Kertas Kerja Wakaf IQRA

3
Pendahuluan Al-Quran ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.” (Al Isra’ : 9) “ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 ) Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al-Quran. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al-Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. MASALAH Sekolah mengalami masalah dari segi bilangan buku IQRA yang kurang mencukupi untuk bacaan murid-murid tahap 1 terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan juga ketika tasmik. Hal ini mengakibatkan sebilangan murid-murid terpaksa berkongsi buku IQRA untuk belajar. Manakala ada sesetengah kelas terpaksa mencari buku IQRA di kelas-kelas yang lain untuk waktu pengajaran Al-Quran dan menyebabkan masa menjadi singkat. memandangkan sekolah hanya memiliki sebilangan sahaja buku IQRA, sedangkan keperluan yang perlu dipenuhi untuk keselesaan PdP berjumlah 500 naskah pada satu-satu masa. PERLAKSANAAN Pihak sekolah telah mewujudkan satu badan iaitu Wakaf Al- Quran. Program ini bertujuan membantu menambah kekurangan bilangan alquran dan IQRA di sekolah. Pihak-pihak yang ingin mewakafkan IQRA kepada sekolah di alu-alukan untuk mewakafkan kepada badan wakaf Al-Quran sekolah supaya jumlah IQRA

description

DOKUMEN

Transcript of Kertas Kerja Wakaf IQRA

Page 1: Kertas Kerja Wakaf IQRA

Pendahuluan

Al-Quran ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.” (Al Isra’ : 9)

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al-Quran. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al-Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

MASALAH

Sekolah mengalami masalah dari segi bilangan buku IQRA yang kurang mencukupi untuk bacaan murid-murid tahap 1 terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan juga ketika tasmik. Hal ini mengakibatkan sebilangan murid-murid terpaksa berkongsi buku IQRA untuk belajar. Manakala ada sesetengah kelas terpaksa mencari buku IQRA di kelas-kelas yang lain untuk waktu pengajaran Al-Quran dan menyebabkan masa menjadi singkat. memandangkan sekolah hanya memiliki sebilangan sahaja buku IQRA, sedangkan keperluan yang perlu dipenuhi untuk keselesaan PdP berjumlah 500 naskah pada satu-satu masa.

PERLAKSANAAN

Pihak sekolah telah mewujudkan satu badan iaitu Wakaf Al-Quran. Program ini bertujuan membantu menambah kekurangan bilangan alquran dan IQRA di sekolah. Pihak-pihak yang ingin mewakafkan IQRA kepada sekolah di alu-alukan untuk mewakafkan kepada badan wakaf Al-Quran sekolah supaya jumlah IQRA mencukupi untuk setiap murid. Dengan ini, mereka dapat membaca dan belajar mengikuti waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan sempurna.

OBJEKTIF

1. Pihak sekolah berhasrat melahirkan murid-murid yang celik Alquran.2. Murid-murid dapat membaca IQRA dengan lancar tanpa ada masalah

disebabkan kekurangan IQRA.3. Murid-murid dapat menguasai bacaan IQRA dengan cepat.4. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al-

Quran.5. Membudayakan Al-Quran dalam kehidupan.

Page 2: Kertas Kerja Wakaf IQRA

SASARAN

Kumpulan sasaran adalah murid-murid tahun 1, 2, dan 3

AHLI JAWATANKUASA

PengerusiPn.Tuan Kamariah binti Nik Sin

Naib PengerusiEn. Mohd Razif B. Mohd Tahir

SetiausahaEn. Muhammad Zaimi Jamail bin Ismail

AjkPn. Pn. Pn. Pn. Shalma Rina Bt. PawiCik Nik Zuria Salmi Bt. Mat HusinPn. Norlaila Bt. MamatEn. En. Pn. Cik Pn. Pn.Cik Rosyimah bt. Osman@ IshakPn. Pn. Wan Iryawati bt. Wan MohamadCik

PENUTUP

Usaha menyedarkan dan membimbing murid-murid celik alquran adalah amal yang sangat murni. Justeru itu, sebagai langkah kearah membudayakan alquran maka dengan ini diharapkan sumber-sumber dari mana-mana pihak yang ingin mewakafkan IQRA dapat memberikan harapan kepada murid-murid. Mereka dapat membaca tanpa ada halangan dan kekurangan seterusnya menjadikan mereka celik Al-Quran.