Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

18

Click here to load reader

Transcript of Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

Page 1: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

1ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.1 PENGENALAN 2

1.2 CARA PERMAINAN “TOI JENGKET” 3-5

1.3 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN 6

1.4 PERATURAN 7-9

1.5 GAMBARAJAH PERMAINAN 10-11

1.6 CIRI-CIRI KESELAMATAN 13

1.7SENARAI ALATAN 13

1.8UKURAN ALATAN 14

1.9UKURAN KAWASAN PERMAINAN 14

1.10BORANG PEMARKAHAN 15

Page 2: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

21.0 PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

1.1 PENGENALAN

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja

dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta

kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari

kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain

tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain

sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya

adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi

setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan

permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak

hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan

undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang

menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan

ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan

menangkap pemain.

Permainan galah hadang ini lebih mudah dimainkan kerana ia tidak memerlukan

peralatan. Hanya satu kawasan yang luas dan jumlah pemain yang ramai sahaja

diperlukan. Selepas itu, galah panjang boleh dimainkan.

Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang

menciptakkannya. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah dimainkan seawal

tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan ini bukan

sahaja dimainkan di Tanah Melayu,tetapi juga di Negara-negara lain seperti Brunei,

Indonesia, Singapura dan juga Thailand. Namun begitu nama dan corak permainan

telah berubah mengikut masyarakat setempat.

Page 3: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

31.2 CARA PERMAINAN “TOI JENGKET”

1. Dimain oleh dua pasukan dimana satu pasukan merupakan penyerang dan satu

pasukan penahan.

2. Satu orang dari kedua-dua kumpulan akan dilantik sebagai ketua.

3. Ketua dua pasukan akan memulakan permainan dengan “wan tu som” untuk

menentu pasukan yang mana serang dahulu.

4. Untuk memulakan permainan, pengadil akan meniup wisel. Ini menandakan

permainan sudah dimulakan dan ahli kumpulan lain boleh mula menyerang,

samada secara individu atau beramai-ramai.

5. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang

sekali secara menjengketkan kaki melepasi pasukan bertahan. Pasukan

bertahan tidak perlu menjengket.

6. Jika salah seorang dapat melepasi pasukan bertahan maka pasukan itu dikira

menang.

7. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi

pasukan penyerang dan sebaliknya.

Page 4: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

41.3LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN

1. Sebelum permainan dimulakan, kedua-dua pasukan akan mengundi untuk

menentukan pasukan penyerang dan pasukan penghadang.

2. Setiap pasukan akan memilih ketua mereka masing-masing

3. Pasukan penyerang akan berdiri di serata tempat di depan petak.

4. Pasukan bertahan pula menempatkan seorang pemain pada setiap garisan

secara melintang.

5. Ketua pasukan pertahanan akan mengambil tempat di garisan tengah.

6. Pasukan penyerang memulakan permainan.

7. Wisel akan ditiupkan oleh pengadil dan dengan serta merta pemain pasukan

penyerang akan berlari secara berjengket cuba melintasi garisan ke belakang.

8. Pasukan bertahan pula akan cuba menghalang pasukan penyerang melintasi

garisan dengan cara mendepangkan tangan untuk menyentuh badan mereka itu.

9. Permainan tamat apabila salah seorang pasukan penyerang dapat melepasi

pasukan bertahan.

10.Pertukaran kedudukan akan dilakukan, iaitu pasukan yang bertahan akan jadi

pasukan penyerang dan sebaliknya.

Page 5: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

51.4 PERATURAN

1.4.1 Peraturan

1. Harus membentuk dua pasukan yang setiap pasukan sekurang-kurangnya terdiri

daripada 4 orang.

2. Setiap pasukan harus membuat undian sama ada menjadi penyerang atau

penhadang. Lazimnya penyerang akan memulakan permainan terlebih dahulu

dan undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara atas persetujuan para pemain.

3. Setiap pemain harus mengetahui cara permainan galah hadang. Sekiranya tidak

mengetahuinya, para pemain yang lain boleh menunjuk-ajar pemain tersebut.

4. Setiap pasukan penghadang harus bekerjasama untuk memastikan penyerang

tidak boleh memasuki kotak atau ruang yang disediakan dengan mudah.

5. Setiap pasukan harus mahir untuk memasuki ruang atau kotak tanpa dapat

disentuh oleh pasukan penghadang.

6. Setiap penyerang harus mahir untuk memasuki ruang atau kotak tanpa dapat

disentuh oleh pasukan penghadang.

7. Setiap ketua pasukan bebas mengarahkan anak buahnya untuk mendapatkan

mata dan sebagainya.

8. Segala kesilapan yang dilakukan oleh pemain akan diadili oleh pemain lain

dengan adil dan saksama.

9. Mata hanya akan diberikan kepada penyerang yang berjaya melepasi setiap

halangan atau garisan yang disediakan sehingga ke garisan permulaan.

10.Permainan akan tamat setelah mendapat persetujuan antara dua pihak.

11.Pihak yang menang tidak boleh mengejek pasukan yang kalah dan semangat

kesukanan perlu ada dalam setiap pemain.

Page 6: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

61.4.2 Perkara yang membatalkan:

1. Apabila pihak penghadang melepasi garisan miliknya seperti meletakkan kaki ke

kotak yang disediakan

2. Penyerang yang melepasi kotak sebelumnya, iaitu apabila pemain telah

melepasi kotak di bahgian atas tidak boleh berundur. Sekiranya ini terjadi

permainan boleh ditamatkan.

3. Penyerang yang telah disentuh oleh penghadang boleh menamatkan permainan

tersebut.

4. Pihak penghadang tidak boleh memadamkan garisan yang dibuat atau

melakukan penipuan dengan membentuk garisan lain.

5. Penyerang yang telah belum melepasi garisan penamat dan kemudian berpatah

semula walaupun sebelah kaki telah melepasi garisan boleh dibatalkan

permainannya itu.

1.4.3 Larangan dan Denda

1. Mati

a. Penyerang dikira mati sekiranya:

i. Penyerang yang terkeluar dari atas kubu melepasi garisan tepian

gelanggang.

ii. Penyerang yang berundur masuk ke petak sudah

iii. Dikira tiga kali penyerang yang didapati sengaja menyentuh pihak

lawan.

2. Tukar sebelah

a. Tukar sebelah akan dilakukan apabila perkara-perkara berikut berlaku

iaitu:

i. Apabila tempoh masa cukup sepuluh minit.

ii. Penyerang tertangkap.

iii. Pasukan penyerang menamatkan permainan.

3. Buang gelanggang

a. Buang gelanggang berlaku tetapi permainan diteruskan tanpa pemain

yang berkenaan atau pemain yang terlibat.

Page 7: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

7b. Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta atau

pemain yang melakukan sesuatu perbuatan yang kurang sopan sebanyak

tiga kali.

c. Buang gelanggang juga akan berlaku sekiranya terdapat mana-mana

pemain berbuat yang bukan dalam permainan.

Catatan:

1. Jumlah masa bermain berubah mengikut jumlah pemain sepasukan iaitu satu

hingga lima orang sepasukan ialah sepuluh minit. Jika enam orang dan lebih

sepasukan, masa hendaklah kali dua bilangan pemain.

2. Jika seri, kemenangan akan diberikan kepada peserta yang dapat menamatkan

permainan dengan masa yang cepat.

Page 8: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

81.5 GAMBARAJAH PERMAINAN

1.5.1 Gelanggang permainan

Belakang

Kepala

Hadapan

Gambarajah 1: Gelanggang permainan galah panjang

A

H

F

DC

E

G

JI

B

9m

6m

3m

3m

Page 9: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

9

Catatan:

1. Setiap padang permainan galah panjang adalah bergantung kepada para

pemain. Sekiranya jumlah pemain adalah ramai bermakna kawasan yang lebih

luas diperlukan. Ini adalah untuk membentuk kotak-kotak segi empat sama

dalam padang yang disediakan.

2. Bagi membentuk kotak-kotak yang diperlukan, para pemain boleh menggariskan

dengan menggunakan kayu atau kaki. Sekiranya padang tersebut diperbuat

daripada simen, cat, atau serbuk tepung boleh digunakan. Ini adalah untuk

melakarkan garis-garis yang membentuk kotak- kotak yang diperlukan.

3. Sekiranya jumlah pemain adalah tiga orang bagi satu-satu pasukan, jumlah

kotak yang disediakan adalah sebanyak empat kotak segi empat sama.

4. Namun apabila jumlahnya bertambah menjadi empat orang, kotak yang

diperlukan adalah sebanyak enam buah kotak segi empat sama.

5. Kemudian kotak akan menjadi dua buah sekiranya jumlah pemain bertambah

seorang dan seterusnya.

6. Lazimnya setiap kotak hanya berukuran 3 x 3 meter sahaja. Bahkan saiz kotak

ditentukan oleh setiap pemain.

Page 10: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

10

1.5.2 Kedudukan pemain

Belakang

HG

JI

B

LK

Page 11: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

11

Hadapan

Gambarajah 2: Kedudukan pemain

1.6 CIRI-CIRI KESELAMATAN

1. Peserta harus memakai kasut yang sesuai.

2. Padang hendaklah dipastikan bebas daripada sebarang objek yang boleh

membahayakan peserta.

3. Peserta haruslah memakai pakaian yang sesuai.

4. Peti kecemasan hendaklah disediakan.

5. Kawasan padang hendaklah luas dan rata untuk mengelakkan kecederaan.

Sekiranya jumlah pemain adalah ramai, ini bermakna kawasan yang lebih luas

diperlukan.

6. Peralatan permainan hendaklah dipastikan selamat untuk digunakan.

1.7SENARAI ALATAN

A

F

D

E

c

Page 12: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

12BIL. NAMA ALATAN KUANTITI CATATAN

1. Kon 11 buah

2. Wisel 1buah

3. Jam randik 2 buah

4. Tepung 1 Bungkus

5. Tali reben merah 1 gulung *

Untuk bezakan

pihak penghadang

dan penyerang

6. Tali reben biru 1 gulung

*tali reben boleh digantikan dengan pemakaian bip bagi membezakan

pemain.

Jadual 1: Senarai Alatan

1.8 UKURAN ALATAN

- Tiada peralatan khas yang digunakan untuk permainan ini.

1.9 UKURAN KAWASAN

PERMAINAN

1.9.1Gelanggang

permainan galah

panjang

Hadapan 6m

JI

B

Page 13: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

13

9m

Belakang Kepala

1.10 BORANG PEMARKAHAN

NAMA

KUMPULAN

MATA

PASUKAN A

PASUKAN B

A

H

F

DC

E

G

Page 14: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

14(/) mewakili satu mata setelah pemain melepasi kesemua garisan hingga kembali ke

garisan permulaan.

Pemenang :

1.10.1 Borang pemarkahan/ Penentuan Kemenangan

i. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan

gelanggang.

ii. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat

melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.

iii. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankankan

semula.

iv. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira

memenangi perlawanan tersebut. Atau pasukan yang mendapat belon atau tui

terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

v. Namun begitu, jika seri perkara-perkara berikut akan dilakukan iaitu:

a. Masa tambahan sehingga tertangkap dalam masa tiga minit diberikan

kepada masing-masing pasukan untuk menyusup bagi membuat belon

terbanyak.

b. Sekiranya masih juga seri, tambahan masa tiga minit lagi akan diberikan.

c. Sekiranya masih juga seri, undian akan dilakukan.

1.10.2 Kiraan mata

1. Lazimnya mata akan dikira melalui jumlah penyerang.

2. Setiap penyerang yang melepasi penamat dan kemudian berpatah kembali

sehingga melepasi garisan pemula akan mencapai kemenangan.

3. Setiap kemenangan itu hanya akan dikira sebagai satu mata.

4. Namun begitu sekiranya jumlah pemain yang melepasi adalah sebanyak dua

orang, bermakna mata yang diperolehi dua mata.

Page 15: Kertas Kerja Tradisonal Toi Jengket.

155. Jumlah mata adalah tidak terhad selagi permainan tidak ditamatkan. Oleh itu

setiap pemain atau penyerang akan berusaha untuk mendapatkan seberapa

banyak mata yang boleh.

6. Terdapat satu cara lagi mata dikira. Mata pertama akan diperolehi apabila

penyerang melepasi garisan penamat. Kemudian setelah penyerang memasuki

semula kotak dan melepasi garisan permulaan, satu mata lagi dikira.

7. Oleh itu, dalam satu-satu permainan, berpuluh-puluh mata boleh diperolehi

sebelum permainan dapat ditamatkan.

8. Lazimnya mata bergantung kepada kemahiran pemain.

9. Kemenangan akan dicapai sebaik sahaja markah keseluruhan dikira.