

negeri dan orang Melayu Campa mendapat namanya.

Ustaz Ismail Latifmenjelaskan kehidupan mereka di California, Arnerika Syarikat

memang amat mencabar. Anak-anak mereka yang belajar di sekolah-sekolah Arnerika

terdedah kepada sistem pendidikan Kristian Katolik Arnerika yang cukup berbahaya jikatidak dibekalkan dengan asas pendidikan Islam yang berteraskan al-Quran dan Sunah

Rasulullah.

Itulah sebabnya, menurut Ustaz Ismail Latif, selain daripada surnbangan

kewangan untuk membolehkan mereka membeli atau mendirikan masjid yang sempurna.

Mereka juga sangat mengharapkan surnbangan buku-buku agama Islam yang ditulis dan

diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Mereka berasa sulit dan tidak fasih lagi berbahasa

Melayu kerana sudah begitu lama menetap di Arnerika. Sumbangan buku agama boleh

dikirim terns kepada mereka.

Ketidakfasihan berbahasa Melayu kerana lebih mahir dan fasih berbahasa

Inggeris mendorong mereka untuk membaca buku-buku agama yang ditulis dalam bahasa

Inggeris. Itulah sebabnya buku-buku agama yang ditulis dan diterbitkan dalam bahasa

Inggeris sangat mereka perlukan untuk menguatkan keyakinan, keimanan dan kekuatan

jiwa mereka menghadapi ancaman budaya negatifArnerika yang sering terpancar di kaca

6

Page 9: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

televisyen, pergaulan hidup sehari-hari dan sistem hidup Amerika yang begitu bebas dan

terbuka.

Di kalangan masyarakat Melayu Islam Campa, Fullerton itu juga muncul

beberapa orang intelektual. Di antaranya termasuklah Dohamide Abu Talib atau nama

Vietnamnya Tu Sach Tim Hieu yang berkelulusan M.A. Sains Politik dari Universiti

Kansas dan menetap di Santa Ana, California.

Beliau menterjemahkan buku Sirah Nabi Muhammad karya Muhammad Husayn

Haykal ke dalam bahasa Vietnam dan diterbitkan dalam judul Quyen Islam (1994).Di kalangan masyarakat Islam Melayu Campa dan umat Islam di California, nama

Dr. Ahmad H. Sakr, Ph.D yang beralamat di Foundation for Islamic Knowledge, P.O.

Box 665, Lombard, IL 60148, U.S.A. atau telafon (708) 495-4817 atau faks (708) 627-

8894 memang terkenal. Banyak buku-bukunyamenjadi rujukan dan bacaan umat Islam di

California.

Dr. Ahmad H. Sakr sudah menghasilkan 99 buah buku pengetahuan Islam dan

rujukan. Di antara buku-buku agama yang ditulis dalam bahasa Inggeris termasuklah The

Golden Book ofIslamic Lists (1992), Book ofal-Khutab, Islamic Orations, Chronicle ofKhutab, Friday Khutab, A Manual of Friday Khutab, Islamic Fundamentalism (co­

authors), Du 'a After Completing Recitation ofQur'an dan sebagainya.Menurut Ustaz Ismail Latif, di kalangan masyarakat Melayu Islam Campa di

Fullerton ini di tengah-tengah pergelutan masyarakat dan budaya Amerika yang

mencabar ketahanan iman dan iltizam mereka, mereka masih mampu menghantar anak

mereka belajar di Universiti Madinah, Arab Saudi atau universiti lain di dunia termasuk

Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor dan sebagainya.Hal ini memperlihatkan sensitiviti, prihatin dan kepekaan mereka untuk memiliki

generasi Islam yang cukup ilmu pengetabuan Islam bagi mengbadapi tentangan zaman.

Bagaimanapun bilangan mereka terlalu kecil berbanding yang tidak berpeluang ke

universiti.

Fakta ini menegaskan perlunya masyarakat Melayu Islam Campa, Fullerton,

California itu memiliki sebuah masjid yang sempurna untuk menjadi infrastruktur kepada

7

Page 10: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

mereka mengajar pendidikan Islam seperti membaca al-Qur'an, Hadis dan menjalankan

kegiatan agama dengan lebih terancang untuk menyelamatkan generasi muda dan anak­

anak mereka daripada terjebak ke lembah kemungkaran apalagi dalam menghadapi

serangan budaya Amerika yang hampir setiap hari ditempuhi di depan mata mereka

sendiri.

Itulah sebabnya sumbangan derma kilat umat Islam dari seluruh dunia sangat

perlu dan mendesak untuk merealisasikan hasrat mendirikan Masjid Fullerton secara

sempurna menjadi kenyataan dan berdiri di bumi Amerika sebagai usaha

mengembangkan dakwah Islam di kalangan masyarakat Melayu Islam Campa dan orang

Amerika sendiri.

Ustaz Ismail Latif, AJK Masjid Fullerton mengunjungi Malaysia selama 10 hari

pada penghujung bulan Disember 1996 untuk menemui tokoh-tokoh, individu dan

badan-badan tertentu (kerajaan atau swasta) yang boleh melaksanakan cita-cita murni

masyarakat Melayu Islam Campa di Fullerton, California untuk mendirikan masjid.

Insya-Allah.

Pada malam terakhir pertemuan dengan masyarakat Melayu Islam Campa pada 23

Oktober 1996 sewaktu selesai Jaafar Abdul Rahim dan saya berdialog dengan mereka,

Jaafar Abdul Rahim mendeklamasikan puisi ciptaannya sendiri bertajuk "Let Flower

Blossoms in the Garden ofMuslim Malay Cham". Puisi Jaafar Abdul Rahim yang ditulis

dan dideklamasikan dalam bahasa Inggeris itu adalah khusus membicarakan dilema,

harapan, impian dan permasalahan masyarakat Melayu Islam Campa itu berbunyi sepertiberikut:

Poetry ofPerennial Life(Letflower blossoms in the garden ofMuslimMalay Cham'BrotherMuslim Malay ChamI see youplantingflowerin your gardenSome die, some growBut you are stillpatientYou water theflower everydayYou don't care whether theflower is fragrant

8

Page 11: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

You are enthusiastic, you are positivewhen looking atflowerYou look at thepositive sideYou are consistent in taking care of theflowerYou are on the way ofhavingyour own flower.BrotherMuslim Malay ChamYourflower is your lifeYou nurture your life with hardship and enduranceto overcome all that youcan overcome obstacle in lifeas if it is perennial and eternalYou have a sense ofdirectionas well as destiny.You manage to do itas well as destiny.You manage to do itwith tears and willpowerYou manage to do itwith unending effortand something that motivate you from withinYou have alreadyproventhat yourpresent generationcan be dependent in thefuturewith a course they have youfor the survival ofMalay Cham in thefuture.BrotherMuslim Cham

May Allah bless you.

Menurut Saudara Jaafar Abdul Rahim puisi khas untuk masyarakat Melayu Islarn

Campa di Fullerton, California itu tercipta dan dicipta pada waktu malam ketika saya

sedang tidur ketika kami sarna-sarna menginap di bilik 117, Hotel Welcome Inn,

Fullerton, California, pada 23 Oktober 1996 sehari sebelum berangkat kembali ke

Malaysia dan mengakhiri perjalanan di bumi Amerika Syarikat yang ketika itu sedang

dilanda demarn pilihan raya Presiden Amerika Syarikat di antara Bill Clinton (Parti

Demokrat) dan Robert (Bob) Doll (Parti Republikan). Kehangatan demam pilihan raya

presiden Amerika ketika kunjungan saya itu tidak menjadikan masalah orang Melayu

Campa itu sebagai agenda kedua-dua mereka, sehingga kedudukan mereka terns

terpinggir di Amerika Syarikat.

9

Page 12: Kertas Kerja - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/309/1/Talib Samat- Masalah dan cabaran...rumahnya sendiri untuk meneruskan perjuangan dakwah dan membimbing ... dan

Sudah sewajamya masyarakat Islam seluruh dunia prihatin dengan masalah

mereka yang boleh dikatakan terlepas pandang daripada agenda mana-mana pertubuhan

Islam sedunia sama ada OIC, Komanwel Islam, masyarakat negara ini, rantau Asia

Tenggara dan dunia seluruhnya.

3.0 Khatimah

Rumpun Melayu Islam Campa di Fullerton, California, Amerika Syarikat merupakan

rumpun Melayu terpinggir dan golongan minoriti di tengah-tengah lautan masyarakatAmerika Syarikat yang sedang mempertahankan jati diri dan budaya mereka dengan cara

yang terbaik. Mereka sewajarnya dibantu oleh masyarakat Melayu sedunia untuk

melangsungkan hayat hidup mereka di Amerika Syarikat yang sangat mencabar itu.

10