KERTAS KONSEP SURAU

download KERTAS KONSEP SURAU

of 7

description

mohon surau

Transcript of KERTAS KONSEP SURAU

KERTAS CADANGAN

PROJEK MENAIK TARAF KEMUDAHAN SURAU

PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSK DATOK KERAMAT (1)KAMPONG DATOK KERAMAT 54000 KUALA LUMPUR

1. Pendahuluan

Penyediaan keperluan yang lengkap dalam menjalankan pengajaran pembelajaran adalah penting. Justeru itu, penyediaan kelengkapan dan kemudahan bagi menjalankan aktiviti mestilah disediakan bagi memberi satu natijah yang berkesan terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Ini penting dalam melahirkan bakal-bakal pelajar yang memiliki kefahaman yang jelas mengenai apa yang dipelajari.

Dengan sebab itu adalah menjadi tanggungjawab pihak SK DATOK KERAMAT (1) dalam penyediaan kelengkapan yang mencukupi dan terkini bukan sahaja keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, namun juga melibatkan kemudahan di dalam kawasan sekolah. Keutamaan perbelanjaan melalui permohonan ini adalah untuk menaik taraf kemudahan surau bagi menjalankan aktiviti Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dijalankan di surau adalah Solat berjemaah, Tadarus Al-Quran dan bacaan Yasin.

2. Objektif1) Mencapai matlamat 1 Murid 1 Al-Quran untuk memantapkan penguasaan & pemahaman murid terhadap Al-Quran 2) Membaikpulih siling surau yang rosak.3) Mewujudkan surau yang ceria dengan dengan hiasan/poster Islamik yang bersesuaian. 4) Mewujudkan surau yang lengkap dari segi kelengkapan asas solat.

3. Tarikh PelaksanaanCadangan tarikh pelaksanaan ialah pada Mei 2015 Julai 2015 (menjelang Ramadhan 2015)

4. Kumpulan SasaranPenyediaan kemudahan dan kebajikan untuk semua warga Islam SK Datok Keramat (1) yang berjumlah sekitar 550 orang.

5. Jawatankuasa PenyelarasPenasihat:Pn Hjh Hasnah bt Hj DaudGuru Besar SKDK 1

Pn Rozitah bt SamsudinGPK Tadbir & Kurikulum

Pengerusi:Pn Nilam bt NgahKetua Panitia Pendidikan Islam

Setiausaha:Pn Siti Rukaiyah bt ZainalAhli Jawatankuasa:Semua Guru Pendidikan Islam

6. Anggaran Perbelanjaan Kewangan Rujuk Lampiran A.

7. Program j-QAFSukacita dimaklumkan bahawa program j-QAF telah dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada Tahun 2005. Beberapa model telah diperkenalkan dalam program j-QAF seperti Model Pemulihan Jawi, Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Peluasan Bahasa Arab, Model Kem Bestari Solat.dan Kem Literasi al-Quran.

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.No.Model PembelajaranKaedah PengajaranKekurangandi Sekolah

7.1.Model Pemulihan Jawi1. Permainan bagi kemahiran suku kata.2. Permainan bagi kemahiran perkataan3. Nyanyian dari CD.4. Latihan dan aktiviti power point VCD Player Komputer LCD Projektor

7.2Model Khatam al-Quran

2. Mendengar bacaan guru dan kaset.2. Mendengar bacaan kaset/CD atau lain-lain.2. Murid membaca guru membimbing. Radio Rehal

7.3Model Tasmik

1. Latih tubi/ memperdengar bacaan di depan guru.

7.4Model Perluasan Bahasa Arab

1. Mendengar bacaan guru, CD interaktif, dan murid turus.2. Nyanyian dari CD.3. Latih Tubi interaktif BBM-CD4. Carta dan permainan.5. Latihan dan aktiviti Power point VCD Player/ Radio Kaset

7.5Model Kem Bestari Solat

1. Mendengar bacaan dan melihat perbuatan guru.2. Latihan amali3. Latih tubi menghafaz4. Tontonan VCD kelakuan solat5. Latihan dan aktiviti Power point Telekung Kayu Pemidang Tikar

7.6Kem Literasi al-Quran.1. Berbentuk pemulihan kepada murid yang terpilih.2. Mendengar bacaan kaset/CD atau lain-lain.3. Murid membaca guru membimbing. VCD Player/ Radio Kaset

8. PenutupSemoga segala perancangan yang dirancang akan terlaksana dengan sumbangan dari pihak luar seterusnya memudahkan segala persediaan dalam menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. InsyaAllah.

Disediakan oleh :

.SITI RUKAIYAH BT ZAINALSetiausahaPanitia Pendidikan IslamSK Datok Keramat (1)Disemak oleh :

..(NILAM BT NGAH)Ketua Panitia Pen. IslamSK Datok Keramat 1

Diluluskan oleh :

(HJH HASNAH BT HJ DAUD)Guru BesarSK Datok Keramat (1)Kampong Datok Keramat, 54000 Kuala Lumpur

LAMPIRAN A

SENARAI KELENGKAPAN ALATANAnggaran Perbelanjaan Kewangan Menaik taraf kemudahan surauPanitia Pendidikan Islam 2015SK DATOK KERAMAT (1)

AKEMUDAHAN ASAS

BIL.PERKARAKUANTITI dan HARGAJumlah (RM)

1Telekung50 x RM 30.00 1500.00

2Almari Kabinet 2 x RM 500.00 1000.00

3Sejadah60 x RM 25.00 1500.00

4Papan Kenyataan2 x RM 500.00 1000.00

JUMLAH 5000.00

BBAIK PULIH BANGUNAN

BIL.PERKARAKUANTITI dan HARGAJumlah (RM)

1Bumbung / Awning 5000.00

2Cat 1000.00

JUMLAH 6000.00

CJUMLAH (SUMBANGAN DIPERLUKAN)

1Kemudahan Asas 5000.00

2Baik Pulih Bangunan 6000.00

JUMLAH11000.00