Kertas Konsep Pertandingan Kebersihan 2015

12
PERTANDINGAN MEWARNA PENDIDIKAN KEBERSIHAN 1. KATEGORI Murid Sekolah rendah tahap satu sahaja. 2. PENYERTAAN Murid johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri. 3. SYARAT PERADUAN MEWARNA 3.1 Kertas lukisan yang berlakar disediakan oleh Urus Setia Pertandingan. 3.2 Gunakan krayon dan pensil warna sahaja. 3.3 Nama, Darjah, No. KP dan sekolah mestilah ditulis pada sudut atas sebelah kanan muka belakang lukisan yang diberikan. 3.4 Lukisan yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak milik penganjur. 3.5 Krayon, pensil warna dan lain-lain peralatan menyertai pertandingan mewarna hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PENDIDIKAN KEBERSIHAN 1. KATEGORI Murid sekolah rendah tahap dua, SMR dan SMA. 2. PENYERTAAN Murid johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri. 3. SYARAT PERADUAN MELUKIS POSTER 3.1 Tajuk lukisan ialah ‘TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA’ . 3.2 Perkataan ‘TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA’ mesti terdapat pada lukisan. 3.3 Gunakan kertas lukisan standard dan cat air sahaja. 3.4 Nama, tingkatan, no KP dan sekolah mestilah ditulis pada sudut atas sebelah kanan muka belakang lukisan. 3.5 Lukisan mestilah tulen (hasil cipta sendiri). 3.6 Lukisan yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak milik penganjur. 3.7 Cat air dan lain-lain peralatan menyertai pertandingan mewarna hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.

description

Kertas konsep

Transcript of Kertas Konsep Pertandingan Kebersihan 2015

  • PERTANDINGAN MEWARNA PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. KATEGORI Murid Sekolah rendah tahap satu sahaja.

    2. PENYERTAAN Murid johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

    3. SYARAT PERADUAN MEWARNA 3.1 Kertas lukisan yang berlakar disediakan oleh Urus Setia Pertandingan. 3.2 Gunakan krayon dan pensil warna sahaja. 3.3 Nama, Darjah, No. KP dan sekolah mestilah ditulis pada sudut atas sebelah kanan muka

    belakang lukisan yang diberikan. 3.4 Lukisan yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak

    milik penganjur. 3.5 Krayon, pensil warna dan lain-lain peralatan menyertai pertandingan mewarna hendaklah

    disediakan oleh peserta sendiri.

    PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. KATEGORI Murid sekolah rendah tahap dua, SMR dan SMA.

    2. PENYERTAAN Murid johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

    3. SYARAT PERADUAN MELUKIS POSTER 3.1 Tajuk lukisan ialah TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT

    SEJAHTERA . 3.2 Perkataan TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA

    mesti terdapat pada lukisan. 3.3 Gunakan kertas lukisan standard dan cat air sahaja. 3.4 Nama, tingkatan, no KP dan sekolah mestilah ditulis pada sudut atas sebelah kanan muka

    belakang lukisan. 3.5 Lukisan mestilah tulen (hasil cipta sendiri). 3.6 Lukisan yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak milik

    penganjur. 3.7 Cat air dan lain-lain peralatan menyertai pertandingan mewarna hendaklah disediakan oleh

    peserta sendiri.

  • PERTANDINGAN MENULIS ESEI PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. KATEGORI

    Murid sekolah rendah tahap dua, SMR dan SMA.

    2. PENYERTAAN

    Esei yang mendapat tempat pertama di peringkat daerah bagi semua kategori sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

    3. SYARAT PERADUAN MEWARNA 3.1 Tajuk esei ialah TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT

    SEJAHTERA . 3.2 Esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 3.3 Terbuka kepada semua murid. 3.4 Panjang esei ialah antara 500 patah perkataan dank e atas (SR Tahap 2), 1000 pata perkataan

    dan ke atas (SM Rendah) dan 1500 patah perkataan ke atas (SM Atas). 3.5 Esei mestilah tulen dan tidak dicetak dari mana-mana media cetak atau media elektronik. 3.6 Esei hendaklah ditaip dengan menggunakan computer huruf ARIAL, saiz 11 dan double spacing

    dan kertas A4 80gm. 3.7 Esei yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak milik

    penganjur.

  • PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. PESERTA DAN KATEGORI BAHASA

    1.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah, menengah KPM dan SABK. 1.2 Pertandingan ini akan diadakan dalam tiga kategori, iaitu kategori sekolah rendah, sekolah

    menengah rendah dan sekolah menengah atas. 1.3 Pertandingan ini akan diadakan dalam dua Bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

    2. STRATEGI

    2.1 Peringkat Daerah 2.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah diminta mengendalikan pertandingan di peringkat

    daerah. 2.1.2 Johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat

    negeri. 2.2 Peringkat Negeri

    2.2.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan peringkat

    negeri. 2.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri akan diwujudkan.

    3. FORMAT PERTANDINGAN

    3.1 Syarat-syarat pidato :

    3.1.1 Pemidato diberi masa 7 minit. 3.1.2 Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali bila masa sudah

    tamat. 3.1.3 Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk

    pemberian markah. 3.1.4 Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah

    persembahan. 3.1.5 Kritikan terhadap isu-isu sensitive berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau

    terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. 3.1.6 Penggunaan Bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. 3.1.7 Pengerusi pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan yang

    dinyatakan di atas.

    3.2 Tajuk

    Tajuk pidato telah diputuskan iaitu; TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA

    3.3 Peraturan Pemarkahan

    3.3.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

    i. Isi ( 30 markah )

    Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logic termasuk penguraian.

  • Panduan Pemarkahan 3 markah bagi satu isi. 2 markah bagi huraian isi. 2 markah bagi contoh dan data-data yang diberi. Jumlah markah bagi satu-satu isi yang pukal ialah 7 markah Isi yang diperakukan ialah sebanyak 4 isi. 2 markah bonus boleh diberi bagi kematangan isi.

    ii. Bahasa ( 20 markah )

    Pemidato akan diadili dari segi Bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya Bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

    iii. Persembahan ( 50 markah ) Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik, dan persembahan susunan isi yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimun jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitivity seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

    3.4 Panduan Kepada Panel Hakim

    3.4.1 Pemidato-pemidato akan diadili dari segi cara penyampaian, pengutaraan isi-isi yang

    bernas, data dan bahan-bahan yang tepat serta logic termasuk penguraiannya, persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan, penguasaan dan penggunaan Bahasa yang jelas dan gaya Bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan penonton melalui tepuk sorak.

    3.4.2 Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

    3.4.3 Pemidato yang menggunakan Bahasa atau tutur kata yang kurang sopan akan dipotong markahnya.

    3.4.4 Kritikan dan komen terhadap isu-isu sensitivity seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi seseorang adalah dilarang. Pemidato-pemidato yang melanggar peraturan ini akan dipotong 5 markah maksimun daripada markah persembahan.

  • PERTANDINGAN KAIN RENTANG PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. PENDAHULUAN

    Pertandingan ini adalah merupakan salah satu daripada lima aktiviti utama Program Pendidikan Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dengan ini pihak sekolah haruslah berusaha dan bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan ini. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama antara murid dan guru di samping dapat mencungkil bakat murid dalam bidang Pendidikan Seni.

    2. MATLAMAT 2.1 Memberikan kefahaman tentang tema TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH :

    MASYARAKAT SEJAHTERA. 2.2 Penghayatan konsep pendidikan kebersihan oleh warga sekolah di negeri Terengganu. 2.3 Melahirkan negeri Terengganu sebagai negeri terbersih. 2.4 Melahirkan sekolah terbersih.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Menghayati konsep pendidikan kebersihan melalui aktiviti pendidikan seni dalam kalangan warga sekolah.

    3.2 Menceriakan prasarana fizikal sekolah. 3.3 Mengembangkan potensi dan mencungkil bakat murid dalam pendidikan seni. 3.4 Menanam sikap cintakan seni dan keindahan menerusi terjemahan konsep pendidikan

    kebersihan.

    4. KUMPULAN SASARAN

    Murid dan guru sekolah rendah dan menengah Terengganu.

    5. FORMAT PERTANDINGAN

    5.1 Kategori Pertandingan diadakandalam dua kategori sahaja (kategori sekolah menengah dan kategori sekolah rendah).

    5.2 Peringkat Daerah

    Daerah Kemaman, Daerah Dungun, Daerah Marang, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kuala Nerus, Daerah Setiu dan Daerah Besut.

    5.3 Peringkat Negeri Johan di peringkat daerah sahaja yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

  • 6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 6.1 Semua sekolah rendah dan menengah diwajibkan mengambil bahagian. 6.2 Penyertaan disertai oleh murid dan guru sekolah berkenaan. 6.3 Tema kain rentang ialah TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT

    SEJAHTERA. Perkataan TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA mesti terdapat pada kain rentang.

    6.4 Jangkamasa pertandingan : Mei-Julai setiap tahun. 6.5 Menggunakan hanya cat emulsi (berkualiti). Warna bebas. 6.6 Saiz : minimum 4 kaki x 10 kaki 6.7 Hak cipta : Hasil kerja tangan dan ciptaan murid dan guru. 6.8 Mesti menggunakan kain putih cotton sahaja.

    7. PENGHAKIMAN

    7.1 Kaedah Penghakiman akan dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat daerah dan peringkat negeri.

    7.2 Bidang Penghakiman

    Mesej, dokumentasi, olahan (imej), ukuran, kreativiti, interpretasi (menepati tema), penggunaan bahan, warna, kekemasan dan lokasi yang sesuai.

    8. HAKIM Panel hakim yang terdiri daripada guru-guru pendidikan seni di peringkat daerah yang akan dilantik oleh PPD dan di peringkat negeri yang akan dilantik oleh JPNT.

    9. FORMAT PENGHAKIMAN

    Bil Item Yang Dinilai Skala 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 Mesej

    2 Dokumentasi

    3 Olahan (imej)

    4 Ukuran

    5 Kreativiti

    6 Interpretasi (menepati tema)

    7 Penggunaan bahan

    8 Warna

    9 Kekemasan

    10 Lokasi yang sesuai

    JUMLAH MARKAH

  • PERTANDINGAN MURAL PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. PENDAHULUAN

    Pertandingan ini adalah merupakan salah satu daripada lima aktiviti utama Program Pendidikan Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dengan ini pihak sekolah haruslah berusaha dan bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan ini. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama antara murid dan guru di samping dapat mencungkil bakat murid dalam bidang Pendidikan Seni.

    2. MATLAMAT 2.1 Memberikan kefahaman tentang tema TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH :

    MASYARAKAT SEJAHTERA. 2.2 Penghayatan konsep pendidikan kebersihan oleh warga sekolah di negeri Terengganu. 2.3 Melahirkan negeri Terengganu sebagai negeri terbersih. 2.4 Melahirkan sekolah terbersih.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Menghayati konsep pendidikan kebersihan melalui aktiviti pendidikan seni dalam kalangan warga sekolah.

    3.2 Menceriakan prasarana fizikal sekolah. 3.3 Mengembangkan potensi dan mencungkil bakat murid dalam pendidikan seni. 3.4 Menanam sikap cintakan seni dan keindahan menerusi terjemahan konsep pendidikan

    kebersihan.

    4. KUMPULAN SASARAN

    Murid dan guru sekolah rendah dan menengah Terengganu.

    5. FORMAT PERTANDINGAN

    5.1 Kategori Pertandingan diadakandalam dua kategori sahaja (kategori sekolah menengah dan kategori sekolah rendah).

    5.2 Peringkat Daerah

    Daerah Kemaman, Daerah Dungun, Daerah Marang, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kuala Nerus, Daerah Setiu dan Daerah Besut.

    5.3 Peringkat Negeri Johan di peringkat daerah sahaja yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

    6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

    6.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Terengganu. 6.2 Penyertaan disertai oleh murid dan guru sekolah berkenaan.

  • 6.3 Tema mural : TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA. Perkataan TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA mesti terdapat pada mural.

    6.4 Jangka masa pertandingan : Mei Julai setiap tahun 6.5 Menggunakan hanya cat emulsi (berkualiti). Warna bebas. 6.6 Saiz/ keluasan dinding mural : 8 kaki x 20 kaki 6.7 Hak cipta : Hasil ciptaan murid dan guru. 6.8 Sekolah yang menjadi johan peringkat negeri sahaja tidak dibenarkan bertanding dalam tempoh

    tiga tahun.

    7. PENGHAKIMAN

    7.1 Kaedah Penghakiman akan dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat daerah dan peringkat negeri.

    7.2 Bidang Penghakiman

    Mesej, dokumentasi, olahan (imej), ukuran, kreativiti, interpretasi (menepati tema), penggunaan bahan, warna, kekemasan dan lokasi yang sesuai.

    8. HAKIM

    Panel hakim yang terdiri daripada guru-guru pendidikan seni di peringkat daerah yang akan dilantik oleh PPD dan di peringkat negeri yang akan dilantik oleh JPNT.

    9. FORMAT PENGHAKIMAN

    Bil Item Yang Dinilai Skala 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 Mesej

    2 Dokumentasi

    3 Olahan (imej)

    4 Ukuran

    5 Kreativiti

    6 Interpretasi (menepati tema)

    7 Penggunaan bahan

    8 Warna

    9 Kekemasan

    10 Lokasi yang sesuai

    JUMLAH MARKAH

  • PERTANDINGAN KOIR PENDIDIKAN KEBERSIHAN

    1. PENDAHULUAN Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala social khususnya dalam kalangan generasi muda. Muzik dapat memberikan penekanan kea rah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi penggerak minda untuk berfikir dengan lebih kea rah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat mencungkil bakat murid yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri.

    2. LATAR BELAKANG Koir dalam bentuk dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir dapat menggabungkan lapisan suara bass, alto, tenor dan soprano secara berkesan seterusnya menghasilkan kualiti suara harmoni yang berkualiti.

    3. MATLAMAT

    Membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik kea rah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

    4. OBJEKTIF

    4.1 Memperkasakan penghayatan tema, iaitu TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU. 4.2 Memberi perluasan pengalaman muzikal, kesedaran estetika, memperkembangkan daya

    komunikasi dan interaksi melalui persembahan dalam kalangan murid. 4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid. 4.4 Satu alternative mengisi masa lapang murid. 4.5 Memperkasakan lagu berunsur patriotic dalam kalangan murid.

    5. PELAKSANAAN

    5.1 Peringkat Pertandingan

    5.1.1 Peringkat Daerah 5.1.2 Peringkat Negeri

    5.2 Kategori Penyertaan

    5.2.1 Kategori sekolah rendah (terbuka) 5.2.2 Kategori sekolah menengah (terbuka) 5.2.3 Kategori prasekolah swasta yang berdaftar dengan JPNT. 5.2.4 Hanya satu pasukan juara sahaja bagi setiap kategori akan mewakili daerah ke

    pertandingan peringkat negeri.

  • 6. JENIS KOIR

    Sesebuah pasukan koir terdiri daripada suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/ perempuan sahaja (male/ female voice choir).

    7. AHLI PASUKAN KOIR

    7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada murid yang sedang menuntut. 7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah antara 20 hingga 35 orang sahaja.

    8. LAGU

    8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu. 8.1.1 Lagu pertama - Lagu Tema iaitu TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU (Lagu yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri)

    8.1.2 Lagu Kedua - Lagu ciptaan sendiri bertajuk TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH

    8.2 Persembahan lagu hendaklah hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan

    keduanya. ( homophonic lapisan suara bergerak secara in step anatar satu dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic )

    8.3 Persembahan secara Acappella adalah dibenarkan.

    9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

    Muzik iringan secara rakaman CD atau tape sahaja dibenarkan.

    10. PAKAIAN

    Pakaian ahli pasukan koir hendaklah bersesuaian dan sopan ( tiada markah bagi aspek pakaian).

    11. PEMARKAHAN

    11.1 Harmoni : 40 markah 11.2 Dinamik : 20 markah 11.3 Intonasi : 10 markah (tone colour/pitching) 11.4 Imbangan : 10 markah 11.5 Attack/Release : 10 markah (tempo/stability) 11.6 Sebutan : 5 markah 11.7 Ketrampilan : 5 markah

  • BORANG PERTANDINAN KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH/ASRAMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

    PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU Anjuran

    KERAJAAN NEGERI TERENGGANU JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

    NAMA SEKOLAH : DAERAH : TARIKH PENGHAKIMAN : KATEGORI 1 : TANDAS (25 MARKAH)

    PERKARA MARKAH PENUH MARKAH YANG DIPEROLEHI Bersih 10 markah Bau 5 markah Ceria 5 markah Selesa dan Berfungsi 5 markah

    KATEGORI 2 : KANTIN SEKOLAH/ ASRAMA (25 MARKAH)

    PERKARA MARKAH PENUH MARKAH YANG DIPEROLEHI Tempat masakan 10 markah Stor simpanan 3 markah Kaedah pelupusan pepejal 3 markah Kebersihan pekerja 3 markah Tempat hidangan makanan 3 markah Gambaran keseluruhan 3 markah

    KATEGORI 3 : PERSEKITARAN DALAM KAWASAN SEKOLAH/ASRAMA (20 MARKAH)

    PERKARA MARKAH PENUH MARKAH YANG DIPEROLEHI Pandangan pertama (tanggapan awal) 2 markah Kaki lima bangunan dan laluan ( bersih dan ceria) 4 markah Longkang (kebersihan, pengaliran air dan bau) 4 markah Kawasan luar bangunan ( sampah, rumput dan daun/ranting/dahan) 10 markah

  • KATEGORI 4 : PAGAR, BAHU JALAN DAN PINTU UTAMA (10 MARKAH)

    PERKARA MARKAH PENUH MARKAH YANG DIPEROLEHI Pagar (rumput dan pokok berjalar) 2 markah Bahu jalan sepanjang pagar bahagian hadapan sekolah dalam jarak 3 meter/ 10 kaki dari pagar sekolah (sampah, rumput dan daun/ ranting/ dahan)

    4 markah

    Longkang (kebersihan, pengaliran air dan bau) 4 markah Pintu utama (sampah, rumput dan daun/ ranting/ dahan) 10 markah

    KATEGORI 5 : KECERIAAN (20 MARKAH)

    PERKARA MARKAH PENUH MARKAH YANG DIPEROLEHI Lanskap/ taman (susunan, kepelbagaian, kreativiti dan penjagaan) 2 markah

    Tanaman pokok bunga dan pokok hiasan (susunan, kepelbagaian, kreativiti dan penjagaan) 4 markah

    JUMLAH MARKAH :

    BIL NAMA PANEL HAKIM TANDA TANGAN

    1

    2

    3

    4

    5