Kertas Konsep Jalinan Mesra Nusantara (1)

11
KERTAS KONSEP PROGRAM ‘JALINAN MESRA NUSANTARA (MALAYSIA- INDONESIA)2014’ SEMPENA KARNIVAL TEATER DAN TARIAN INTEGRASI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2014 1. NAMA PROGRAM Jalinan Mesra Nusantara (Malaysia-Indonesia) 2014 2. PENGANJURAN BERSAMA - Exco Pendidikan Negeri Perak - Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air - Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan - Jabatan Pendidikan Negeri Perak Kelolaan: Sektor Pembangunan Kemanusiaan 3. PENDAHULUAN Malaysia merupakan negara yang istimewa apabila memiliki pelbagai kaum sebagai penghuninya. Negara Malaysia juga merupakan sebuah negara yang unik yang di kagumi oleh masyarakat antarabangsa terutama dalam kepelbagaian bangsa, etnik dan yang masing-masing berkongsi budaya dan cara hidup sebagai sebuah keluarga yang besar. Aspirasi pemimpin negara yang memperjuangkan visi yang didukung oleh kepelbagaian

description

MN

Transcript of Kertas Konsep Jalinan Mesra Nusantara (1)

KERTAS KONSEPPROGRAM JALINAN MESRA NUSANTARA (MALAYSIA-INDONESIA)2014SEMPENA KARNIVAL TEATER DAN TARIAN INTEGRASI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2014

1. NAMA PROGRAMJalinan Mesra Nusantara (Malaysia-Indonesia) 2014

1. PENGANJURAN BERSAMA1. Exco Pendidikan Negeri Perak1. Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air1. Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan1. Jabatan Pendidikan Negeri Perak Kelolaan: Sektor Pembangunan Kemanusiaan

1. PENDAHULUANMalaysia merupakan negara yang istimewa apabila memiliki pelbagai kaum sebagai penghuninya. Negara Malaysia juga merupakan sebuah negara yang unik yang di kagumi oleh masyarakat antarabangsa terutama dalam kepelbagaian bangsa, etnik dan yang masing-masing berkongsi budaya dan cara hidup sebagai sebuah keluarga yang besar. Aspirasi pemimpin negara yang memperjuangkan visi yang didukung oleh kepelbagaian kaum ini membawa kepada pelbagai persepsi yang berbeza tentang keindahan dan keistimewaan sebuah perkongsian budaya dan bahasa. Visi Negara yang dijelmakan melalui Dasar 1Malaysia merupakan proses pengubahsuaian, penambahbaikan dan penjenamaan semula konsep perpaduan dan pembangunan seiring dengan zaman. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi peneraju yang mampu memanipulasikan budaya, kesenian dan bahasa dalam usaha memperjuangkan kebudayaan negara. Usaha ini menjadi elemen penting dalam menghasilkan modal insan yang berketerampilan, seimbang dan cemerlang sahsiah di samping menyemai semangat patirotik tanpa mengabaikan budaya, bangsa dan bahasa. Usaha mengembangkan kebudayaan sebagai identiti bangsa Malaysia telah lama dipupuk dan perlu diketengahkan kepada masyarakat antarabangsa terutama negara-negara serumpun. Dengan ini kita dapat memahami, menghormati dan berkongsi kebudayaan dan kesenian negara masing-masing.1. RASIONAL Malaysia kaya dengan pelbagai kaum dan kebudayaan. Justeru, tidak hairanlah negara ini mampu bergelar negara istimewa di Nusantara. Setiap negara mempunyai pelbagai jenis kesenian dan kebudayaan yang berbeza di antara satu sama lain. Semuanya indah dan mempunyai pelbagai cerita, rahsia, keunikan, kelembutan dan penuh dengan kepelbagaian makna yang tersirat dan tersurat. Sebagai satu keluarga besar dalam nusantara, alangkah indahnya jika kita mampu belajar untuk menerokai, mengenali, memahami dan berkongsi semua keindahan dan keistimewaan kebudayan dan kesenian ini.

1. MATLAMATMembentuk satu kumpulan pelajar/ generasi yang berkeupayaan untuk mengembangkan kebudayaan dan kesenian Nusantara (negara-negara ASEAN) di sekolah-sekolah negeri Perak khasnya dan amnya diseluruh Negara.

1. OBJEKTIF5. Memahami dan mempelajari kebudayaan dan kesenian negara-negara di Nusantara (Malaysia-Indonesia)5. Pembentangan kertas kerja oleh setiap negara berkaitan isu semasa yang berkaitan kesenian yang melibatkan semua negara.5. Mempersembahkan acara kesenian dari Perak dan Indonesia (Bandung)5. Menjalankan majlis beramah mesra di antara dua negara1. TARIKH/TEMPAT7.1 Tarikh:November 2014 ( 5 Hari 4 Malam)0. Tempat: Ipoh (daerah Kinta Utara)

1. SASARAN Malaysia dan Indonesia Serta Sekolah-sekolah di Perak

1. KAEDAH PELAKSAAN8. Menubuhkan Jawatankuasa Pengelola8. Penyertaan terbuka kepada sekolah-sekolah seni di negara-negara yang di jemput. Seni- melibatkan seni muzik, tari, lakonan, teater, suara, dll.8. Mengenal pasti tajuk/ Isu yang sesuai- untuk sesi pembentangan kertas konsep dan majlis dialog.8. Penerangan kepada semua peserta (sekolah yang terlibat) berkaitan implikasi kewangan- sekolah yang terlibat hendaklah membiayai kos perjalanan dari negara terlibat ke KLIA/ LCCT (pergi dan balik). Manakala pihak penganjur akan membiayai kos : Pengangkutan dari KLIA/ LCCT ke Kinta Utara (pergi/ balik), kos penginapan dan kos makan/ minum dll.8. Bagi peserta dari Perak, setiap kumpulan akan menjalankan latihan di sekolah masing-masing. Kemudian semua peserta akan dipanggil bagi menjalankan Latihan Pusat, untuk memastikan setiap persembahan memenuhi kualiti yang ditetapkan.

1. TINDAKAN PIHAK NEGARA (SEKOLAH) YANG BERMINAT MENYERTAI PROGRAM INI9. Pihak sekolah yang terlibat perlu memaklumkan penyertaan mereka kepada pihak penganjur sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh.9. Pihak sekolah tersebut perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua persembahan kesenian/ kebudayaan negara masing-masing.9. Memaklumkan senarai dan bilangan peserta yang terlibat.9. Memaklumkan senarai dan bilangan pegawai yang terlibat. 9. Pegawai yang terlibat merupakan pegawai / guru yang berkhidmat dengan Jabatan Pelajaran Negeri / Institusi/ Kementerian Pelajaran di Negara berkenaan.9. Memaklumkan kepada penganjur, peralatan tambahan yang perlu disediakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh jadi.9. Kumpulan seni negara berkenaan bertanggungjawab dalam urusan kos mengangkutan/ perjalanan dari negara masing-masing ke KLIA/ LCCT, insurans dll.

1. CADANGAN/ SINOPSIS AKTIVITIBILPERKARA/ ACARATARIKHMASA

1.Ketibaan Peserta dan PendaftaranOkt./ Nov Hari : 1

Hari ke 2

Hari ke 3

Hari ke 42.00-6.00 ptg

2.Majlis Ucapan Selamat Datang8.30-10.00 ml

3.Taklimat/ house keeping/ beramah mesra bersama peserta dan pegawai dll.

4.Bergerak ke SK Simpang Empat, Hutan Melintang9.00-12.00 t/h

5.Bengkel Tarian Piring oleh Simfony Foundation, Indonesia bagi guru-guru Daerah Hilir Perak.2.30-5.30 ptg

6.Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersama VVIP( Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi & Isteri)8.30-10.30 ml

7.Persembahan Jalinan Mesra Nusantara 2013-. Pocket Show (Kompleks Membeli Belah Mydin, KUISAS, UiTM, sekolah dll) .8.30pg - 4.30 ptg

8.Persembahan Terbuka : Malam Kesenian Dua Negara (Perak dan Indonesia)- Tempat: Dataran Setesen Keretapi, Ipoh8.30 10.30 mlm

9.Persediaan Malam Gala Jalinan Nusantara9.00pg3.00 ptg

10.Malam GALA JALINAN NUSANTARA-Persembahan kebudayaan dua negara yang Terlibat dan Kumpulan Campuran Nusantara-Penyampaian/ pertukaran cenderamata - Tempat: Dewan Auditorium Radio Televisyen Malaysia Perak (RTM), Ipoh8.00 10.30 mlm

10.Majlis Penutup dan jamuanHari ke 59.00-11.00 pg

11.Perjalanan pulang tetamu ke KLIA dan majlis bersurai12.0 0 t/h

1. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN UNTUK KONTINJEN INDONESIABILPERKARACATATAN

1.PengangkutanBas sekolah

2Penginapan:1. Pelajar1. PegawaiPenginapan dan makan :Pelajar: 22 orangDewasa: 18 orang

3CenderamataPelajar: 22 orangDewasa: 18 orang

4Jamuan Majlis PenutupSUK : 5 orangKPM/ JPN : 15 orangLain-lain : 200 orangSekolah (guru/ murid), jabatan-jabatan kerajaan/ NGO dll

5Perbelanjaan Program di SMK Hutan Melintang1. Minuman ringan untuk: - Bengkel Tarian : 80 orang (sekolah-sekolah)2. Jamuan untuk Majlis Ramah Mesra - 80 orang (Peserta/ staff- SKSP, JPN/ PPD dan jemputan )

6UrusetiaPelbagai : Hadiah, Sijil dll

1. SUMBER KEWANGAN Exco Pendidikan Negeri Jabatan Pelajaran Perak Sumbangan dari pihak-pihak Tertentu

1. JAWATANKUASA PENGELOLAPenaung : Exco Pendidikan Negeri PerakPengerusi: Pengarah Pendidkan PerakTimbalan Pengerusi: Ketua Sektor Pembangunan KemanusiaanSetiausaha: Ketua Unit KokurikulumPen. Setiausaha: Penolong Pengarah KokurikulumBendahari: Penolong Pengarah Unit Kewangan, JPNEx-Officio:(Pejabat Exco Pendidikan Negeri Perak)

Jawatankuasa Kecil:BilJawatankuasaBilJawatankuasa

1.J/kuasa Urusetia9.J/kuasa Siaraya

2.J/kuasa Pendaftaran/ Penyelaras Peserta10.J/kuasa Rakaman/ Photografi/ video

3.J/kuasa Penginapan11.J/kuasa Keselamatan/ Lalulintas

4.J/kuasa Makan/ Jamuan12.J/kuasa Hadiah/ Cenderamata

5.J/kuasa Pengangkutan/ L.O13.J/kuasa Pengacara Majlis

6.J/kuasa Persembahan14.J/kuasa Kebajikan/ Kecemasan

7.J/kuasa Bengkel15.J/Kuasa Tugas-tugas Khas

8.J/kuasa Peralatan/ Persiapan Pentas16.J/kuasa Jemputan/ Sambutan

1. PENUTUPKebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan dan kesenian berperanan penting dalam proses pembangunan dan mempamerkan keistimewan sesebuah negara. Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa kebudayaan dan kesenian sebuah negara mampu dipamerkan di Malaysia melalui nilai keindahan dan keperibadian rakyatnya. Kepelbagaian alternatif perlu disempurnakan bagi menyisipkan budaya juga dalam usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi. Program ini pastinya mampu merealisasikan aspirasi negara dalam usaha mempelbagaikan elemen perkongsian keistimewaan kebudayaan dan kesenian negara-negara di nusantara di samping menjalin hubungan nusantara yang mesra, indah dan hebat di samping mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Disediakan oleh: Ramli b. Hj. Abu Itam Penolong Pengarah Kokurikulum Sektor Pembanguna Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Perak.

: Tel: 019-5774207/ 05-5015150 e-mail: [email protected]