kertas kerja tandas BMW

7
KKBMW KERTAS KONSEP PROGRAM KEMPEN KAMAR BMW 2013 (KAMAR BERSIH, MENAWAN, WANGI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI SUNGAI SUMUN. 1.0 PENGENALAN Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang- kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid, keadaan fizikal dan unsur- unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya menjadi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau World Toilet Organisation untuk merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang tahun 2020. Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 2.0 RASIONAL kertaskonsepbmw

Transcript of kertas kerja tandas BMW

Page 1: kertas kerja tandas BMW

KKBMW

KERTAS KONSEP PROGRAM KEMPEN KAMAR BMW 2013

(KAMAR BERSIH, MENAWAN, WANGI)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI SUNGAI SUMUN.

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid, keadaan fizikal dan unsur-unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya menjadi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau World Toilet Organisation untuk merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang tahun 2020. Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

2.0RASIONAL

2.1Masalah dan punca masalah

Dalam pemeriksaan penarafan bintang yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan pada tahun 2012, tandas sekolah tidak mencapai sebarang bintang. Hal ini bermakna ciri-ciri kebersihan dan keceriaan belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu usaha-usaha untuk menambahbaik ciri-ciri fizikal serta pembudayaan amalan baik penggunaan tandas sangat perlu disegerakan. Sehubungan itu satu soal selidik tentang persepsi tandas telah diedarkan kepada murid dan guru. Sejumlah 37 % responden berpendapat tandas dalam keadaan selesa berbanding 20 % mengatakan tidak selesa, selebihnya 43 % memilih sederhana. Dari aspek keceriaan 17 % berpendapat tandas dalam keadaan

kertaskonsepbmw

Page 2: kertas kerja tandas BMW

KKBMW

ceria berbanding 46 % mengatakan tidak ceria, selebihnya 43 % memilih sederhana. Dari aspek keharuman hanya 3 % sahaja berpendapat tandas wangi, berbanding 57 % mengatakan tidak memuaskan, selebihnya 40 % memilih sederhana. Dapatlah dirumuskan bahawa tahap keselesaan, kebersihan, keceriaan dan tahap wangi tandas sekolah adalah pada tahap kurang memuaskan. Oleh itu memerlukan usaha penambahbaikan.

Berdasarkan soal selidik, temu bual dengan murid, guru dan pekerja mereka bersetuju bahawa punca keadaan tandas sekolah kurang memuaskan mengikut turutan ialah tahap kesedaran murid rendah, kadar kekerapan pembersihan kurang, dan kadar kekerapan pemantauan guru kurang. Sikap murid yang suka merosakkan kemudahan tandas, membuang sampah, menconteng dinding, menjadikan tandas sebagai tempat merokok, membuang najis tidak pada tempat yang betul serta tidak membersihkan sisa-sisa najis atau kesan bau dengan menyiram secukupnya menggambarkan pemikiran yang belum matang. Keadaan bertambah buruk disebabkan kerja pembersihan tidak mengikut spesifikasi kerja yang diharapkan. Alasannya masalah tenaga pekerja pembersihan daripada syarikat swasta tidak mencukupi iaitu seramai 5 orang sahaja berbanding jumlah sepatutnya ialah 7 orang. Seterusnya kadar pemantauan yang kurang daripada guru serta pentadbir menyebabkan murid sering mengambil peluang untuk melakukan tingkah laku merosak serta amalan tidak beradap di tandas.

2.2Cadangan Penyelesaian

Berdasarkan perbincangan dengan pentadbir suatu penambahbaikan perlu dilakukan terhadap tandas sekolah. Konsep penerapan ilmu serta penerapan budaya adab menjadi keutamaan di samping meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan ciri-ciri fizikal dan proses pembersihan tandas. Sebagai satu langkah untuk menghilangkan persepsi negatif nama program dinamakan sebagai Program Kempen Kamar BMW 2013 (Kamar Bersih, Menawan, Wangi).

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW) melalui penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa.

4.0 OBJEKTIF

kertaskonsepbmw

Page 3: kertas kerja tandas BMW

KKBMW

4.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang berterusan dalam kehidupan seharian.

4.2 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan.

4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

Oleh sebab bilangan tandas yang banyak di lokasi yang berjauhan berbanding dengan bilangan pekerja pembersihan yang sedikit program ini akan difokuskan kepada 6 unit tandas sahaja, iaitu:

LOKASI NAMA PENGGUNA BIL UNIT

BIL TANDAS

BLOK A-B Kamar BMW 1 Murid & pekerja (P) 1 10BLOG F-G Kamar BMW 2 Murid (L) 1 10BLOK H TG 1 Kamar BMW 3 Pelajar PraU (L) 1 3BLOK H TG 2 Kamar BMW 4 Pelajar PraU (P) 1 3BLOK F TG 2 Kamar BMW 5 Guru & Staf (L) 1 3BLOK F TG 2 Kamar BMW 6 Guru & Staf (P) 1 3JUMLAH 6 26

6.0 MASA

6.1 Tarikh : 27 Mei 2013 – 27 Jun 20136.2 Tempoh Masa : 4 Minggu

kertaskonsepbmw

Page 4: kertas kerja tandas BMW

KKBMW

7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn Hj Mohd Radzi b IsmailTimbalan Pengerusi : Tn Hj Mat Rahim b AffandiNaib Pengerusi : Pn Normah bt Kamaruddin

: En Selvanathan A/L Perumal: En Zulkefli b Talib: En Mohamad Pauzi b Sulaiman

Setiausaha : Pn Nor Saadah bt HarunBendahari : Pn Zainah bt Ahmad

Pen. Bendahari : Pn Afizza bt Ahmad ApandiAJK : Pn Hjh Sharifah bt Mohd Arifin

: Pn Fatrah bt Zainordin: Pn Rohanita bt Mohd Jombry: En Abd Ghoni b Mat: En Aminuddin b Rohani: En Samsol Buhari b Abdullah: En Koo Son Huat: En Hamdan b Sebum: Pn Fauziah bt Abd Rahman: Cik Sarifah Noraza bt Seyed Jaafar: En Hassan Basari b Ahmad: Wakil AJK PIBG: Wakil Pekerja Pembersihan

8.0 KEWANGAN

RMKOS OLEH PIBGcat dinding, kayu frame (20 mm X 5 mm), syelek, berus 600 alas kaki (dawai/sabut) X 4 80 cermin muka X 4 200kayu frame, paku, skru, syelek 100bunting, banner, carta, poster 300Jamuan Gotong Royong 100Majlis Penutup 50

1430

KOS OLEH LPBT/PCG

kertaskonsepbmw

Page 5: kertas kerja tandas BMW

KKBMW

Laminate A4 50Hiasan dinding 100Hiasan Meja Sudut Ilmu 100 label nama kamar 50

300KOS OLEH KOPERASIhadiah pertandingan murid 300Hamper Perasmian Penutup 20JUMLAH 320

JUMLAH BESAR 2050

9.0 PELAN PELAKSANAAN

9.1 Perancangan9.1.1 Analisis Keperluan9.1.2 Penyediaan kertas konsep9.1.3 Pembentukan Jawatankuasa

9.2 Pelaksanaan9.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa9.2.2 Jawatankuasa Melaksanakan Tugas9.2.3 Majlis Pelancaran

9.3 Pemantauan9.3.1 Pelaksanaan Projek Guru dan Murid9.3.2 Aktiviti dan Jadual Pembersihan Pekerja

9.4 Penilaian dan Rancangan Penambahbaikan9.4.1 Majlis Penutupan Rasmi9.4.2 Mesyuarat post mortem9.4.3 Laporan akhir program

10.0 USAHA-USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH10.1 Menjalankan kerja penyenggaraan fizikal dan pembersihan berterusan10.2 Menyediakan perkakasan tambahan (Aksesori)10.3 Melaksanakan Projek Keceriaan10.4 Melaksanakan Kempen Tandas BMW

10.4.1 Pendidikan 3K dan amalan baik tandas:Ceramah dan Taklimat10.4.2 Poster, banner, bunting, kata-kata perangsang, bahan didik.10.4.3 Pertandingan menulis pendapat, rajah Ishikawa, ucapan spontan.10.4.4 Program Anak Angkat.10.4.5 Tabung Keceriaan

kertaskonsepbmw

Page 6: kertas kerja tandas BMW

KKBMW

10.5 Pemantauan, Pemeriksaan dan Peneguhan Nilai

11.0 PENUTUPHasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan amalan baik dapat akhirnya membentuk murid yang berjaya.

Disediakan oleh,

(MAT RAHIM BIN AFFANDI)

TIMBALAN PENGERUSI

kertaskonsepbmw