Kertas Kerja Surauthon SMKBRP 2013

18
KERTAS CADANGAN SURAUTHON SMK BUKIT RAHMAN PUTRA, SG. BULOH, SELANGOR D.EHSAN

description

projek mencari dana pembinaan surau sekolah

Transcript of Kertas Kerja Surauthon SMKBRP 2013

KERTAS CADANGAN SURAUTHON SMK BUKIT RAHMAN PUTRA,SG. BULOH, SELANGOR D.EHSAN

KERTAS CADANGAN SURAUTHON SMK BUKIT RAHMAN PUTRA, SG.BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

1.PENDAHULUAN

Perkembangan dalam pendidikan Islam telah memberi kesedaran kepada keperluan pembinaan tempat bagi pelajar-pelajar menunaikan solat di waktu persekolahan. Hampir semua sekolah di Malaysia, khususnya sekolah-sekolah di bawah bantuan kerajaan, mempunyai surau atau musolla mereka sendiri. Kemudahan surau ini membolehkan murid-murid Islam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah.

Keperluan surau adalah amat penting kerana di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM, aspek penghayatan dan amali telah menjadi salah satu komponen utama di dalam pelaksanaannya.

2.RASIONAL

SMK Bukit Rahman Putra merupakan sekolah harian yang menampung seramai 2178 orang murid yang mana seramai 1500 orang daripadanya adalah murid-murid beragama Islam. Bilik sembahyang yang berada di tingkat empat, Blok D hanya boleh menampung 50 orang jemaah sahaja untuk satu-satu masa. Kesempitan ruang ini tidak dapat menampung keperluan untuk murid-murid beragama Islam terutamanya murid-murid sesi petang untuk menunaikan Solat Zohor dan Asar. Oleh itu, sekolah perlu mempunyai sebuah surau yang lebih besar untuk menampung keperluan murid-murid menunaikan solat secara serentak atau dalam kumpulan yang lebih besar.

3. NAMA AKTIVITISelaras dengan permasalahan di atas, PIBG SMK Bukit Rahman Putra bersama Ahli Jawatan Kuasa Pembinaan Surau bercadang untuk mengadakan program SURAUTHON SMK BUKIT RAHMAN PUTRA bagi mengumpul dana untuk menampung sebahagian kos pembinaan surau tersebut.

4. TARIKH, TEMPAT DAN MASA PROGRAM DIJALANKANTarikh: 1 APRIL HINGGA 30 SEPTEMBER 2013Masa: SEPENUH MASATempat: SEKITAR NEGERI SELANGOR

5.MATLAMAT

Program ini bertujuan:5.1 Mewujudkan satu tempat ibadah yang lebih selesa untuk keperluan jemaah SMK Bukit Rahman Putra5.2 Program aktiviti keagamaan dan kerohanian yang dirancang dapat dijalankan dengan lebih teratur5.3 Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid5.4 Mengeratkan hubungan antara guru-guru, ibu bapa dan murid

6. OBJEKTIF KUTIPAN WANG

Menampung sebahagian kos pembinaan Surau SMK Bukit Rahman Putra (Bangunan dua tingkat) yang dianggarkan sebanyak RM 700,000.00.

7. SASARAN KUTIPANSasaran pendapatan ialah RM 250,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Ribu)

Sumbangan dari guru-guru: 160 x RM 200.00RM 32.000.00Sumbangan dari ibu bapa: 1500 x RM 150.00RM 225,000.00 RM 257,000.00Jumlah Kutipan ________________________________

8. KAEDAH KUTIPAN

8.1 Setiap pelajar akan diserahkan sekeping kad ( seperti Lampiran ) untuk diserahkan kepada ibu bapa / penjaga pelajar. Nama pelajar dan no siri kad akan direkodkan oleh guru kelas untuk mengelakkan penipuan. 8.2 Cara edaran : Setiap guru kelas akan diserahkan sejumlah kad mengikut bilangan terkini pelajar berdaftar yang ada di dalam kelas mereka. 8.3 Kutipan wang dibuat setiap hari oleh guru tingkatan.8.4 Pada tarikh akhir kutipan, kad diserah kepada Bendahari Surau melalui Guru Tingkatan.

9.PELAN TINDAKAN KUTIPAN

9.1 Pungutan derma akan dilaksanakan oleh ibu bapa / penjaga murid. 9.2 Pelajar tidak dibenarkan membuat kutipan derma 9.3 Sekiranya pembawa kad gagal menyerahkannya pada masa yang ditetapkan atau kad hilang, kehilangan kad hendaklah dilaporkan kepada polis. 9.4 Kad hanya sah dengan nombor siri dan cop sekolah 9.5 Bagi penderma yang menderma dengan menggunakan cek, mereka dikehendaki menggunakan cek berpalang atas nama SURAU SMK BUKIT RAHMAN PUTRA.

10.JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SMK BUKIT RAHMAN PUTRA

Bagi menyelaras usaha dan proses pembinaan surau yang dicadangkan, sebuah jawatankuasa yang terdiri pelbagai pihak akan ditubuhkan mengikut struktur seperti berikut::

Penasihat: Puan Norha Binti Hamzah, Pengetua, SMK Bukit Rahman PutraPenolong Penasihat:Encik Mohd Amin Bin Abd Rahman, Pen. KananEncik Mohd Shah Bin Pilus, Pen. Kanan KokurikulumEncik Bukhari Bin Ramli, YDP PIBG, SMK Bukit Rahman Putra Pengerusi:Encik Abd Rashid Bin Sarti, Pen. Kanan HEM Timbalan Pengerusi :Encik Nasarudin Khair Din ,NYDP PIBG,SMK BRPSetiausaha:Puan Herniza Binti Hashim,,Penolong Setiausaha:Puan Yuwaida Binti MatBendahari:Puan Rosita Binti Mat IsaPen. Bendahari:Puan Norani Binti WahidAhli Jawatankuasa:Encik Mohamad Shokri Bin GhazaliEncik Md Aris Bin MarkomPuan Khairiah Binti KadzriPuan Nor Azimah Binti SamikinPuan Rapidah binti Abdul RahmanPuan Siti Sara Binti Mohamad AzizPuan Sharifah Fareza Binti Syed OmarPuan Suhaini Binti HussinPuan Siti Aini Binti JamilPuan Nor Azlina Binti Ahmad

11. JADUAL KEGIATAN

Mac 2012Usul Program Surauthon dikemukakan dalam Mesyuarat PIBGPelancaran Tabung Surau SMK Bukit Rahman PutraMesyuarat Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau SMK Bukit Rahman Putra

April 2013Permohonan dikemukakan kepada PPDPermohonan dikemukakan kepada IPPD Gombak

Jun 2013Permohonan dijangka akan diluluskan dan permit pungutan akan diberikan oleh IPK Selangor

Julai -Ogos 2013 Pungutan akan dijalankan

30 September 2013 Majlis Perasmian Penutup dan pengumunan jumlah pungutan terbanyak akan dilaksanakan

ANGGARAN PERBELANJAAN (URUSAN KUTIPAN)

1. Urusan surat menyurat = RM 100. 002 .Kos mencetak kad (1700 keping) = RM 1700. 003. Hadiah Peserta / Cenderahati = RM 300.004. Promosi= RM 300.005. Jamuan= Rm 200.00

JUMLAH RM 2600. 00

SUMBER KEWANGAN SEBELUM KUTIPAN

Tabung Surau SMK Bukit Rahman Putra/ PIBG SMK Bukit Rahman Putra.

RUMUSAN

Mudah-mudahan dengan adanya usaha pengumpulan dana ini, projek pembinaan surau sekolah ini akan menjadi realiti. Ini kerana surau mempunyai peranan yang sangat penting khususnya murid-murid dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah dengan lebih teratur. Surau sekolah perlu dijadikan sebagai tempat yang paling tenteram, harmoni dan sesuai bagi pendidikan dan penyampaian ilmu pengetahuan ke arah membentuk sahsiah yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Disediakan oleh :

(HERNIZA BINTI HASHIM)Setiausaha Jawatan Kuasa Pembinaan Surau SMK Bukit Rahman Putra,47000 Sg. Buloh, Selangor Darul EhsanDisemak oleh

Disemak oleh:

(ABD RASHID BIN SARTI)Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Surau SMK Bukit Rahman Putra47000 Sg. Buloh,Selangor Darul Ehsan

Disahkan oleh :

(NORHA BINTI HAMZAH)Pengetua,SMK Bukit Rahman Putra,Sg. Buloh, Selangor D.Ehsan

LAMPIRAN

Tapak Kawasan Cadangan SurauPelan TapakPelan Bangunan

TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SURAUSMK BUKIT RAHMAN PUTRAJALAN BRP 7/1 BUKIT RAHMAN PUTRA47000 SUNGAI BULOH SELANGOR

PELAN BANGUNAN