kertas kerja sukantara
-
Upload
amar-jairani -
Category
Documents
-
view
2.349 -
download
289
description
Transcript of kertas kerja sukantara
KERTAS KERJA
KEJOHANAN SUKANTARA SEKOLAH
TAHUN 2014
SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM
1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.
Melalui kegiatan sukan, pela bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
ar-pelajar bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan
serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari
aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah,
maka Sekolah Menengah Agama Darul Ulum akan mengadakan satu Kejohanan
Sukantara Sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui
kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Agama Darul Ulum sekali gus mencapai ke arah matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 RASIONAL
Rasional Kejohanan Sukantara Sekolah ini diadakan adalah seperti berikut :
i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelajar Sekolah Menengah
Agama Darul Ulum dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam
sesuatu kejohanan olahraga
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam acara-acara olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 MATLAMAT
Kejohanan Sukantara ini berfokus untuk mendedahkan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Agama Darul Ulum dengan acara-acara sukan olahraga serta
memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu,
kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam acara sukan
olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Sukantara ini, diharapkan guru pelatih dapat:
i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.
v) Menggilap bakat istimewa pelajar di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 21 JUN 2014 (SABTU)
Masa : 7 PAGI – 12 TENGAHARI
Tempat : SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM, SEROM 4,
LEDANG
6.0 SASARAN
Semua Pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Ulum, Ledang, Johor
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1. Pingat
Pingat acara olahraga individu
i. Emas
ii. Perak
iii. Gangsa
54 x RM 3.70
54 x RM 3.70
15 x RM 3.70
RM 199.80
RM 199.80
RM 55.50
2. Hamper (Tarik Tali)
1. Juara
2. Naib Juara
3. Ketiga
4. Keempat
1 x RM 30
1 x RM 30
1 x RM 30
1 x RM 30
RM 30
RM 30
RM 30
RM 30
3. Pembelian minyak hitam
- Membuat garisan balapan
RM 24.90
4. Minuman RM 50 RM 50
Jumlah Besar RM 650
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat kejohanan : Tuan Haji Muhamad b Ismail
Pengurus Kejohanan : En. Nazri bin Tamat
Pen. Pengurus Kejohanan : En. Omar Zakir b Ahmad
Setiausaha : En. Amar b. Jairani
Bendahari : Cik Nor Zakiyah bt Hamid
Publisiti dan Buku Program : Pn. Nor Hidayah bt Esa
Perasmian dan Penutupan : Haji Gunawan b Ramli
Hadiah & Cenderamata : Cik Nor Fazilah bt Hamid
Pn Noor Hafizah bt Ahmad
Juruacara : En. Muhammad Afiq Fikri b Mislan
Jurugambar : En. Muhammad Shahir b Yusoff
Penjaga Masa : En. Zakaria b Md Shah
Haji Ibrahim b Mohd Yasin
Pn. Ramlah bt Mahmood
Pelepas : En. Mohamad Ridzuan b Hamzah@Ya
Pen Pelepas : En. Muhammad Fareed bin Aliwee
Disiplin : En. Hatimi b Sayed
Pn. Kostiyah bt Mohd Salleh
Tugas Khas : Pn. Nurulhuda bt Hamzah
Cik Nurziatulliana bt Lias
9.0 Acara Yang Dipertandingkan
1) 100 M Lelaki Bawah 15 Tahun
2) 100 M Lelaki Bawah 18 Tahun
3) 200 M Lelaki Bawah 15 Tahun
4) 200 M Lelaki Bawah 18 Tahun
5) 4 x 100 M Lelaki Terbuka
6) 4 x 200 M Lelaki Terbuka
7) 200 M Berjalan Kaki Perempuan Terbuka
8) Lontar Peluru Lelaki Terbuka
9) Lontar Peluru Perempuan Terbuka
10) Tarik Tali Lelaki Terbuka
11) Futsal
12) Badminton Berpasukan Lelaki
13) Badminton Berpasukan Perempuan
14) Bola Jaring
15) Sepak Takraw
16) Ping Pong Lelaki
17) Ping Pong Perempuan
10.0 PENUTUP
Kejohanan Sukantara Sekolah diharapkan dapat memberikan peluang kepada
semua pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Ulum merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
Disediakan oleh,
(Amar Jairani)
Setiausaha,
Sukan & Ko-kurikulum,
SMA Darul Ulum
Disemak oleh
(Nazri Tamat)
PK Ko-kurikulum
SMA Darul Ulum
Diluluskan oleh,
(Tuan Haji Muhamad Ismail)
Pengetua,
SMA Darul Ulum