Kertas kerja senaman kalistenik
-
Upload
enab-dan-kesum -
Category
Education
-
view
3.967 -
download
6
Transcript of Kertas kerja senaman kalistenik
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
KERTAS KERJA SENAMAN KALISTENIKINSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN (IPTB) TAHUN 2008
___________________________________________________________________
1.0 PENGENALAN
Senaman kalistenik peringkat institut merupakan acara yang banyak memberi
pengalaman kepada guru pelatih agar dapat mengelolakan acara rasmi semasa
berkhidmat di sekolah nanti. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengenali secara
lebih mendalam mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil untuk
menganjurkan suatu karnival sukan seperti senaman kalistenik. Menerusi
penganjuran pertandingan senaman kalistenik ini, hubungan silatulrahim yang utuh
juga dapat dibentuk menerusi semangat kerjasama dalam usaha untuk menjayakan
pertandingan senaman kalistenik ini. Di samping itu, kerajinan untuk melakukan
senaman kalistenik ini juga turut dapat diterapkan dalam diri setiap guru pelatih
sejurus melahirkan guru-guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula,
pertandingan senaman kalistenik ini dianjurkan agar dapat mengisi masa lapang
guru pelatih. Sejurus itu, pengalaman terhadap gaya senaman kalistenik yang
dipelajari juga akan dapat diturunkan kepada murid-murid di sekolah ketika
berkhidmat.
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
2.0 MATLAMAT
Pertandingan senaman kalistenik ini diadakan dengan matlamat untuk memupuk
semangat kesukanan di kalangan guru pelatih. Menerusi pertandingan senaman
kalistenik ini, setiap guru pelatih akan tertarik untuk melakukanya kerana senaman
kalistenik ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang
dapat menyihatkan tubuh badan. Tambahan pula, pertandingan senaman kalistenik
ini juga dalam melahirkan sikap berdaya saing yang sihat di kalangan guru pelatih.
Ini amat penting kerana menerusi sikap daya bersaing yang sihat ini, pelbagai gaya
kalistenik akan wujud dan setiap guru pelatih dapat mempelajarinya. Lebih-lebih
lagi,pertandingan senaman kalistenik ini juga dapat membantu dalam meningkatkan
tahap kecergasan fizikal guru-guru pelatih. Ini wujud menerusi latihan-latihan yang
di ambil oleh peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih. Selain itu, nilai
keyakinan diri juga dapat dibentuk menerusi pertandingan senaman kalistenik ini. Ini
adalah sejajar dengan persembahan senaman kalistenik di hadapan orang ramai
yang memerlukan keyakinan diri untuk melakukanya.
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
3.0 OBJEKTIF
Objektif pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan:
3.1 Memberi pendedahan awal kepada pelatih bagi menganjurkan satu
pertandingan.
3.2 Memupuk semangat kerjasama dan semangat juang yang tinggi melalui
aktiviti sukan.
3.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan guru pelatih.
3.4 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dikalangan guru-guru pelatih.
3.5 Mengilap bakat-bakat baru guru pelatih dalam bidang ini.
3.6 Memberi pendedahan terperinci kepada guru pelatih untuk cara
berorganisasi.
3.7 Mengeratkan ukhwah di antara peserta.
3.8 Menggalakan guru-guru pelatih untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
3.9 Mengisi masa terluang guru-guru pelatih.
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
4.0 ANJURAN
Pertandingan ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar PPISMP semester 3 opsyen PJK/PI/PM Institut Perguruan Tuanku Bainun, Tahun 2008.
5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN
5.1 Tarikh : 15 Oktober 20085.2 Masa : 8.00 pagi5.3 Tempat : Bilik Tarian Gymnasium Ungku Aziz, IPTB
6.0 JADUAL AKTIVITI
Aktiviti MasaPeserta mendaftarkan diri 8.00 pagi
Ucapan Perasmian dari Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
8.20 pagi
Pertandingan dimulakan 9.00 pagi
Rehat dan kudapan 9.30 pagi
Pertandingan diteruskan 10.00 pagi
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah
10.30 pagi
Bersurai 11.00 pagi
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
7.0 JADUAL PERTANDINGAN
Kumpulan MasaA 9.00 pagiB 9.15 pagiREHAT 9.30 pagiC 10.00 pagiD 10.15 pagi
8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Encik Ahmad Rodzli bin Hashim Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani
Penasihat : Encik Faisal bin Mohd Japeri
Pengerusi : YM Nik Ahmad Syafiq Afham Syah bin YM Nik Mat
Naib Pengerusi : Syarifah Nadia binti Syed Manshor
Setiausaha : Mohd Afiq Syazwan bin Jame’an
Bendahari : Nur Atiyah binti Salleh
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
9.0AHLI JAWATANKUASA KERJA
Pertandingan : Amir Hamzah bin Abdul Halim Wan Ismayuzi binti Wan Mansor
Peralatan : Mohd Zahiruddin bin Abdul Halim Suhaida binti Md Saad
Teknikal : Nursyakirah binti Hamidi Zaril Iswan bin Ismail
Publisiti : Ammar bin Othman Nur Asyilah binti Musta’ain
Hadiah dan Cenderamata : Siti Safina binti Shuhaimi
Emira Syazana binti Yusof
Pengurusan Tempat : Nurizzati binti Azmi Norazman bin Mohammad
Pengerusi Majlis : Nurul Husna binti Ideris Muhammad Afiq bin Tajudin
Dokumentasi : Ciffi Faizal bin Zahinor Prabhu A/L Ragawan
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
10.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Peserta terdiri daripada guru pelatih kumpulan PPISMP semester 3 iaitu PJ/PI/PM.
- Setiap pelatih wajib mengambil bahagian mengikut kumpulan masing-masing.- Peserta perlu mendaftar diri di kaunter pendaftaran pada pukul 7.45 pagi di
Gymnasium Ungku Aziz.- Setiap pelatih daripada setiap kumpulan diwajibkan untuk mengambil bahagian
dan pelatih tidak dibenarkan untuk bertukar kumpulan. - Peserta dinasihatkan menjaga barang-barang berharga dan bertanggungjawab
sendiri atas sebarang kehilangan atau kerosakan. Telefon bimbit hendaklah dimatikan dan disimpan di tempat selamat bagi tidak menggangu pertandingan.
- Setiap kumpulan dibenarkan untuk memilih lagu mengikut rentak laju dan perlahan serta dibenarkan untuk melakukan pergerakkan mengikut cita rasa kalistenik sendiri.
- Setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk membuat persembahan kalistenik antara 5 hingga 10 minit.
- Peraturan dan simulasi akan diterangkan oleh AJK sehari sebelum acara dimulakan.
- Pengadil berhak memotong mata atas sebab-sebab yang munasabah.- Pengadil berhak menukar urutan acara atau waktu sekiranya perlu.- Keputusan pengadil adalah muktamad.- Semua peserta diminta menjaga keselamatan diri ketika pertandingan.- Jawatankuasa pertandingan berkuasa sepenuhnya dalam pertandingan semasa
acara dijalankan.
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14400 Kubang Semang,
Mengkuang, Pulau Pinang.
11.0 KESIMPULAN
Pertandingan Senaman Kalistenik peringkat Institut Perguruan Tuanku Bainun yang dianjurkan oleh PPISMP semester 3 PJ/PI/PM ini merupakan satu aktiviti yang membawa pelbagai manfaat kepada guru-guru pelatih. Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelatih-pelatih bagi mengelolakan sesuatu pertandingan disamping ingin memupuk semangat kerjasama yang ukuh dan daya juang para pelatih melalui pertandingan ini. Di samping itu, pengalaman senaman kalistenik ini juga menjadi suatu pedoman kepada semua guru-guru pelatih yang boleh diajar kepada murid-murid di sekolah sewaktu berkhidmat di sekolah. Selain itu, kecergasan fizikal para pelatih juga dapat ditingkatkan melalui senaman kalistenik yang amat seronok ini. Akhir sekali, adalah diharapkan agar pertandingan senaman kalistenik peringkat Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi tahun 2008 dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM