kertas kerja sivik 2011

download kertas kerja sivik 2011

of 3

Transcript of kertas kerja sivik 2011

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MATAPELAJARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 (2011) 1. TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan kewangan daripada pihak sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling jaya bagi melaksanakan program ceramah bertajuk Hubungan Kekeluargaan sempena menjayakan program Khidmat Masyarakat bagi matapelajaran sivik dan Kewarganegaraan yang perlu diikuti semua murid tingkatan 1.

2.

PENGENALAN Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana dapat memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

3.

OBJEKTIF PROGRAM PENGISIAN : Tema Nama Projek : Hubungan Kekeluargaan : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan / Kajian Kehidupan Keluarga pada Masa Depan Aktiviti yang dicadangkan : Sesi Ceramah dan penghasilan Buku Folio Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

JADUAL PELAKSANAAN MODULBAGI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 2011 Tarikh : 4 MEI 2011 (2011) Masa 10 45 pg- 11.00 pg Tajuk Pendaftaran Peserta dan sesi ice-breaking

1

11.00 11.55 pg 12.00 1.00 ptg 1.00 ptg 1.10 ptg 1.10 ptg

ceramah tentang Hubungan Kekeluargaan Sesi Latihan dalam kumpulan (LDK) Rumusan dan Komentar Bersurai

4.

ANGGARAN PERUNTUKAN 4.1 ANGGARAN PERUNTUKAN PELAKSANAAN MODUL BERTAJUK HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMPENA MENJAYAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MATAPELAJARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 BERTEMPAT DI : DEWAN BAKTI SMK SULTAN ABDUL SAMAD,PETALING JAYA

Tarikh : 4 Mei 2011 (Rabu) PERKARA Honorium (Fasilitator jemputan) Makanan dan Minuman Fasilitator Permanent marker (hitam, merah, biru ) Pensil Warna air Double sided tape Gam Gunting Kertas Lukisan A3 Jumlah BIL 4 orang 4 orang 5 kotak 10 kotak 5 5 5 4 HARGA SEUNIT (RM) 50.00 x 4 orang 8.00 x 4 orang 15.00 6.00 2.00 2.00 2.00 5.00 JUMLAH (RM) 200.00 32.00 75.00 60.00 10.00 10.00 10.00 20.00 427.00 JUMLAH = RM 427.00

5.0

URUSETIA

i)

Encik Khairul Rhidzuan bin Yusof

ii) Pn, Ching Neng Ming (Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan)

2

6.0

RUMUSAN Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan daripada Yang Berbahagia Puan Hajah Zabedah binti Haji Abas agar pelaksanaan ceramah sempena program khidmat Masyarakat bagi Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 1 dapat dijayakan dengan lancar dan mampu untuk memberi input yang berguna kepada semua pelajar tingkatan 1. Sekian.

Disediakan oleh : ________________________ ( KHAIRUL RHIDZUAN BIN YUSOF ) Guru Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

Disemak oleh : __________________________ ( PN PREMALA A/P JACOB ) Ketua Bidang Kemanusiaan

Disahkan oleh : ________________________ ( PUAN HAJAH ZABEDAH BINTI HAJI ABAS ) Pengetua SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya

3