Kertas Konsep Kempen Tandas Bersih

download Kertas Konsep Kempen Tandas Bersih

of 5

Transcript of Kertas Konsep Kempen Tandas Bersih

KKBMW

KERTAS KONSEP PROGRAM KAMAR BMW 2013(KAMAR BERSIH, MENAWAN, WANGI)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI SUNGAI SUMUN.

1.0 PENGENALAN Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid, keadaan fizikal dan unsur-unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya menjadi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau World Toilet Organisation untuk merayakan Hari Tandas Sedunia. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang tahun 2020. Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat.2.0 RASIONALDalam pemeriksaan penarafan bintang yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan pada tahun 2012, tandas sekolah belum mendapat sebarang bintang. Hal ini bermakna ciri-ciri kebersihan dan keceriaan belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu usaha-usaha untuk menambahbaik ciri-ciri fizikal serta pembudayaan amalan baik penggunaan tandas sangat perlu disegerakan. Untuk mengurangkan persepsi negatif tentang tandas nama yang bersifat positif digunakan iaitu Kamar BMW (Kamar Bersih Menawan dan Wangi).3.0 MATLAMATMewujudkan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW) melalui penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa.4.0 OBJEKTIF

4.1Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang berterusan dalam kehidupan seharian.

4.2Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan.

4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK5.1 Sasaran Sumber Manusia5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan

5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan

5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran TandasOleh sebab bilangan tandas yang banyak di lokasi yang berjauhan berbanding dengan bilangan pekerja pembersihan yang sedikit program ini akan difokuskan kepada 6 unit tandas sahaja, iaitu:LOKASINAMAPENGGUNABIL UNITBIL TANDAS

BLOK A-BKamar BMW 1Murid & pekerja (P)110

BLOG F-GKamar BMW 2Murid (L)110

BLOK H TG 1Kamar BMW 3Pelajar PraU (L)13

BLOK H TG 2Kamar BMW 4Pelajar PraU (P)13

BLOK F TG 2Kamar BMW 5Guru & Staf (L)13

BLOK F TG 2Kamar BMW 6Guru & Staf (P)13

JUMLAH626

6.0 MASA

6.1 Tarikh : 27 Mei 2013 27 Jun 20136.2 Tempoh Masa : 4 Minggu

7.0 JAWATANKUASAPengerusi:Tn Hj Mohd Radzi b Ismail

Timbalan Pengerusi:Tn Hj Mat Rahim b Affandi

Naib Pengerusi:Pn Normah bt Kamaruddin

:En Selvanathan A/L Perumal

:En Zulkefli b Talib

:En Mohamad Pauzi b Sulaiman

Setiausaha:Pn Nor Saadah bt Harun

Bendahari:Pn Zainah bt Ahmad

Pen. Bendahari:Pn Afizza bt Ahmad Apandi

AJK

:Pn Hjh Sharifah bt Mohd Arifin

:Pn Fatrah bt Zainordin

:Pn Rohanita bt Mohd Jombry

:En Abd Ghoni b Mat

:En Aminuddin b Rohani

:En Samsol Buhari b Abdullah

:En Koo Son Huat

:En Hamdan b Sebum

:Pn Fauziah bt Abd Rahman

:Cik Sarifah Noraza bt Seyed Jaafar

:En Hassan Basari b Ahmad

:Wakil AJK PIBG

:Wakil Pekerja Pembersihan

8.0 KEWANGANPerbelanjaanRM

KOS OLEH PIBG

cat dinding, kayu frame (20 mm X 5 mm), syelek, berus600

alas kaki (dawai/sabut) X 480

cermin muka X 4200

kayu frame, paku, skru, syelek100

bunting, banner, carta, poster 300

Jamuan Gotong Royong100

Majlis Penutup50

1430

KOS OLEH LPBT/PCG

Laminate A4 50

Hiasan dinding100

Hiasan Meja Sudut Ilmu100

label nama kamar50

300

KOS OLEH KOPERASI

hadiah pertandingan poster, mengarang, silang kata300

Hamper Perasmian Penutup 20

JUMLAH320

JUMLAH BESAR2050

9.0 PELAN PELAKSANAAN9.1 Perancangan

9.1.1 Analisis Keperluan9.1.2 Penyediaan kertas konsep9.1.3 Pembentukan Jawatankuasa9.2 Pelaksanaan

9.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa

9.2.2 Jawatankuasa Melaksanakan Tugas9.3 Pemantauan

9.3.1 Pelaksanaan Projek Guru dan Murid

9.3.2 Aktiviti dan Jadual Pembersihan Pekerja

9.4 Penilaian dan Rancangan Penambahbaikan

9.4.1 Mesyuarat post mortem

9.4.2 Laporan akhir program

10.0 USAHA-USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH10.1 Menjalankan kerja penyenggaraan fizikal dan pembersihan berterusan10.2 Menyediakan perkakasan tambahan (Aksesori)10.3 Melaksanakan Projek Keceriaan10.4 Melaksanakan Kempen Tandas BMW

10.4.1 Pendidikan 3K dan amalan baik tandas:Ceramah dan Taklimat

10.4.2 Poster, banner, bunting, kata-kata perangsang

10.4.3 Pertandingan

10.4.4 Program Anak Angkat

10.4.5 Tabung Keceriaan

10.5 Pemantauan, Pemeriksaan dan Peneguhan Nilai

11.0 PENUTUP Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan amalan baik dapat akhirnya membentuk murid yang berjaya. Disediakan oleh,

(MAT RAHIM BIN AFFANDI)

TIMBALAN PENGERUSI

kertaskonsep bmw