KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

11
SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, 43500 SEMENYIH SELANGOR PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) NEGERI SELANGOR NAMA SEKOLAH : SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG DAERAH : HULU LANGAT, SELANGOR TARIKH DIBUKA : 01 MAC 2012 1

description

contoh format kertas kerja permohonan ubahsuai kelas pendidikan khas

Transcript of KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

Page 1: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

BANDAR TEKNOLOGI KAJANG,

43500 SEMENYIH SELANGOR

PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF KELAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(PPKI)

NEGERI SELANGOR

NAMA SEKOLAH : SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

DAERAH : HULU LANGAT, SELANGOR

TARIKH DIBUKA : 01 MAC 2012

1

Page 2: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Bangunan

Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bandar Teknologi Kajang

telah dibuka pada 1 Mac 2012. Pada awal penubuhan, hanya terdapat 2 orang

guru dan 5 orang murid sahaja. Program ini dibuka dengan menggunakan salah

sebuah kelas di sekolah ini iaitu Self Access Learning Class (SAL) yang

dikelolakan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Pada ketika itu, kemudahan yang

disediakan hanyalah kelengkapan perabot asas bilik darjah seperti kerusi dan

meja murid. Namun begitu, pada tahun 2013 bilangan murid telah bertambah

seramai 15 orang di mana tiga orang daripada mereka adalah murid yang

berkerusi roda. Oleh yang demikian, guru terpaksa menempatkan dua buah

kelas di dalam satu bilik darjah yang hanya dibahagikan dengan perabot. Selain

itu, program kami juga tidak mempunyai tandas dan bilik air yang sesuai untuk

murid-murid PPKI. Murid terpaksa menggunakan tandas yang agak jauh dan

tinggi dari bilik darjah. Manakala, murid-murid yang berkerusi roda terpaksa

memakai lampin ke sekolah kerana masalah tandas yang tidak bersesuaian.

Seterusnya, kawasan sekolah yang kurang mesra OKU juga menyebabkan

pergerakan dan pelaksanaan aktiviti murid PPKI terbatas. Contohnya, kawasan

sekolah tidak mempunyai rail dan ramp untuk pelajar berkerusi roda. Selain itu,

keadaan kelas PPKI yang sempit dan padat menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik kerana guru sentiasa perlu

berjaga-jaga dengan keselamatan murid di dalam kelas. Oleh itu,

memandangkan Program Pendidikan Khas Integrasi ini adalah program baru dan

belum pernah diiktiraf, maka pihak sekolah berharap agar Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor dan Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan

2

Page 3: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

pelaksanaan membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan khas di

sekolah ini.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

Kod Sekolah : BBA 4053

Daerah : Hulu Langat

Status : Sekolah Kerajaan

Bil. Guru PPKI : 2 orang (perempuan)

Bil. PPM : 1 orang

Bil. Enrolmen Murid PPKI : 15 orang (10 Lelaki/ 5 Perempuan)

Bilik Darjah sedia ada : 1

Sesi : 1 sesi

Kawasan : Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas

pendidikan khas ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Keadaan bangunan dan kelas pendidikan khas yang sedia ada tidak

sesuai dan tidak kondusif

2.2. Kelas sedia ada tidak mempunyai kemudahan asas seperti tandas dan

ruangan yang mencukupi untuk melakukan aktiviti.

2.4 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan ruang kelas yang

sempit dan hanya menggunakan perabot sebagai pembahagi kelas.

2.5 Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan pelajar ke bilik

air kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni tangga

3

Page 4: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas

yang sedia ada seperti berikut:

3.1. Ubahsuai lantai kelas kepada lantai berjubin dan membina pembahagi

kelas atau partition

3.2. Membina keperluan kemudahan mesra OKU seperti tandas, rramp, railing

dan parkir terutamanya untuk murid berkerusi roda.

3.3. Menukarkan papan kapur di kelas kepada papan putih atas faktor

kesihatan dan kesesuaian murid PPKI.

3.4. Membina kabin untuk penambahan kelas dan ruang aktiviti.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan

dapat meningkatkan kualiti dan struktur kelas dan keselesaan proses

pengajaran dan pembelajaran

4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan

terutamanya tandas dan ruang dapur yang disediakan berasingan khas

untuk murid PPKI.

4.3 Memenuhi aspirasi Kementerian untuk memberi kemudahan kepada

murid PPKI supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap

dengan kemudahan asas.

4.4 Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan pelajar yang masih

memerlukan bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air.

4.5 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih

kondusif dan sistematik

4

Page 5: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

5 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas PPKI ini adalah untuk :

5.3 Membuktikan bahawa Kementerian prihatin dan serius terhadap

pendidikan golongan pelajar berkeperluan khas.

5.4 Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan murid PPKI yang

semakin bertambah pada masa akan datang.

5.5 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan

dan keselesasan pelajar pendidikan khas. Di samping dapat

meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program

pendidikan khas.

6 IMPLIKASI SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan sekiranya tidak dapat

dilaksanakan, ia akan memberi implikasi seperti :

6.3 Aspek keselamatan di kalangan guru dan murid tidak terjamin kerana

keadaan ruang bilik darjah yang sempit dan tidak sesuai.

6.4 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kurang kondusif kerana kelas

yang kecil dan tanpa kemudahan asas terutama sekali tandas dan dapur.

6.5 Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan murid ke

tandas kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni

tangga dan murid sering berkeliaran jika dibiarkan

6.6 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk

menghantar anak-anak mereka memasuki PPKI kerana kemudahan asas

yang tidak disediakan.

5

Page 6: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

7 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

6

Keadaan dua buah kelas yang sempit kerana terpaksa dibahagikan dengan perabot.

Page 7: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

8 CADANGAN PELAN KELAS PPKI UNTUK PENGUBAHSUAIAN

7

LALUAN

PETUNJUK :Ruang Urus Diri Pintu

Kelas 1

Kelas 2

Kelas 3

Ruang guru

Page 8: KERTAS KERJA UBAHSUAI KELAS.doc

PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar permohonan menaiktaraf kelas PPKI SKBTK dapat

dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana keadaan

kelas yang tidak kondusif memberi impak yang sangat besar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, faktor keselamatan dan keselesaan murid dan guru juga

merupakan antara faktor utama permohonan ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………….. ……………………….

(GURU PPKI SKBTK) (GURU BESAR SKBTK)

8