Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

13
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 FIQH SIRAH : ENGINEER AL-FATIH “FAKTOR SUNNATULLAH PADA PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453” Oleh : Syaari Ab Rahman Muqaddimah Setakat pengamatan saya pada kedudukan 1453 dalam ‘big picture’ sejarah Islam yang luas dan panjang, ada 5 perkara unik mengenai peristiwa 1453. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sejarah Islam pasca generasi salafus Soleh pada 300 tahun yang pertama selepas kewafatan Rasulullah. 1. Sebuah peristiwa yang membenarkan ramalan Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak antara kenyataan Rasulullah dan berlakunya peristiwa itu sangatlah lama. Bukan 8 tahun atau 80 tahun, tetapi 800 tahun. 2. Sebuah peristiwa yang mementaskan kepimpinan seorang remaja yang berumur 21 tahun. Justeru, ia adalah kisah benar mengenai potensi sebenar seorang yang bernama “remaja”. 3. Sebuah peristiwa yang menyaksikan penggunaaan senjata moden dan canggih mendahului zaman abad ke-14 itu sendiri, serta aplikasi sains ketenteraan yang sangat jauh ke hadapan, ketika Byzantine dan Roma pula berhadapan dengan krisis perpecahan yang kritikal dan kemuncaknya ‘membunuh’ sains itu sendiri. Kemajuan Turki dalam ilmu sains ketenteraan ini memungkinkan mereka mengambil masa tidak sampai 2 bulan untuk membuka Kota itu ketika generasi terdahulu mengepung bertahun-tahun tanpa kemenangan. 1 www.ibrahparadigm.com.my

Transcript of Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Page 1: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

FIQH SIRAH : ENGINEER AL-FATIH

“FAKTOR SUNNATULLAH PADA PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453”

Oleh : Syaari Ab Rahman

Muqaddimah

Setakat pengamatan saya pada kedudukan 1453 dalam ‘big picture’ sejarah Islam yang luas dan

panjang, ada 5 perkara unik mengenai peristiwa 1453. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa

dalam sejarah Islam pasca generasi salafus Soleh pada 300 tahun yang pertama selepas

kewafatan Rasulullah.

1. Sebuah peristiwa yang membenarkan ramalan Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak

antara kenyataan Rasulullah dan berlakunya peristiwa itu sangatlah lama. Bukan 8 tahun

atau 80 tahun, tetapi 800 tahun.

2. Sebuah peristiwa yang mementaskan kepimpinan seorang remaja yang berumur 21 tahun.

Justeru, ia adalah kisah benar mengenai potensi sebenar seorang yang bernama “remaja”.

3. Sebuah peristiwa yang menyaksikan penggunaaan senjata moden dan canggih

mendahului zaman abad ke-14 itu sendiri, serta aplikasi sains ketenteraan yang sangat

jauh ke hadapan, ketika Byzantine dan Roma pula berhadapan dengan krisis perpecahan

yang kritikal dan kemuncaknya ‘membunuh’ sains itu sendiri. Kemajuan Turki dalam

ilmu sains ketenteraan ini memungkinkan mereka mengambil masa tidak sampai 2 bulan

untuk membuka Kota itu ketika generasi terdahulu mengepung bertahun-tahun tanpa

kemenangan.

�1 www.ibrahparadigm.com.my

Page 2: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

4. Sebuah peristiwa yang dicatatkan sejarawan secara sepakat bagaimana kemenangan

dirintis selepas kisah pengorbanan pahlawan Turki yang bernama Hassan Ulubati.

Sejarawan utama dari pihak Islam mahupu Barat bersetuju – meskipun ada yang tidak

mencatatkan nama - wujudnya seorang pemuda yang sanggup dipanah bertubi-tubi,

namun ia tidak menggagalkannya untuk memacakkan panji Turki Osmanli di atas menara

Byzantine itu.

5. Sebuah kisah benar mengenai ‘persiapan melahirkan pemimpin’ yang dicatatkan dengan

baik oleh sejarawan. Ia adalah mengenai kehidupan remaja Sultan Muhammad yang tidak

muncul secara tiba-tiba dan kemudiannya menawan Konstantinopel. Hampir semua

sejarawan utama merekodkan beliau memimpin kerajaan Turki Osmaniah sejak berumur

12 tahun lagi, atau setengah riwayat mengatakan 14 tahun. Adakah ini suatu kebetulan

atau perancangan, insya-Allah, buku ini akan memfokuskan titik kelima ini.

Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih tidak berlaku secara kebetulan. Beliau telah ‘disediakan’

sebagai pemenang selepas generasi sebelumnya mengorbankan diri mereka di hadapan tembok

Konstantiniyyah. Jasad-jasad mereka yang gugur syahid terlalu ramai dan tidak mampu

disenaraikan oleh sejarah. ‘Abu Ayyub Al-Ansari’ di dalam tanah Konstantinopel itu bukan

seorang Sahabat sahaja, bahkan mungkin ratusan atau mungkin ribuan pahlawan lagi. Tubuh-

tubuh mereka menjadi ‘jambatan’ kemenangan buat Muhammad Al-Fatih.

�2 www.ibrahparadigm.com.my

Page 3: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

Ada 3 fakta penting yang mesti diambilkira sebelum kita bermegah dengan kejayaan Sultan

Muhammad Al-Fatih :

1. Empayar Rom Byzantin ketika misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab tidak seluas

empayar Rom Byzantin ketika misi bangsa Turki dan Sultan Muhammad. Terima kasih

kepada generasi sebelum Sultan Muhammad yang bertanggungjawab menyempitkan

kuasa politik Kristian itu sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan kecil yang

memudahkan Sultan Muhammad untuk memberikan fokus sepenuhnya.

2. Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Osmaniah yang telah stabil tanpa

perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera, kental semangat

jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh

dunia untuk berada di Edirne.

3. Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang

seimbang dan menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta

hubungannya yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani, Zaganosh

Basya dan beberapa ulama dan senior perang tersohor yang lain.

Sekiranya Sultan Muhammad menaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantin

yang sudah disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan politik dan ekonominya, tanpa

pula wujud pendidikan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas

Konstantinopel akan memihak kepada beliau.

�3 www.ibrahparadigm.com.my

Page 4: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

Periwayatan Sejarah 1453

Sikap berhati-hati dalam meneliti dokumen sejarah dan sumber cerita ini sangat penting. Seperti

kata Allahyarham Profesor Halil Inalchik sendiri ketika membuat kritikan kepada sejarawan

terkenal dari Jerman, Professor Babinger :

“Beliau telah merekodkan kesemua fakta dengan sumber-sumber yang terbaik yang beliau

perolehi. Antaranya rekod Ducas, Sphrantzes, Chalcocondyles, Kritovoulos, G.M. Angielello,

dan koleksi manuskrip yang masih simpan dengan baik di Ragusa, Venice, dan gereja Vatikan.

Juga koleksi dokumen klasik oleh Jirecek, Kretschmayr, Von Pastor, Zinkeisen, dan Jorga.

Namun demikian, suatu yang pelik dan belum diperjelaskan kenapa beliau mengenepikan

beberapa sumber kontemporari dan penting dari zaman Othmaniyyah sendiri, sedangkan

kesemua sumber ini dicetak dan dijaga dengan baik. Sesungguhnya sumber-sumber inilah yang

akan menyelamatkan beliau dari melakukan kesilapan fakta yang sangat jelas. Seharunya beliau

merujuk kepada individu terpenting yang menjadi sumber pertama mengenai Muhammad Al-

Fatih. Beliau adalah Tursun Beg dalam manuskripnya Tarikh Abu Al-Fath. Di samping itu juga

adalah Enveri dalam manuskripnya Dusturname dan Kemal Pasha dalam Tawarikh Ali Osman.”

“Amat malang apabila pengkajian sejarah era Daulah Othmaniyyah tidak bermula dengan

penguasaan bahasa sumber rujukan. Tidak ramai pengkaji, khususnya dari kalangan Muslim,

yang mempelajari bahasa Turki dan bahasa Othmaniyyah (Osmanlıca) sebagai langkah pertama

untuk mendalami sejarah era Othmaniyyah. Sesungguhnya ketidakupayaan pengkaji sejarah

menguasai bahasa sumber rujukan premier, mengundang kepada kecacatan yang besar di dalam

�4 www.ibrahparadigm.com.my

Page 5: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

pembentangan hasil kajian Sejarah. Lebih-lebih lagi, di Republic of Turkey Prime Ministry

General Directorate of State Archives menjelaskan bahawa masih terhadap 150 juta keping

dokumen berupa manuskrip dan surat-surat rasmi di sepanjang pemerintahan kerajaan

Othmaniyyah yang masih belum disentuh untuk dikaji!” (Hasrizal Jamil, www.saifulislam.com)

Kepungan 54 Hari

Allahyarham Profesor Halil Inalchik (“Istanbul : An Islamic City", Oxford Journal of Islamic

Studies) menyatakan ada 12 percubaan telah gagal sebelum Mehmed II berjaya melakukannya.

Usaha Sultan Muhammad menakluki Konstantinople merangkumi perancangan bagaimana kota ini

perlu dipencilkan terlebih dahulu daripada sokongan luar, kekebalan kota ini perlu dihancurkan dan

persiapan rapi dilakukan bagi menggempur kota tersebut. Sebagai langkah awal, Sultan Muhammad

ll, telah membuat perjanjian persahabatan dengan jiran-jiran Konstantinople bagi mengelakkan

mereka menghulur bantuan kepada kota ini apabila dikepung. Pada waktu yang sama Rumeli Hisari

telah disiapkan binaannya pada 31 Ogos 1452 bagi melengkapkan peranannya dengan Anadolu

Hisari dalam usaha memencilkan Konstantinople dan menghalangnya daripada menerima bantuan

luar melalui selat Bosphorus.

Setelah meyakini bahawa Konstantinople telah dipencilkan, pada hari Isnin 2 April, 1453

Sultan Muhammad ll telah mengisytiharkan perang ke atas kota tersebut. Serangan ke atas

Constantinople dimulakan selepas solat Jumaat pada 6 April 1453 dengan tembakan dilepaskan oleh

meriam gergasi. Meriam ini dicipta oleh Sultan Muhammad ll dengan bantuan seorang jurutera

�5 www.ibrahparadigm.com.my

Page 6: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

bangsa Hungary bernama Urban. Meriam yang mampu menembak peluru seberat antara 800-1200

paun ternyata berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan.

Serangan ke atas Konstantinople melibatkan persiapan Sultan Muhammad ll yang

melibatkan 140 buah kapal perang 320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai

seratus lima puluh ribu orang, termasuklah dua belas ribu tentera janisari yang terlatih. Walaupun

pelbagai usaha dilakukan bagi menawan,namun kota ini ternyata kebal kerana selepas dua minggu

serangan dilancarkan, kota tersebut masih mampu bertahan. Kegagalan ini sedikit sebanyak

menjejaskan semangat juang bala tentera Sultan Muhammad ll. Antara faktor yang menggagalkan

usaha penaklukan ini ialah keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat. Lantaran itu, pada

malam 21-22 April 21-22 Sultan Muhammad ll telah mengarahkan supaya kapal perangnya diheret

melalui Bukit Galata menuju ke Tanduk Emas bagi membolehkan serangan dari laut yang lebih

berkesan dapat dilancarkan. Dengan bantuan kayu bulat yang dilicinkan dengan menggunakan

lemak lembu satu landasan diwujudkan bagi memudahkan kapal ini diseret menaiki bukit. Strategi

yang digunakan ini ternyata memberikan kesan yang mengejutkan sehingga berjaya memecahkan

pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dengan lebih berkesan.

Walaupun strategi demi strategi diusahakan, namun kejayaan muktamad menawan

Konstantinople masih belum berhasil. Pada malam 26 Mei Sultan Muhammad ll telah mengadakan

perundingan dengan pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilancarkan.

Pada hari Ahad 27 Mei Sultan Muhammad ll telah melakukan lawatan ke atas ketumbukan

tenteranya bagi memberikan mereka semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Konstantinople

berjaya ditawan. Pada 28 Mei Sultan Muhammad ll mengumumkan kepada tenteranya supaya

�6 www.ibrahparadigm.com.my

Page 7: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

berehat, membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada

keesokan harinya. Pada malam sebelum serangan dilancarkan Sultan Muhammad ll sendiri bersama-

sama dengan Zarghanos Pasha membuat persiapan terakhir dengan memperincikan strategi yang

akan digunakan. Selain itu, beliau juga melawat khemah tenteranya bagi memberikan mereka

semangat dengan menegaskan bahawa tugas menawan Constantinople adalah tugas suci yang

mestilah dilaksanakan pada kali ini.

Pada awal pagi Rabu 29 Mei, tentera Uthmaniyah telah bertindak membakar khemah dan

melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinople pada

waktu malam nanti. Serangan awal telah dilancarkan oleh tentera yang melibatkan pasukan rakyat

yang kurang mahir dan diikuti dengan serangan oleh tentera yang lebih terlatih. Akhirnya menjelang

terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih.

Serangan secara terancang ini ternyata membuahkan hasil yang membawa kepada jatuhnya kota

Konstantinople setelah dikepung selama lima puluh empat hari. Sebaik-baik sahaja memasuki

Konstantinople Sultan Muhammad ll mengumumkan bahawa kota ini kini dikenali sebagai Istanbul.

Rumusan Strategi Pembukaan 1453

Berikut adalah 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih saya simpulkan secara

umum dari tulisan-tulisan para sejarawan Islam terkemuka seperti Profesor Halil Inalchik,

Profesor Maksudoglu, Profesor Akgunduz, Profesor Ilber Ortayli, Shekh Ali Muhammad As-

Sollabi dan Profesor Dr. Mohd Redzuan Osman. Kesemua strategi ini dihasilkan Sultan

Muhammad sebaik sahaja beliau dibaiahkan sebagai Sultan Osmaniah pada tahun 1451.

�7 www.ibrahparadigm.com.my

Page 8: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

1. Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat dan polisi

beliau untuk membuka Konstantinopel melalui peranan Candarli Halil Pasya, ahli politik

paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissari dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama

paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki.

2. Membentuk kabinet baru kerajaan dengan pemilihan yang lebih ketat, melakukan

penstrukturan semula sistem pentadbiran kerajaan, menaikkan gaji Janissari dan

memberikan fokus khusus kepada persiapan latihan ketenteraan, sektor pembinaan

senjata dan segala kos kewangan untuk mengepung Konstantinopel

3. Membuat penyamaran dan menghantar perisikan untuk menyelidik kekuatan dan

kelemahan dalaman Konstantinopel di bahagian Golden Horn, dari ketebalan tembok dan

kelemahan Grejuva (Greek Fire), hinggalah pada isu pertembungan Kristian Ortodoks-

Katolik yang sedang berlaku dalam Konstantinopel. Ada sejarawan mencatatkan bahawa

Sultan Muhammad sendiri melakukan perisikan ini khususnya di bahagian tembok

terlemah Byzantine iaitulah yang menghadap Golden Horn.

4. Membangun 140 buah kapal perang dan 320 buah perahu di Gallipoli. Menyediakan

12,000 tentera Janissari terlatih, 20,000 angkatan tentera Sipahi, 100,000 angkatan tentera

pejalan kaki dan 30,000 angkatan tentera sukarelawan (rakyat) lengkap dengan pasukan

Mehter (pemukul gendang). Jumlah besar ini untuk tujuan mengepung Konstantinopel

dari segenap arah, melumpuhkan tenaga fizikal, moral, dan senjata mereka melalui

serangan bertali arus tanpa henti pada sesuatu tempoh.

�8 www.ibrahparadigm.com.my

Page 9: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

5. Menunggu justifikasi majlis Ulama untuk menghukum Konstantinopel dalam isu

pemberontakan Orhan yang dikambinghitamkan Konstantinopel, di samping menunggu

masa, suasana, cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh kepungan ke atas

Konstantinopel. Sultan Muhammad tidak mahu berlaku sedikitpun kesilapan teknikal

yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne. Muhammad mengutus utusan khas

agar Konstantinopel diserahkan secara aman tetapi ditolak mentah-mentah oleh Maharaja

Konstantinopel ketika para paderi Orthodoks sendiri mengakui Othmaniyah lebih layak

memerintah Konstantinopel dari para paderi Latin.

6. Menyemak semula hubungan sedia ada Osmaniah dengan Wallachia, Hungary, Venezia,

Bosnia dan beberapa buah negara Kristian yang lain. Sultan Muhammad mengemukakan

tawaran hubungan dagang yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah

sebelumnya. Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara

yang pernah bersekutu dengan Konstantinopel agar mereka memihak kepada Turki

apabila Konstantinopel diserang. Akhirnya, Konstantinopel bersendirian di tengah-tengah

kepungan negara-negara yang telah tunduk pada Osmaniah.

7. Memastikan Konstantinopel dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ dengan menguasai

sepenuhnya jalan laut di selat Bhosporus. Sultan Muhammad dan 3 menteri besarnya

sendiri mengepalai misi membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah yang bertentangan

dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia. Bogazkesen ini berjaya disempurnakan dalam

hanya 149 hari dan sebuah kapal Genoa telah berjaya ditenggelamkan apabila melaluinya

tanpa kebenaran dari pihak tenteraTurki di Rumeli. Ia dibina untuk Sultan Muhammad

�9 www.ibrahparadigm.com.my

Page 10: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

menguasai secara sempurna satu-satunya laluan berpotensi sekutu Konstantinopel selepas

selat Dardanelles. “Binaan kubu Rumeli Hissari yang wujud hari ini, tiada apa-apa

perubahan fizikal berlaku pada binaan ini. Ia sama sahaja ketika saat ia disempurnakan

pada hari Khamis, 31 Ogos 1452. Sungguh sukar untuk dipercayai, bagaimana proses

pembinaan kubu ini hanya mengambil masa 19 minggu 3 hari sahaja.” – Andrew

Roberts, The Art of War : Great Commander of the Ancient and Medieval World

8. Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutral

sepanjang tempoh perang. Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi

saksi tentera Sultan Muhammad melayarkan 72 buah kapal-kapal ringannya di atas bukit

pada jarak hampir 5 kilometer pada malam 23 April 1453 dan kemudiannya berlabuh di

Tanduk Emas menjelang waktu Subuh tanpa melalui sekatan rantai.

9. Mencipta ballista, battering rams, hurling projectiles, mortar dan 4 biji meriam gergasi

untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter, rantai Golden Horn di Konstantinopel.

Pelbagai lagi peralatan perang dicipta untuk menembak maut kesemua 50,000 kesatria

Konstantinopel di atas dan di dalam benteng di bawah pimpinan komander Giovanni

Giustinianni dan Maharaja Konstantinopel sendiri. Meriam Basilica ini seberat 1400

paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk menembak satu peluru,

mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3

kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer. Meriam ini

dibina oleh seorang non-Muslim dari Hungary, namanya Orban dengan penyeliaan

keselamatan yang ketat oleh Muslihuddin dan Saruca Sekban. Di samping itu, Sultan

�10 www.ibrahparadigm.com.my

Page 11: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

Muhammad terus berbincang dengan para astronomi, jurutera mekanik, pakar senjata,

tukang besi, pakar ketenteraan Rom dan ahli-ahli syariah. Zaganosh Basya dan Turkhun

Bey pula memikirkan kaedah serangan saraf, kepungan dan penggalian terowong untuk

menakutkan Konstantinopel agar penyerahan kota dapat dilakukan tanpa peperangan

yang lama. “Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda

pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi

ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” –

Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di

Universiti Galatasaray

10. Memastikan integriti dan tahap spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Mati

syahid lebih mereka cintai, namun Sultan menegaskan kematian yang dikejar mestilah

dicapai hanya selepas musuh melutut menyerah kalah. Peranan para ulama senior sangat

besar dalam setiap battalion. Ini faktor paling penting untuk menang ke atas

Konstantinopel. Hadis pembukaan Konstantinopel dan kisah jihad Abu Ayyub Al-Ansari

adalah 'zikir' harian Sultan Muhammad pada tentera-tenteranya.

Apa yang dapat disimpulkan dari 10 strategi di atas adalah persiapan adalah sebahagian dari

kesempurnaan. Sultan Muhammad telah merancang dan mempertimbang dengan sangat teliti

kesemua aspek dan kesan sebelum memulakan sebarang tindakan. Bertindak secara melulu dan

tidak menghidu lebih awal risiko-risiko setiap taktik dan kelemahan-kelemahan setiap strategi

akan mendatangkan malu besar untuk Sultan muda itu. Perancangan Sultan Muhammad pula

�11 www.ibrahparadigm.com.my

Page 12: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

menyeluruh, mencakupi aspek pengetahuan dan kajian (IQ), motivasi dan semangat kerja

sepasukan (EQ), serta spiritual dan keimanan kepada Tuhan (SQ).

Ibrah Pembukaan Konstantinopel

"Fakta- fakta sejarah yang bersifat runcitan, tiada membawa kepada sesuatu matlamat,

merupakan barang-barang angkutan kepada tentera, beban rintangan belaka. Kita harus

memandang sejarah dengan pandangan semesta yang lebih luas, sebab akal insan itu

sedemikian kecilnya, jikalau dibebani fakta-fakta yang beruncit-runcit, nescaya akan

tertindihlah ia." - Prof. Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Kebudayaan Melayu

Pembukaan Konstantinopel pada 1453 Masihi merupakan sebuah peristiwa yang telah mengubah

perjalanan sejarah umat Islam selepas tragedi berdarah kejatuhan kerajaan Islam Abbasiah pada

1258 Masihi. “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh”, sebuah buku yang telah saya rumuskan kepada

pembaca atas dasar membuktikan bagaimana kekuatan integriti (Al-Amanah) dan kompetensi (Al-

Quwwah) individu yang digabungkan dalam satu ikatan kerja berpasukan yang padu sehingga

mampu menempa kemenangan dan kejayaan organisasi yang luarbiasa pada tahun 1453 tersebut.

“Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukannya cerita

perihal pencapaian individu. Ia cerita perihal kuasa luar biasa pasukan yang bersatu, berbakat

dan bersiap sedia. Mereka yang sentiasa komited antara satu sama lain, juga kepada wawasan

�12 www.ibrahparadigm.com.my

Page 13: Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016

mereka sehingga ke penghujungnya.” - Stephen R. Covey, Tabiat ke-8 ; Keberkesanan kepada

Keagungan.

“Pengajaran dari sejarah, hanya gerakan pendidikan yang dipelopori oleh para sufi berintikan

pemugaran dinamika keagamaan dengan penekanan kepada disiplin kerohanian sahaja mampu

membangkitkan semula umat ini dan mencipta kejayaan-kejayaan luar biasa yang tidak

tergambar sedikitpun ketika hancurnya kota Baghdad pada abad tersebut. Gerakan pendidikan

inilah yang menatijahkan kegemilangan semula sehingga pengislaman Mongol itu sendiri,

bangsa pengganas yang tadinya menghancurleburkan kota Baghdad. Gerakan pendidikan inilah

jua yang telah mengislamkan Kepulauan Melayu dan kemuncak dari kekuatan itu adalah

kebangkitan Islam dalam kuasa ketenteraan dunia iaitu penawanan Konstantinopel pada tahun

1453 Masihi.” (Dr Siddiq Fadzil, “Pendidikan Al-Hikmah Dalam Misi Pencerahan)

Wallahua’lam

* Syaari Ab Rahman merupakan Principal Trainer Ibrah Paradigm Training & Consultancy sedang melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia, kolumnis majalah Al-Ustaz terbitan Telaga Biru, penyampai segmen “Ibrah” di radio IKIM.fm sejak tahun 2013 dan penulis buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya Al-Fateh” terbitan PTS Milennia. Beliau boleh ditemui di laman Facebook beliau iaitu “Syaari Ab Rahman” serta blog peribadi beliau, www.iskandarfateh.com.my

�13 www.ibrahparadigm.com.my