Kertas kerja sepak raga 2014

12
PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA BULATAN TARIKH: 15 MAC 2014 TEMPAT: ASTAKA IPG KAMPUS RAJA MELEWAR ANJURAN: PPG KOHORT 2 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEMESTER 5 AMBILAN FEBRUARI 2012 DISEDIAKAN OLEH: AG MUSLIMAN B ABDULLAH 770708125855

Transcript of Kertas kerja sepak raga 2014

Page 1: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

PJM 3112PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI

DAN SUKANKERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

SEPAK RAGA BULATAN

TARIKH: 15 MAC 2014TEMPAT: ASTAKA IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

ANJURAN:PPG KOHORT 2

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANSEMESTER 5

AMBILAN FEBRUARI 2012

DISEDIAKAN OLEH:AG MUSLIMAN B ABDULLAH 770708125855

MOHD KHUZAIRI B JOHARI 791012045403 JEGANATHAN A/L GANESAN 830702065785 SALINA BINTI HAMDAN 750719017042

UNTUK PERHATIAN:EN AZULHAIMI B AHMAD

PENSYARAH PEMBIMBING

1.0 NAMA PROGRAM

Page 2: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

Karnival Permainan Tradisional SEPAK RAGA BULATAN anjuran guru pelatih Program Pensiswazahan Guru Pendidikan Jasmani Semester 5 Ambilan Februari 2012.

2.0 PENGENALAN PROGRAM

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional yang dipilih oleh kami ialah sepak raga bulatan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memenuhi kehendak Proforma dalam subjek PJM 3112 peringkat Program Pensiswazahan Ambilan Februari 2012.

3.2 Memberi peluang kepada guru pelatih PPG menimba pengalaman baru dalam menguruskan karnival sukan dan pertandingan permainan agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah.

3.3 Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.3.4 Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan

dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.3.5 Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti

kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain.3.6 Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi. 3.7 Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan

intelek.

4.0 PENGANJURPelajar Program Pengsiswazahan Guru, KOHORT 2, Pendidikan Jasmani Semester 5, Ambilan Februari

2012 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Kampus Raja

Melewar, Seremban.

5.0 RASIONAL

5.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Proforma dalam subjek PJM 3112 peringkat Program Pensiswazahan Ambilan Februari 2012.

5.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

Page 3: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

5.3 Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

5.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

5.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.

6.0 BUTIRAN PROGRAM 6.1 Tajuk : Karnival Permainan Tradisional –Sepak Raga Bulatan6.2 Tarikh : 15 Mac 2014 6.3 Masa : 2:00 hingga 5:00 petang 6.4 Tempat : Astaka Institut Raja Melewar, Seremban6.5 Anggaran : 22 peserta

7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN AKTIVITI

7.1 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

TUAN HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI

Pengarah Institut Pendidikan Kampus Raja Melewar, Seremban

Page 4: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

PENASIHAT

PUAN SURAYA BIBI BINTI A.K BAPOTTI

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

PENSYARAH PEMBIMBING

EN AZULHAIMI BIN AHMAD

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI

AG MUSLIMAN BIN ABDULLAH

NAIB PENGERUSI

JEGANATHAN A/L GANESAN

SETIAUSAHA

SALINA BINTI HAMDAN

BENDAHARI

MOHD KHUZAIRI BIN JOHARI

Protokol dan sambutan : Mohd Firdaus B Mohd Azhar

Keselamatan dan Kebersihan : Noor Meezam BT Kamaruzaman

Pendaftaran dan statistic : Mohd Aidil Dzulasri B Ahmad

Hakim pertandingan : Fitri Aziz B Sahlan

Penyelaras pertandingan : Mohd Ibrahim B Mohd Salleh

Publisiti dan dokumentasi : Mohd Azmi B Idris

Buku program : Shamsul Hazli B Wahab

Persiapan tempat : Rusdi B Sadiman

Teknikal dan peralatan : Khuzairi B Johari

Hadiah dan cenderahati : Noor Meezam B Kamaruzaman

Siaraya : Mohd Firdaus B Mohd Azhar

Bacaan doa : Mohd Aidil Dzulasri B Ahmad

8.0 PERATURAN PERMAINAN

LAMPIRAN

Page 5: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

9.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 1 MAC 2014

MASA : 2:00 HINGGA 5:00 PETANG

TEMPAT : ASTAKA IPG RAJA MELEWAR

Masa Aktiviti

1.30 petang -Pendaftaran peserta

-Taklimat oleh Urusetia Pendaftaran .

Page 6: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

1.50 petang Kehadiran para jemputan

2:00 petang Ucapan alu-aluan

2.10 petang Bacaan doa

2.15 petang Ucapan perasmian Karnival Permainan Tradisional

2.30 petang Pertandingan dimulakan

5.00 petang Majlis Perasmian Penutup

- Ucapan perasmian Penutup

- Penyampaian hadiah dan cenderahati

5.30 petang Jamuan makan dan bersurai

10.0PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

10.1PERBELANJAAN

BIL PERKARA AMAUN

1 Peralatan

BOLA TAKRAW 1 x RM 20 =RM 20 RM 20

2 Kos hadiah dan saguhati

Page 7: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

Hadiah peserta (Medal)

Cenderamata VIP(hamper)

Tempat pertama hingga ke empat

1medal x RM5 x 4 orang=RM 20

RM20 x 4 = RM 80

Hamper RM 20

RM 120

3 Makan minum

Tetamu dan ajk

Peserta

RM 8 X 22 org

RM 5 x 20 org

RM 260

4 Sewa Khemah RM 150 X 1 Buah RM 150

5 Publisiti

Kain rentang RM 30 RM 30

JUMLAH RM 580

10.2PENDAPATAN

BIL PERKARA AMAUN

1 Yuran pendaftaran setiap kumpulan

Penyertaan peserta

RM 10 (setiap kumpulan )

= RM 5 x 4

RM 40

2 Sumbangan pihak penganjur

- PELAJAR PPG PJK AMBILAN

Page 8: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

FEBRUARI 2012 RM 20 X 22 RM 440

3 Sumbangan pihak luar

- Kedai Cenderahati Johan

RM 150 RM 100

JUMLAH RM 580

11.0PENUTUP

Semoga setiap perancangan dan perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional 2014 ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan dapat membantu guru bagi mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan sesebuah program dengan cemerlang. Selain itu juga ,amatlah diharapkan agar penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat membantu serba sedikit dalam menaikkan semula keunggulan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid generasi kini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… .................................................

(SALINA BINTI HAMDAN) (EN AZULHAIMI BIN AHMAD)

Setiausaha Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

karnival permainan tradisional Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

DI SAHKAN,

...................................

(PN SURAYA BIBI BINTI A.KBAPOTTI)

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

LAMPIRAN

Cara Bermain

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan

dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang

bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain

dalam bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimbang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika

bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur

pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan

menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam

Page 9: Kertas kerja sepak raga 2014

PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA BULATAN

pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan

paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Syarat Pertandingan Karnival Permainan Tradisional

Permainan : Sepak raga

1. Setiap kelab diwakili oleh 4 orang peserta.2. Setiap kelab akan diberi tempoh masa selama 2 minit untuk mendapatkan jumlah timbangan sebanyak

yang mungkin.3. Kelab yang mendapat jumlah timbangan yang tertinggi akan dikira sebagai juara.4. Hadiah disediakan sehingga tempat keempat.

RUJUKAN

SUMBER BUKU

Mohd Sofian Omar Fauzee Jusny Affendy Md Hassan (2009) . Dril Sepak Takraw . Terbitan Karisma Publication Sdn Bhd

SUMBER INTERNET

http://ms.wikipedia.org/wiki/sepak_takraw

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_raga

http://malaysiana.pnm.my/03/0312sepak_raga.htm