kertas kerjaPerlawanan Persahabatan

5
KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERLAWANAN PERSAHABATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR - INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2015 TARIKH: 11 MAC 2015 PENGELOLA: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

description

KERTAS KERJA

Transcript of kertas kerjaPerlawanan Persahabatan

KERTAS KERJAPENGELOLAAN PERLAWANAN PERSAHABATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR - INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAMTAHUN 2015

TARIKH:11 MAC 2015

PENGELOLA:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

1.0. PENDAHULUANInstitut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar telah diiktirafkan sebagai IPG Kebitaraan Sukan sejak Tahun 2011. Pertandingan persahabatan ini adalah salah satu aktiviti yang amat sesuai untuk dianjurkan bagi menyahut pengiktirafan tersebut. Program ini bukan sahaja melibatkan guru pelatih IPGK Raja Melewar tetapi juga melibatkan IPGK Pendidikan Islam. Ia akan diadakan di IPGK Raja Melewar pada 11 Mac 2015. Pertandingan ini dilaksanakan selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui pertandingan persahabatan.

2.0. MATLAMATMatlamat program ini adalah untuk meningatkan semangat kesukanan para guru pelatih. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih IPGK Raja Melewar dan IPGK Pendidikan Islam. Perlawanan ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahan fizikal dan mental para peserta.

3.0. OBJEKTIF3.1. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk bersukan.3.2. Membentuk guru pelatih yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.3.3. Meningkatkan semangat kesukanan guru pelatih.3.4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai perlawanan yang disediakan.3.5. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

4.0. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1. Tarikh pertandingan : 11 Mac 2015 ( RABU)4.2. Tempoh pelaksanaan: 1 hari4.3. Dilaksanakan sepanjang 2 jam 30 minit, bermula dari jam 5.00 petang dan dijangka tamat pada jam 7.30 petang.

5.0. JAWATANKUASA KERJA PERTANDINGANPenaung : Tn Hj. Abu Bakar bin Sahari (Pengarah IPG Kampus Raja Melewar)Penasihat: YM. Syed Zulkarnain bin Syed Mahamud (Pensyarah Penasihat Exco Sukan dan Rekreasi) Pengerusi : Saudara Lee Kah Wei Naib Pengerusi : Saudari Nageshwar Sri A/L Manimaran Setiausaha : Saudara Kishan A/L RajendranNaib Setiausaha: Saudari Fong Jie LeiBendahari : Saudara Ching Zhi HangNaib Bendahari: Saudara Sharvind A/L Subramaniam

6.0. ACARA PERTANDINGANAcara perlawanan persahabatan yang diadakan:ACARALELAKIPEREMPUAN

Bola Sepak

Bola Jaring

Bola Keranjang

Bola Tampar

7.0. PENUTUP

Program yang dirancang ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua peserta perlawanan.Semangat kesukanan serta rasa tanggungjawab dapat disemai di kalangan peserta yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan peserta, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan.Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan para guru pelatih yang berkualiti dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARADisediakan oleh: Disemak oleh;

___________________ __________________(Saudara Lee Kah Wei) (Saudara Ameer Firdaus bin Redzuan)Pengerusi Pengelolaan Yang Dipertua JPP Perlawanan Persahabatan Sesi 2015/2016 Disahkan oleh:

_______________________(YM. Syed Zulkarnain bin Syed Mahamud)

Pensyarah Pensihat Exco Sukan dan RekreasiIPGK Raja Melewar.